Memberi khidmat nasihat perundangan Syariah kepada pihak-pihak secara khusus berkaitan tuntutan nafkah/ mut’ah serta tatacara penguatkuasaan dan pelaksanaan penghakiman atau perintah selepas suatu penghakiman atau perintah dibuat oleh Mahkamah Syariah.
Melaksanakan tugas Peguam Syarie dan Bailif dalam penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah di Mahkamah Syariah berkaitan dengan nafkah/ mut’ah bagi memastikan sesuatu perintah dipatuhi dan dilaksanakan oleh semua pihak.
Melaksanakan pengurusan pentadbiran yang berkaitan dengan penguatkuasaan dan pelaksanaan penghakiman atau perintah Mahkamah Syariah antara negeri-negeri supaya berjalan dengan lancar tanpa sebarang halangan.
Menguruskan bantuan kewangan sementara dalam bentuk pendahuluan nafkah kepada pemiutang penghakiman (bekas isteri dan anak-anak) yang menjadi mangsa kegagalan pembayaran nafkah oleh penghutang penghakiman (bekas suami atau bapa).