JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PAHANG

ARAHAN AMALAN JKSM / JKSN

Pemakaian Arahan Amalan adalah penting demi menyeragamkan dan melicinkan urusan pentadbiran kehakiman dan perundangan Syariah di Mahkamah Syariah seluruh Malaysia. Arahan Amalan yang telah lama diterima pakai di JKSN/MSN ini adalah suatu arahan pentadbiran berkaitan perundangan dan kehakiman yang bertujuan memastikan motto “Syariah Asas Keadilan” dapat direalisasikan. Justeru, pemahaman terhadap kesemua Arahan Amalan adalah sangat dituntut agar pemakaian arahan amalan tersebut dapat diguna pakai secara optimum. Arahan Amalan juga dapat menyelesaikan dan mengatasi banyak isu-isu ketidakseragaman pemakaian undang-undang dan lakuna di dalam pentadbiran kehakiman dan perundangan di Mahkamah Syariah seterusnya menjamin keadilan kepada pihak-pihak.

Lihat Juga : HIMPUNAN ARAHAN AMALAN (PORTAL RASMI E-SYARIAH JKSM)

1. Tatacara Penukaran Atau Pelepasan Peguam Syarie Jabatan Bantuan Guaman (JBG)/ Peguam Panel JBG
2. Penyediaan Dan Pengeluaran Perintah Bertulis Bagi Kes Jenayah Syariah
3. Penyediaan Waran Tangkap Dan Notis Kepada Penjamin Bagi Kes Jenayah Syariah
4. Had Masa Pendaftaran Dan Sebutan Kes Jenayah Syariah
5. Keperluan Untuk Mengemukakan Carian Rasmi/ Persendirian Geran Hak Milik Terkini Semasa Pendaftaran Dan Pada Mana-Mana Peringkat Prosiding Sebelum Penghakiman Bagi Tuntutan/ Permohonan Harta Tak Alih

6. Pemakaian Garis Panduan Penentuan Kelayakan Penjaga Ad Litem Bagi Kategori Orang Kurang Upaya (OKU), Orang Tak Berkeupayaan (OTB) Dan Kanak-Kanak Dalam Prosiding Kes Di Mahkamah Syariah.
7. Keperluan Khas Dalam Menentukan Kadar Nafkah Anak Berstatus Orang Kurang Upaya (OKU)
8. Pemakaian Garis Panduan Penggunaan Perkhidmatan Jurubahasa Isyarat Bertauliah Dalam Perbicaraan Kes Mal Dan Jenayah Bagi Orang Kurang Upaya (OKU) Kategori Pekak Dan Bisu, Dan Penterjemah Bertauliah Bagi Orang Yang Tidak Boleh Bertutur Dalam Bahasa Kebangsaan
9. Penentuan Bidang Kuasa Mahkamah Syariah Yang Mendengar Dan Memutuskan Kes Pengesahan Nikah Tanpa Kebenaran
10. Galakan Untuk Melantik Peguam Syarie Dalam Prosiding Kes Yang Melibatkan Perbicaraan, Rayuan Dan Semakan

11.Pemakaian Prosedur Operasi Standard (Standard Operation Procedure – SOP) Pelaksanaan Hukuman Sebatan Di Luar Penjara Bagi Pesalah Syariah
11.1 Lampiran : Prosedur Operasi Standard (SOP) Pelaksanaan Hukuman Sebatan Di Luar Penjara Bagi Pesalah Syariah

12. Pemakaian Garis Panduan Perintah Kehadiran Wajib (PKW) Bagi Pesalah Syariah
12.1 Lampiran : Akta Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah 1954
12.2 Lampiran : Garis Panduan Perintah Kehadiran Wajib (PKW)