Pengenalan
Sulh di dalam bahasa Arab bererti 'putus pertengkaran' yang bermaksud kompromi.
Pengertian syarak bermaksud suatu perjanjian yang dimeterai bagi menyelesaikan perselisihan /pertikaian di antara pihak-pihak yang beragama Islam.
Unit Sulh di Jabatan Kehakiman Syariah pahang telah secara rasminya beroperasi pada 01.Jan.2009, Waran perjawatan telah meluluskan seramai 4 orang pegawai Sulh yang terdiri 4 pegawai Sulh LS 41.
Menurut Kaedah-kaedah Tatacara Mal (Sulh) 2004 Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pahang , pihak-pihak dikehendaki hadir ke majlis sulh pada tarikh yang ditetapkan. Sekiranya pihak-pihak bersetuju untuk sulh, maka pihak-pihak akan menandatangani perjanjian persetujuan bersama dan kemudian perjanjian tersebut akan diendors di hadapan hakim. Pihak-pihak yang bersetuju sulh tidak perlu melalui proses perbicaraan di mahkamah. Ini dapat menjimatkan masa dan kos pihak-pihak dan secara tidak langsung dapat mempercepatkan kes di Mahkamah Syariah.
Tujuan unit ini ditubuh adalah untuk mempercepatkan kes-kes yang didaftarkan di Mahkamah Syariah. Antara permohonan atau tuntutan yang boleh diselesaikan melalui kaedah Sulh adalah seperti berikut:-
|
Kes-Kes Yang Berkaitan
|
|
1.
|
Mut'ah |
7.
|
Nafkah iddah |
|
2.
|
Nafkah Tertunggak |
8.
|
Harta Sepencarian |
|
3.
|
Hutang Maskahwin |
9.
|
Hal-hal yang difikirkan munasabah |
|
4.
|
Hadanah (hak penjagaan anak) |
10.
|
Tuntutan nafkah anak |
|
5.
|
Mengubah perintah |
11.
|
Permohonan pelaksanaan perintah mahkamah |
|
6.
|
Kembali taat |
12.
|
Wali Enggan |
Asas Perlaksanaan
Firman Allah SWT yang bermaksud: ''Dan jika dua puak dari orang-orang beriman berperang, maka damaikanlah diantara keduanya" (Surah al-Hujrat:9)
Firman Allah yang bermaksud: " Dan jika seseorang perempuan berbincang akan timbul dari suaminya nusyuz (Kebencian) atau tidak melayaninya, maka tidaklah salah bagi mereka (suami isteri) membuat perdamaian di antara mereka berdua (Secara sebaik-baiknya) kerana perdamaian itu lebih baik (bagi mereka dari bercerai-berai)" ( Surah an-Nisa:128)
Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud: "Perdamaian (Sulh) itu di haruskan (dalam urusan) diantara kaum muslimin, kecuali dalam hal mengharamkan sesuatu yang halal dan menghalalkan sesuatu yang haram" (Hadis riwayat Tarmizi)
{Atas}
|
Sulh, Perundangan (biasa) Hakam dan Timbang tara/Perbincangan
|
| Sulh |
|
1.
|
Mudah diadakan - dibuat diatas kehendak bersama dan sukarela. |
|
2.
|
Sukarela - (bebas mengambil bahagian dan bebas tidak membuat keputusan) perbincangan melihat kepada kepentingan dan keperluan pihak-pihak dan hasilnya penyelesaian secara damai. |
|
3.
|
Rahsia ( Antara pihak-pihak dan pegawai Sulh sahaja). |
|
4.
|
Memudahkan- (Pegawai sulh hanya membuat dan memandu perundingan tetapi pihak-pihak yang akan membuat keputusan) proses tidak formal dan fleksibel serta pihak-pihak menyertai perbincangan sepenuhnya.
|
| Perundingan (Biasa) |
|
1.
|
Pihak tidak sama kuat dan biasanya proseding terputus-putus. |
|
2.
|
Tiada pihak yang memandu dan mengatur/mengurus perundingan. |
|
3.
|
Terdedah pada faktor luar. |
| Hakam |
|
1.
|
Pihak-pihak menyerahkan sepenuhnya kepada (Hakam) untuk membuat keputusan bagi pihak mereka. |
| Timbangtara dan Perbincangan |
|
1.
|
Bersifat bermusuh- keterangan yang diberikan untuk menegakkan hak masing-masing. |
|
2.
|
Keputusan penombang tara/Hakim |
|
3.
|
Fokus masa lampau (apa yang telah berlaku) |
|
4.
|
Proses formal-ada prosedur khas |
|
5.
|
Penyertaan pihak adalah terhad sesuatu prosedur yang ada. |
| Kelebihan-kelebihan Sulh |
| 1. |
Dapat menjimatkan kos dan masa pihak-pihak |
| 2. |
Perundingan bersifat pemimpin bukan dominasi sebelah pihak |
| 3. |
Perundingan melihat kepentingan masa akan datang pihak-pihak bukannya mengunkit dan menyalahkan pihak lain. |
| 4. |
Penyelesaian secara sukarela (keredaan) bukannya melepaskan geram |
{Atas}
|