Mentadbir urus operasi ICT Jabatan termasuk pentadbiran dan keselamatan ICT.
Menyelenggara dan memantau Sistem E-Syariah, Laman Web Jabatan, multimedia dan aplikasi sokongan yang lain.
Menentukan keperluan infrastruktur rangkaian (sekiranya ada), perkakasan dan perisian ICT di Jabatan serta melaksanakan penyelenggaraan ke atasnya dan memberi khidmat sokongan teknikal kepada semua pengguna di Jabatan.
Mentadbir urus operasi Bilik Server ICT dan Keselamatan ICT Jabatan.
Melaksanakan program pembangunan kemahiran dan pembudayaan ICT secara terus kepada pengguna.
Melaksanakan perolehan ICT serta keurusetiaan mesyuarat, bengkel dan seminar berkaitan ICT.