JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PAHANG

FUNGSI of the sentence.

Fungsi Jabatan Kehakiman Syariah Pahang

Jabatan Kehakiman Syariah Pahang telah Ditubuhkan bagi memastikan segala permasalahan yang berkaitan perundangan syariah dan Kekeluargaan Islam di Negeri Pahang dapat diselesaian dengan cara terbaik mengikut Hukum-Hukum Syarak yang berpandukan Al-Quran Dan Hadish. Berikut digariskan 6 Fungsi Asas yang menjadi teras utama sistem penyampaian di Jabatan Kehakiman Syariah Pahang.

1.Menerima dan menyelaras kes-kes yang dibawa ke Mahkamah Syariah dengan adil dan saksama mengikut peruntukan undang-undang.
2.
Menguatkuasa dan melaksana sistem kehakiman islam yang teratur dan berkesan.
3.
Mengurus kes-kes Rayuan Syariah secara teratur dan berkesan.
4.
Mengurus permohonan pembahagian harta pusaka.
5.
Membangunkan sumber manusia yang terlatih dan mencukupi.
6.
Memberi perkhidmatan rundingcara,pertemuan dan perdamaian.

Fungsi Bahagian di Jabatan Kehakiman Syariah Pahang

  • Menerima, mendengar dan memutuskan kes-kes yang dibawa ke Mahkamah Syariah sama ada kes-kes rayuan atau permohonan pembahagian Faraid secara teratur mengikut hukum Syara’ dan peruntukan undang-undang.
  • Memutus, menguatkuasa dan melaksanakan perintah berasaskan Hukum Syara’ dan undang-undang bertulis.

 

Mengendalikan urusan pentadbiran, perolehan, perkara-perkara berkaitan kewangan serta pembangunan projek Mahkamah Syariah Negeri Pahang.

  • Mengendalikan Majlis Sulh bagi menyelesaikan kes sulh dan pemantauan maklumat sulh di dalam Sistem E-Syariah.
  • Menyediakan Perjanjian Penyelesaian dan Laporan Majlis Sulh untuk tujuan merekodkan perintah atau menetapkan sebutan.

  • Mentadbir urus operasi ICT Jabatan termasuk pentadbiran dan keselamatan ICT.
  • Menyelenggara dan memantau Sistem E-Syariah, Laman Web Jabatan, multimedia dan aplikasi sokongan yang lain.
  • Menentukan keperluan infrastruktur rangkaian (sekiranya ada), perkakasan dan perisian ICT di Jabatan serta melaksanakan penyelenggaraan ke atasnya dan memberi khidmat sokongan teknikal kepada semua pengguna di Jabatan.
  • Mentadbir urus operasi Bilik Server ICT dan Keselamatan ICT Jabatan.
  • Melaksanakan program pembangunan kemahiran dan pembudayaan ICT secara terus kepada pengguna.
  • Melaksanakan perolehan ICT serta keurusetiaan mesyuarat, bengkel dan seminar berkaitan ICT.

  • Memberi khidmat nasihat perundangan Syariah kepada pihak-pihak secara khusus berkaitan tuntutan nafkah/ mut’ah serta tatacara penguatkuasaan dan pelaksanaan penghakiman atau perintah selepas suatu penghakiman atau perintah dibuat oleh Mahkamah Syariah.
  • Melaksanakan tugas Peguam Syarie dan Bailif dalam penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah di Mahkamah Syariah berkaitan dengan nafkah/ mut’ah bagi memastikan sesuatu perintah dipatuhi dan dilaksanakan oleh semua pihak.
  • Melaksanakan pengurusan pentadbiran yang berkaitan dengan penguatkuasaan dan pelaksanaan penghakiman atau perintah Mahkamah Syariah antara negeri-negeri supaya berjalan dengan lancar tanpa sebarang halangan.
  • Menguruskan bantuan kewangan sementara dalam bentuk pendahuluan nafkah kepada pemiutang penghakiman (bekas isteri dan anak-anak) yang menjadi mangsa kegagalan pembayaran nafkah oleh penghutang penghakiman (bekas suami atau bapa).

  • Mengurus pengurusan fail dan rekod di Jabatan meliputi pengurusan registri, pengurusan rekod aktif, separa aktif dan tidak aktif serta pelupusan rekod.
  • Mewujudkan sistem pengurusan rekod jabatan secara sistematik dan terpelihara
  • Mengurus penyediaan panduan, risalah berkala berkenaan pengurusan rekod dan audit inspektorat pengurusan rekod di Jabatan.
  • Mengurus pengumpulan rekod-rekod konvensional dan elektronik yang dikeluarkan oleh Jabatan.
  • Mengurus pengumpulan rekod-rekod alasan penghakiman terpilih dari Jabatan.

 

TERJEMAH »