JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PAHANG

ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 2013

Bidangkuasa Mahkamah Syariah Negeri Pahang Di Dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pahang (2013) Dan Keterangan Syariah

  • Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pahang (2013) (EKJSP) telah diwartakan pada 1 hb Disember, 2013 bagi menggantikan Enakmen Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (EPAI) & ARMP No. 8/82 (Kesalahan). Pegawai Syariah, Pendakwa Syarie, Peguam Syarie dan Pegawai Penguatkuasa Agama mesti memahami undang-undang dan hukum syarak. Perbezaan diantara jenayah dan kesalahan:-
  1. JENAYAH Kesalahan yang berkaitan hukuman hudud seperti zina, mencuri, merompak dan bunuh.
  2. KESALAHAN Perbuatan dan kecuaian yang boleh dihukum takzir seperti khalwat dll.

CIRI-CIRI JENAYAH DAN KESALAHAN

  • Niat yang salah (Mens Rea)
  • Perbuatan yang salah (Actus Reus)
  • Tanggungan Keras (Strict Liability)

ORANG YANG TERLIBAT DENGAN UNDANG-UNDANG

  • Terdiri dari Penguatkuasa dan Polis.
  • Pendakwa dan tahanan
  • Mendengar keterangan dan menghukum.
  • OKT:- Orang yang dituduh dengan sesuatu kesalahan dan membela diri sendiri, atau wakil yakni peguam.
  • Pertuduhan yang dikemukakan kepada OKT Kecuali Jenayah Zina.

BIDANGKUASA

  1. Bidangkuasa Mahkamah Tinggi Syariah (MTS)
    1. Denda RM 5000 (Ringgit Malaysia Lima Ribu) ,
    2. Tiga (3) tahun Penjara dan
    3. Enam kali (6x) sebatan, manakala
  2. Mahkamah Rendah Syariah
    1. Denda RM 3000 (Ringgit Malaysia Tiga Ribu),
    2. Dua (2) Tahun Penjara.

ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (PAHANG) 2013

  • Kesalahan Berhubungan Dengan `Aqidah
  • Kesalahan Berhubungan Dengan Kesucian Agama Islam Dan Institusinya
  • Kesalahan Berhubungan Dengan Kesusilaan
  • Kesalahan Pelbagai

Anda juga mungkin berminat (Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pahang (2013) : Muat Turun