PERLEMBANGAAN KELAB KEBAJIKAN DAN REKREASI JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PAHANG (KRISPA)
UNDANG-UNDANG & PERLEMBAGAAN KELAB KEBAJIKAN DAN REKREASI JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PAHANG.
Berikut Adalah Senarai Perlembagaan Krispa Lama Tergunapakai Sebelum Pindaan Rasmi Oleh (Ros) Perlembagaan Dibawah Ini Dikekalkan Di Laman Web JKSP Hanyalah Digunakan Sebagai Bahan Rujukan Sahaja Dan Tidak Diguna Pakai Bermula Tarikh 11. Julai 2017
(1) | Pertubuhan ini dikenali dengan nama
| |
(2) | Takrif Nama : | |
(3) | Taraf Pertubuhan : Negeri |
(1) | Alamat berdaftar dan tempat urusan pertubuhan ialah
dan alamat untuk surat-menyurat adalah
atau di tempat lain atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Jawatankuasa; | ||
(2) | Tempat urusan berdaftar dan alamat surat menyurat Pertubuhan tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu. |
(a) | Untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan kakitangan Jabatan Kehakiman Syariah Pahang dan keluarga tanpa mengira pangkat dan keturunan serta mewujudkan semangat bekerjasama di antara satu sama lain khususnya dalam soal-soal kebajikan kecuali dalam hal-hal yang menyalahi Undang-undang Negara. |
(b) | Untuk menganjurkan aktiviti / program-program yang berbentuk keagamaan / kesukanan / rekreasi / akademik yang boleh mendatangkan manfaat kepada ahli-ahli termasuk menjalankan aktiviti yang boleh mendatangkan sumber kewangan. |
(c) | Untuk menggalakkan ahli-ahli bersukan bagi meningkatkan tahap kesihatan, disiplin serta berusaha menjadi ahli-ahli sebagai kakitangan yang bertanggungjawab. |
(d) | Untuk menjalankan kegiatan-kegiatan lain yang bertujuan menambah kewangan tabung dalam usaha membiayai aktiviti pertubuhan bagi kebaikan ahli-ahli. |
(e) | Untuk menjadi badan perhubungan antara pertubuhan ini dengan mana-mana pertubuhan lain yang diiktiraf serta difikirkan sesuai. |
(1) | Keahlian Pertubuhan hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia dan terbahagi kepada 2 kategori ; | |
a. | Ahli Biasa | |
b. | Ahli Kehormat | |
(2) | Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dihantar kepada Setiausaha dan Setiausaha hendaklah seterusnya mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan. | |
(3) | Tiap-tiap permohonan yang telah diluluskan seperti yang tersebut di atas hendaklah, setelah membayar pendaftaran dan yuran bulan pertama seperti yang ditentukan di fasal 6, diterima menjadi ahli pertubuhan dan berhak menikmati kemudahan-kemudahan yang disediakan. |
(1) | Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan, hendaklah memberi kenyataan bertulis dua minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan menjelaskan segala hutangnya. |
(2) | Mana-mana ahli yang gagal mematuhi Perlembagaan Pertubuhan atau bertindak dengan cara yang mencemarkan nama baik Pertubuhan boleh dipecat atau digantung bagi suatu tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa. Sebelum Jawatankuasa memecat atau menggantung ahli tersebut, ahli tersebut hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau pergantungannya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya. Pemecatan atau pergantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan Mesyuarat Agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut. |
(1) | Bayaran masuk dan yuran yang perlu dijelaskan adalah seperti berikut ; | |
a. | Bayaran Masuk – Bayaran pendaftaran ditetapkan sebanyak RM 10.00 (sepuluh ringgit) seorang sekali sahaja. | |
b. | Yuran Bulanan | |
(2) | Yuran Bulanan hendaklah dijelaskan kepada Bendahari terlebih dahulu dalam tempoh 14 hari dari awal tiap-tiap bulan. Bayaran melalui potongan gaji boleh dibuat dengan persetujuan ahli. | |
(3) | Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada dua bulan akan menerima surat peringatan yang ditandatangani oleh atau wakil Setiausaha dan hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya telah dijelaskan. | |
(4) | Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih dari jumlah yuran bagi enam bulan boleh mengikut budi bicara jawatankuasa untuk dipecat atau digantung keahliannya dan Jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuas hati yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu. | |
(5) | Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang telah membiarkan keahliannya terlucut atau digantung disebabkan hutang. | |
(6) | Yuran Khas daripada ahli-ahli untuk perkara tertentu yang boleh dipungut dengan persetujuan Mesyuarat Agung ahli-ahli. Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar yuran tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran bulanan. Kecuali kutipan wang bagi satu-satu perkara yang disifatkan tergempar dengan kelulusan Ahli Jawatankuasa Pertubuhan. | |
(7) | Kelab boleh menerima sumbangan daripada mana-mana pihak luar yang tiada berkepentingan dengan Jabatan. |
(1) | PENGELOLAAN Pertubuhan ini terserah kepada Mesyuarat Agung ahli-ahli. Sekurang-kurangnya satu perdua (1/2) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua kali ganda jumlah ahli Jawatankuasa, mengikut mana-mana yang kurang, hendaklah hadir di dalam Mesyuarat Agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupkan korum untuk mesyuarat. | ||||||||
(2) | Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh (tidak melebihi daripada 30 hari) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa; dan jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa meminda undang-undang Pertubuhan dan membuat keputusan-keputusan yang melibatkan semua ahli. | ||||||||
(3) | Mesyuarat Agung Tahunan bagi Pertubuhan hendaklah diadakan dengan secepat mungkin setelah berakhirnya tahun kewangan tetapi tidak lewat daripada 31hb Mac pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa. Kerja-kerja Mesyuarat Agung Tahunan ialah :
| ||||||||
(4) | Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya 4 hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan diadakan agenda mesyuarat termasuk salinan minit mesyuarat dan laporan serta penyata kira-kira Pertubuhan bagi tahun lalu yang telah diaudit. Salinan surat-surat ini juga hendaklah dibekalkan untuk dibaca oleh semua ahli-ahli di alamat tempat urusan Pertubuhan. | ||||||||
(5) | Mesyuarat Agung Khas bagi Pertubuhan ini boleh diadakan :
| ||||||||
(6) | Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu. | ||||||||
(7) | Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah diedarkan oleh Setiausaha kepada semua ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk mesyuarat. | ||||||||
(8) | Fasal 7(1) dan (2) di dalam undang-undang ini berkenaan korum dan penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan boleh digunakan untuk Mesyuarat Agung Khas, tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli itu, maka mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkan dan dalam masa 6 bulan dari tarikh ini, Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidak boleh diadakan. | ||||||||
(9) | Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli satu salinan minit Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Khas dengan seberapa segera yang boleh setelah selesainya mesyuarat itu. |
(1) | Satu Jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan Pegawai Pertubuhan hendaklah dipilih di dalam Mesyuarat Agung Tahunan :
| ||||||
(2) | Pemegang-pemegang jawatan Pertubuhan ini dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas eksekutif dalam Pertubuhan ini hendaklah terdiri dari Warganegara Malaysia. | ||||||
(3) | Pemilihan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi hendaklah dicadang dan disokong oleh ahli di dalam Mesyuarat Agung. Jawatan – jawatan lain iaitu Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari, Penolong Bendahari dan Ahli Jawatankuasa Biasa akan dipilih oleh Pengerusi dan Timbalan Pengerusi di dalam Mesyuarat Ahli Jawatankuasa dengan syarat kesemua calon telah dipilih dalam Mesyuarat Agung. Semua Ahli Jawatankuasa boleh dilantik semula setiap dua (2) tahun. | ||||||
(4) | Fungsi Jawatankuasa ialah mengelola dan mengatur kerja-kerja harian Pertubuhan dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan Pertubuhan mengikut dasar am yang telah ditetapkan oleh Mesyuarat Agung. Jawatankuasa seharusnya tidaklah boleh mengambil tindakan yang bertentangan dengan keputusan Mesyuarat Agung dengan tidak terlebih dahulu berhubung dengannya dan Jawatankuasa mestilah sentiasa mematuhi keputusan Mesyuarat Agung. Jawatankuasa hendaklah mengemukakan laporan berkenaan kegiatannya dalam tahun lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan. | ||||||
(5) | Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya empat (4) kali dalam setahun. Notis bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli Jawatankuasa 7 hari terlebih dahulu. Pengerusi dengan bersendirian atau tidak kurang daripada 4 orang ahli Jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan mesyuarat Jawatankuasa pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya setengah (1/2) daripada bilangan ahli Jawatankuasa hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat | ||||||
(6) | Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa dan mesyuarat Jawatankuasa tidak dapat diadakan, maka Setiausaha bolehlah mendapatkan kelulusan dari ahli Jawatankuasa secara mengedar surat pekeliling. Syarat-syarat mengenainya seperti berikut mestilah disempurnakan sebelum keputusan Jawatankuasa boleh dianggap sebagai telah diterima:
| ||||||
(7) | Jika seorang ahli Jawatankuasa meninggal dunia atau meletakkan jawatan, calon yang kedua mendapat undian terbanyak di dalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil untuk memenuhi kekosongan itu. Jika calon yang sedemikian tidak ada atau menolak jawatan itu, maka berkuasalah Jawatankuasa melantik ahli yang lain memenuhi kekosongan itu sehingga Mesyuarat Agung Tahunan diadakan. | ||||||
(8) | Jawatankuasa boleh memberi arahan kepada Setiausaha dan Pegawai-pegawai lain untuk menjalankan urusan Pertubuhan, dan melantik pengurus dan kakitangan yang difikirkannya mustahak. Ia boleh menggantungkan atau melucutkan jawatan sebagai pengurus atau kakitangan kerana cuai di dalam pekerjaan, curang, tidak cekap, engkar menjalankan keputusan Jawatankuasa, atau kerana sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan Pertubuhan. | ||||||
(9) | Jawatankuasa boleh menubuhkan Jawatankuasa kecil jika difikirkan mustahak dan memberi kewajipan khas kepada sebarang ahli Jawatankuasa. | ||||||
(10) | Seorang ahli Jawatankuasa boleh dipecat dari Jawatankuasa sekiranya ia didapati melakukan kesalahan yang bertentangan dengan semangat dan Perlembagaan Pertubuhan atau berkelakuan yang boleh menjejaskan nama baik Pertubuhan. | ||||||
(11) | Kecuali Mesyuarat Agung menunda atau membatalkan pemecatan, Jawatankuasa berkuasa memecat mana-mana ahli Jawatankuasa mengikut Fasal 5 (2) dengan undian yang terbanyak. |
(1) | Pengerusi dalam tempoh menyandang jawatannya, hendaklah menjadi Pengerusi semua Mesyuarat Agung dan Mesyuarat Jawatankuasa dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Ia mempunyai undi pemutus dan hendaklah ia menandatangani minit mesyuarat bila telah diluluskan. |
(2) | Timbalan Pengerusi hendaklah memangku jawatan Pengerusi semasa ketiadaannya. |
(3) | Setiausaha hendaklah menjalankan kerja-kerja pentadbiran Pertubuhan mengikut undang-undang dan hendaklah ia menjalankan perintah Mesyuarat Agung dan Jawatankuasa. Ia bertanggungjawab mengendalikan urusan surat menyurat dan menyimpan semua rekod dan dokumen pertubuhan kecuali buku-buku akaun dan dokumen kewangan. Setiausaha hendaklah menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi maklumat terperinci ahli mengikut kategori seperti nama, tempat dan tarikh lahir, nombor kad pengenalan, pekerjaan, nama dan alamat majikan dan alamat rumah kediaman tiap-tiap ahli. Setiausaha hendaklah dalam masa 60 hari dari tarikh Mesyuarat Agung Tahunan diadakan mengirim penyata tahunan Pertubuhan kepada Pendaftar Pertubuhan sebagaimana yang dikehendaki di bawah Seksyen 14 (1) Akta Pertubuhan 1966. |
(4) | Penolong Setiausaha hendaklah menolong Setiausaha menjalankan kerja-kerjanya dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha. |
(5) | Bendahari adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Pertubuhan. Ia hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertangungjawab di atas ketepatannya. |
(6) | Penolong Bendahari hendaklah menolong Bendahari menjalankan kerja-kerjanya dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Bendahari. |
(7) | Ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah membantu Jawatankuasa dalam menjalankan tugas yang diarahkan, termasuk mengetuai Jawatankuasa Kecil (Biro) yang ditubuhkan. |
(1) | Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan berikut dalam undang-undang ini wang Pertubuhan ini boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan Pertubuhan termasuk belanja pentadbiran, bayaran gaji, biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji serta upah Juruaudit. Walaubagaimanapun, wang itu, tidaklah boleh digunakan untuk membayar denda ahli yang telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah. | ||||||
(2) | Tiap-tiap cek atau kenyataan pengeluaran Wang Pertubuhan hendaklah ditandatangani bersama oleh Pengerusi atau Timbalan Pengerusi dan Bendahari atau Setiausaha. Walaubagaimanapun, Jawatankuasa berhak untuk melantik sesiapa antara mereka sebagai pengganti untuk menandatangani cek atau pengeluaran Wang Pertubuhan semasa ketiadaan mana-mana penandatangan tersebut. | ||||||
(3) | Bendahari dibolehkan menyimpan Wang Tunai dalam tangannya tidak lebih daripada Ringgit Malaysia Dua Ribu Sahaja (RM 2,000.00) pada suatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukkan ke dalam bank yang dipersetujui oleh Jawatankuasa. Kira-kira bank itu hendaklah atas nama Pertubuhan. | ||||||
(4) | Segala perbelanjaan wang Pertubuhan bagi sesuatu tujuan adalah tertakluk seperti berikut:
| ||||||
(5) | Penyata kewangan bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Juruaudit yang dilantik di bawah Fasal 11 undang-undang ini dengan seberapa segera setelah tamatnya tahun kewangan. Penyata kewangan yang telah diaudit itu hendaklah dikemukakan untuk diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan yang berikut dan salinannya hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di tempat urusan Pertubuhan. | ||||||
(6) | Pertubuhan juga dibolehkan memiliki tanah atau harta dan menjalankan aktiviti-aktiviti seperti perniagaan serta aktiviti yang tidak menyalahi Undang-undang. | ||||||
(7) | Tahun Kewangan Pertubuhan ini bermula dari 1hb Januari dan berakhir pada 31 Disember tiap-tiap tahun. |
(1) | Dua (2) orang yang bukannya Pegawai Pertubuhan boleh dilantik sebagai Juruaudit bersamaan dengan perlantikan Jawatankuasa Pertubuhan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Mereka akan memegang jawatan selama dua tahun dan boleh dilantik semula. |
(2) | Juruaudit adalah dikehendaki memeriksa penyata kewangan Pertubuhan bagi setahun dan membuat laporan atau pengesahan untuk Mesyuarat Agung Tahunan. Mereka juga dikehendaki pada bila-bila masa oleh Pengerusi mengaudit penyata kewangan Pertubuhan pada bila-bila masa di dalam tempoh perkhidmatan mereka dan membuat laporan kepada Jawatankuasa. |
(1) | Tiga (3) orang Pengamanah yang berumur lebih daripada 21 tahun hendaklah dilantik di dalam Mesyuarat Agung dan mereka akan berkhidmat selama yang dikehendaki oleh Pertubuhan. Kepada mereka akan diamanahkan semua harta tetap kepunyaan Pertubuhan dengan menandatangani suatu Surat Amanah (Deed of Trust). |
(2) | Pengamanah tidak boleh menjual, manarik balik atau memindahkan hakmilik harta kepunyaan Pertubuhan dengan tidak mendapat kelulusan dan kuasa yang diberikan oleh Mesyuarat Agung. |
(3) | Seorang Pengamanah itu boleh dilucutkan daripada jawatannya oleh Mesyuarat Agung oleh sebab uzur kerana penyakit, tidak siuman, tidak berada di dalam negeri atau kerana sebab lain yang mengakibatkan ia tidak dapat menjalankan tugasnya atau pekerjaanya dengan memuaskan. Jika berlaku kematian, perletakkan jawatan atau pembuangan bagi seseorang Pengamanah maka kekosongan itu bolehlah dipenuhkan oleh Pengamanah yang baru yang dilantik di dalam Mesyuarat Agung. |
(1) | Di antara berlangsungnya Mesyuarat Agung, Jawatankuasa boleh memberi tafsiran kepada Perlembagaan Pertubuhan dan Jawatankuasa, jika mustahak, boleh memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung di dalam Perlembagaan Pertubuhan. |
(2) | Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat dalam Mesyuarat Agung, keputusan Jawatankuasa terhadap ahli-ahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan Mesyuarat Agung. |
(1) | Pemegang Jawatan Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Pahang dengan sendirinya menjadi Penaung merangkap selaku Penasihat kepada Pertubuhan. |
(1) | Pertubuhan atau ahli-ahlinya tidak boleh cuba menghalang atau dengan apa cara juga mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan di dalam gerakan Kesatuan Sekerja seperti yang diterangkan di dalam Akta Kesatuan Sekerja 1959. |
(2) | Pertubuhan ini tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak, atas nama Pertubuhan atau Pegawai-pegawainya atau Jawatankuasanya atau ahli tanpa kelulusan daripada pihak berkuasa berkenaan. |
(3) | “Faedah” seperti yang diterangkan di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966, tidaklah boleh diberi oleh Pertubuhan kepada mana-mana ahlinya. |
(4) | Permainan yang disebutkan di bawah ini tidak boleh dimainkan di dalam rumah Pertubuhan; Roulette, Lotto, Fan Tan, Poh, Peh Bin, Belangkai, Pai Kau, Tau Ngau, Tien Kow, Chap Ji Kee, Sam Cheong, Dua Puluh Satu, Tiga Puluh Satu, Sepuluh dan Setengah, semua permainan dadu, Banker’s Game, Video Game, dan semua permainan yang bergantung semata-mata kepada nasib. |
(5) | Mana-mana orang tidak boleh memegang, menjadi penasihat atau pekerja Pertubuhan ini jika ia telah hilang kelayakan berbuat demikian menurut Seksyen 9A Akta Pertubuhan 1966. |
(1) | Undang-undang ini tidak boleh di ubah atau dipinda kecuali dengan keputusan Mesyuarat Agung. Permohonan untuk membuat perubahan atau pindaan kepada undang-undang hendaklah dibuat kepada Pendaftar Pertubuhan dalam tempoh 60 hari dari tarikh keputusan Mesyuarat Agung meluluskan perubahan atau pindaan itu dan hanya boleh dikuatkuasakan mulai dari tarikh perubahan atau pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan. |
(1) | Pertubuhan ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang daripada tiga perlima (3/5) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi dalam suatu Mesyuarat Agung yang dipanggil khas kerananya. |
(2) | Sekiranya Pertubuhan hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas, maka segala hutang dan tanggungan Pertubuhan yang sah mengikut perlembagaan hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui dalam Mesyuarat Agung berkenaan. |
(3) | Kenyataan pembubaran ini hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 14 hari dari tarikh keputusan Pembubaran itu. |
(1) | Bendera : | ||||||||
(2) | Lambang :
| ||||||||
(3) | Lencana : |