Home Bidang Kuasa

Usertrace

Please log in.
Hakcipta Terpelihara 2007 Powered by ict JKSP 2009 © Jabatan Kehakiman Syariah Pahang

free counters
10
Dec
2008
Bidang Kuasa PDF Print E-mail
Written by khairol azri bin saari   

BIDANG KUASA MAHKAMAH TINGGI SYARIAH 

 

BIDANG KUASA BAGI KES JENAYAH

Mempunyai bidangkuasa di seluruh Pahang, dalam bidangkuasa jenayahnya, membicarakan semua kesalahan yang dilakukan oleh orang Islam dan  boleh dihukum di bawah Enakmen ini atau Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 1987 atau di bawah undang-undang bertulis lain yang memberi kepada Mahkamah Syariah bidangkuasa untuk membicarakan apa-apa kesalahan, dan boleh mengenakan apa-apa hukuman yang diperuntukan di dalamnya.

 

BIDANG KUASA BAGI KES MAL

Mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding dalam mana semua pihak adalah orang Islam dan yang berhubungan dengan:-

i) Pertunangan, perkahwinan, penceraian, pembatalan perkahwinan ( fasakh ) atau perpisahan ( faraq );

ii) Apa-apa pelupusan atau tuntutan terhadap harta yang timbul daripada perkara yang disebut dalam sub perenggan 1;

iii) Nafkah tanggungan, kesahtarafan atau penjagaan kanak-kanak ( hadhanah );

iv) Pembahagian atau tuntutan terhadap harta sepencarian;

v) Wasiat atau pemberian semasa hampir maut ( maradhul maut ) seseorang simati Islam;

vi) Pemberian semasa hidup atau penyelesaian yang dibuat tanpa balasan yang mencukupi dengan wang atau nilai wang oleh seseorang Islam;

vii) Wakaf atau nazar;

viii) Menentukan waris dan membahagikan harta berwasiat atau tidak berwasiat orang Islam; dan

ix) Perkara-perkara lain yang berkenaan dengannya bidangkuasa diberikan oleh mana-mana undang-undang bertulis.

 

BIDANGKUASA RAYUAN TERDADAP KES-KES DARI MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DALAM PERKARA KES JENAYAH:-


a) Oleh Pendakwa atau oleh orang yang telah sabit kesalahan dan rayuan ini bolehlah terhadap pembebasan, sabitan atau hukuman atau mana-mana satu daripada yang tersebut itu.

 

BIDANGKUASA RAYUAN TERDADAP KES-KES DARI MAHKAMAH RENDAH SYARIAH ALAM PERKARA KES MAL:-

i) Oleh mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan itu, jika jumlah yang dituntut itu tidak kurang daripada lima ratus ringgit ( RM500.00 ).

ii) Dalam semua kes yang melibatkan apa-apa keputusan mengenai status peribadi oleh mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan itu.

iii) Dalam semua kes yang berkaitan dengan nafkah tanggungan, oleh mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan itu : dengan syarat bahawa tiada suatu pun rayuan boleh dibuat terhadap keputusan yang telah dibuat dengan persetujuan.

 

DALAM KES-KES LAIN, JIKA MAHKAMAH TINGGI SYARIAH MEMBERI KEBENARAN MERAYU:

Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah mempunyai bidangkuasa mengawasi secara am dan bidangkuasa menyemak ke atas semua Mahkamah Rendah Syariah dan boleh sama ada atas kehendaknya sendiri atau atas kehendak pihak atau orang yang berkepentingan pada mana-mana peringkat dalam sesuatu perkara atau prosiding sama ada Mal atau Jenayah dalam mana-mana Mahkamah Rendah Syariah, meminta dan memeriksa mana-mana rekod dan boleh menjalankan mana-mana kuasa di bawah SubSeksyen (2) Seksyen 49 atau memberikan apa-apa arahan yang perlu disisi keadilan.

 

BIDANG KUASA MAHKAMAH RENDAH SYARIAH 

  1. Mahkamah Rendah Syariah hendaklah mempunyai bidangkuasa di dalam sempadan tempatan bidangkuasa yang diberi kepadanya dan hendaklah diketuai oleh seorang Hakim Mahkamah Rendah Syariah.

DALAM BIDANG KUASA JENAYAH

Mahkamah Rendah Syariah hendaklah membicarakan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh orang Islam di bawah enakmen ini atau di bawah undang-undang bertulis lain yang memberi kepada Mahkamah Syariah bidangkuasa untuk membicarakan apa-apa kesalahan yang mana-mana hukuman maksimum yang diperuntukan tidak melebihi tiga ribu ringgit ( RM 3000.00 ) atau penjara bagi tempoh yang tidak melebihi dua (2) tahun atau kedua-duanya sekali.

 

DALAM BIDANG KUASA MAL

mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding yang mana Mahkamah Rendah Syariah dibenarkan mendengar dan memutuskannya dalam mana jumlah atau nilai hal perkara yang dipertikaikan tidak melebihi seratus ribu ringgit ( RM 100,000.00 ) atau yang tidak dapat dianggarkan dengan nilai wang.

 BIDANG KUASA MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH

  1. Mempunyai bidangkuasa untuk mendengar dan memutuskan apa-apa rayuan terhadap apa-apa keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Syariah dalam menjalankan bidangkuasa asalnya.
  2. Apabila sesuatu rayuan daripada sesuatu keputusan Mahkamah Rendah Syariah telah pun diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah, Mahkamah Rayuan Syariah boleh atas permohonan daripada mana-mana pihak memberi kebenaran untuk membuat keputusan mengenai apa-apa persoalan undang-undang yang menjadi kepentingan awam yang telah timbul dalam masa rayuan dan yang keputusannya oleh Mahkamah Tinggi Syariah telah menyentuh keputusan rayuan.
  3. Apabila kebenaran telah diberi oleh Mahkamah Rayuan Syariah ia hendaklah mendengar dan memutuskan persoalan yang dibenarkan untuk dirujuk bagi keputusannya itu dan membuat apa-apa perintah yang Mahkamah Tinggi Syariah sepatutnya membuat, sebagaimana yang difikirkannya adil bagi menyelesaikan rayuan itu.
Last Updated on Wednesday, 03 February 2010 12:23