LARANGAN MASUK DAN KELUAR DEWAN MAHKAMAH SYARIAH BAGI PELANGGAN ATAU ORANG AWAM
LARANGAN PAKAIAN
LELAKI
Baju-T, seluar pendek, jeans, rambut panjang melebihi paras bahu, selipar, topi adalah tidak dibenarkan.
PEREMPUAN
Baju-T, baju/ seluar pendek, mini skirt, baju/ kain/ seluar ketat, jeans, selipar, topi, berselendang/ bertudung yang menampakkan rambut dalah tidak dibenarkan.
LARANGAN LAIN
- Menghisap rokok
- Kanak-kanak di bawah umur tujuh (7) tahun ke bawah kecuali dengan kebenaran Mahkamah
- Bersembang/ buat bising
- Membawa senjata api/ tajam dan lain-lain yang boleh mengakibatkan kecederaan
- Membaca akhbar/ majalah dan lain-lain
- Bersilang kaki/ berpeluk tubuh
- Makan dan minum
- Penggunaan telefon bimbit/ telefon mudah alih
- Mengambil dan merakam apa-apa dalam Dewan kecuali dengan kebenaran Mahkamah
ARAHAN MASUK DAN KELUAR DEWAN MAHKAMAH SYARIAH BAGI PELANGGAN ATAU ORANG AWAM
HORMAT
Hendaklah hormat kepada Y.A. Tuan Hakim ketika masuk dan keluar dewan dengan berhenti dan tunduk menghadap Y.A. Tuan Hakim.
TEMPAT DUDUK
Lelaki : Kerusi sebelah kanan
Perempuan : Kerusi sebelah kiri
*Perubahan Tertakluk kepada kesesualan lokasi dan arahan
SENYAP
PAKAIAN
LELAKI
Pakaian sopan/ tertib dan menutup aurat
PEREMPUAN
Pakaian sopan/ tertib, memakai tudung dan menutup aurat
Sila pastikan Pihak-pihak (Plaintif, Defendan dan Peguam) hadir dan berada di dewan mahkamah syariah sebelum atau pada jam 9.00 pagi. Ini penting bagi memastikan kelancaran perjalanan sebutan dan perbicaraan kes pada hari tersebut. Ia bagi mengelakkan kes ditunda atau dibuang kerana kelewatan kehadiran pihak-pihak.