JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PAHANG

BIDANG KUASA

ENAKMEN 3 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1991
BAHAGIAN III - MAHKAMAH SYARIAH

  1. Mahkamah Rendah Syariah hendaklah mempunyai bidangkuasa di dalam sempadan tempatan bidangkuasa yang diberi kepadanya dan hendaklah diketuai oleh seorang Hakim Mahkamah Rendah Syariah.
  2. Mahkamah Rendah Syariah hendaklah -
    • dalam bidangkuasa jenayah, membicarakan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh orang Islam di bawah Enakmen ini atau di bawah undang-undang bertulis lain yang memberi kepada Mahkamah Syariah bidangkuasa untuk membicarakan apa-apa kesalahan yang mana hukuman maksimum yang diperuntukkan tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara bagi tempoh yang tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya; dan

    • dalam bidangkuasa mal, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding yang Mahkamah Tinggi Syariah dibenarkan mendengar dan memutuskannya dalam mana jumlah atau nilai hal perkara yang dipertikaikan tidak melebihi satu juta ringgit atau yang tidak dapat dianggarkan dengan wang.

  3. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh dari masa ke masa melalui pemberitahuan dalam Warta meluaskan bidangkuasa Mahkamah Rendah Syariah.

ENAKMEN 3 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1991
BAHAGIAN III - MAHKAMAH SYARIAH

Seksyen 47. Bidangkuasa Mahkamah Tinggi Syariah.

  1. Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa di seluruh Negeri Pahang dan hendaklah diketuai oleh seorang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah.
  2. Walau apa pun subseksyen (1), Ketua Hakim Syarie boleh bersidang sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dan mengetuai Mahkamah itu.
  3. Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah—
    1. pertunangan, perkahwinan, perceraian, ruju’, pembubaran perkahwinan (fasakh), nusyuz atau pemisahan kehakiman (faraq) atau apa apa perkara lain yang berkaitan dengan perhubungan antara suami isteri;
    2. pelupusan atau tuntutan harta yang berbangkit daripada mana-mana perkara yang dinyatakan dalam subperenggan (i);
    3. nafkah orang tanggungan, kesahtarafan, atau penjagaan atau jagaan (hadhanah) kanak-kanak;
    4. pembahagian, atau tuntutan, harta sepencarian;
    5. wasiat atau hibah semasa maradal-maut;;
    6. hibah semasa hidup, atau penyelesaian yang dibuat tanpa balasan yang memadai dengan wang atau nilaian wang oleh seseorang orang Islam;
    7. wakaf atau nazar;
    8. pembahagian dan pewarisan harta berwasiat atau tidak berwasiat;
    9. penentuan orang yang berhak kepada bahagian harta pusaka seseorang si mati yang beragama Islam atau bahagian- bahagian yang kepadanya masing-masing orang itu berhak;
    10. rujukan bagi penentuan bahawa seseorang itu masih beragama Islam atau tidak;
    11. perakuan bahawa seseorang itu bukan lagi orang Islam;
    12. penentuan bahawa seseorang yang telah mati itu ialah orang Islam atau sebaliknya pada masa kematiannya; dan
    13. perkara-perkara lain yang berkenaan dengannya bidang kuasa diberikan oleh mana-mana undang-undang bertulis.”

Seksyen 49. Rayuan ke Mahkamah Tinggi Syariah.

  1. Sesuatu rayuan hendaklah dibawa kepada Mahkamah Tinggi Syariah daripada keputusan Mahkamah Rendah Syariah -
    • dalam bidangkuasa jenayah, oleh pendakwa atau oleh orang yang telah sabit kesalahan, dan rayuan ini bolehlah terhadap pembebasan, sabitan atau hukuman atau mana-mana satu daripada yang tersebut itu;
    • dalam bidangkuasa mal -
      • oleh mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan itu, jika jumlah yang dituntut itu tidak kurang daripada lima ratus ringgit;
      • dalam semua kes yang melibatkan apa-apa keputusan mengenai status peribadi, oleh mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan itu;
      • dalam semua kes yang berkaitan dengan nafkah tanggungan, oleh mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan itu:
        Dengan syarat bahawa tiada suatupun rayuan boleh dibuat terhadap keputusan yang telah dibuat dengan persetujuan; dan
    • dalam kes-kes lain, jika Mahkamah Tinggi Syariah memberi kebenaran untuk merayu.
  2. Dalam mana-mana rayuan, Mahkamah Tinggi Syariah boleh -

    • (a) dalam perkara jenayah, menolak rayuan, sabitan atau hukuman perayu, memerintahkan Mahkamah yang membicarakan kes itu memanggil pembelaan atau membuat siasatan lanjut, menambah atau meminda bentuk hukuman itu, memerintahkan perbicaraan semula, atau meminda, atau membatalkan perintah Mahkamah yang membicarakan kes itu; dan
    • (b) dalam perkara mal, mengesahkan, membatalkan atau mengubah keputusan Mahkamah yang membicarakan kes itu, menjalankan mana-mana kuasa sebagaimana Mahkamah yang membicarakan boleh menjalankan, membuat perintah sebagaimana Mahkamah yang membicarakan sepatutnya membuatnya, atau memerintahkan perbicaraan semula.

Seksyen 52. Bidangkuasa menyemak dan mengawas.

  1. Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah mempunyai bidangkuasa mengawasi secara am dan bidangkuasa menyemak ke atas semua Mahkamah Rendah Syariah dan boleh, jika didapati perlu demi kepentingan keadilan, sama ada atas kehendaknya sendiri atau atas kehendak pihak atau orang yang berkepentingan, pada mana-mana peringkat dalam sesuatu perkara atau prosiding sama ada mal atau jenayah dalam mana-mana Mahkamah Rendah Syariah, meminta dan memeriksa mana-mana rekod dan boleh menjalankan mana-mana kuasa di bawah subseksyen (2) seksyen 49 atau memberi apa-apa arahan yang perlu di sisi keadilan.
  2. Apabila Mahkamah Tinggi Syariah meminta rekod di bawah subseksyen (1), semua prosiding dalam Mahkamah Rendah Syariah mengenai perkara atau prosiding yang menjadi soal itu hendaklah digantung sementara menanti arahan seterusnya daripada Mahkamah Tinggi Syariah.
  3.  
  4.  

BIDANG KUASA BAGI KES JENAYAH
Mempunyai bidangkuasa di seluruh Pahang, dalam bidangkuasa jenayahnya, membicarakan semua kesalahan yang dilakukan oleh orang Islam dan boleh dihukum di bawah Enakmen ini atau Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 1987 atau di bawah undang-undang bertulis lain yang memberi kepada Mahkamah Syariah bidangkuasa untuk membicarakan apa-apa kesalahan, dan boleh mengenakan apa-apa hukuman yang diperuntukan di dalamnya.

BIDANG KUASA BAGI KES MAL
Mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding dalam mana semua pihak adalah orang Islam dan yang berhubungan dengan:-

  • Pertunangan, perkahwinan, penceraian atau perpisahan ( faraq );
  • Apa-apa pelupusan atau tuntutan terhadap harta yang timbul daripada perkara yang disebut dalam sub perenggan 1;
  • Nafkah tanggungan, kesahtarafan atau penjagaan kanak-kanak ( hadhanah );
  • Pembahagian atau tuntutan terhadap harta sepencarian;
  • Wasiat atau pemberian semasa hampir maut ( maradhul maut ) seseorang simati Islam;
  • Pemberian semasa hidup atau penyelesaian yang dibuat tanpa balasan yang mencukupi dengan wang atau nilai wang oleh seseorang Islam;
  • Wakaf atau nazar;
  • Menentukan waris dan membahagikan harta berwasiat atau tidak berwasiat orang Islam; dan
  • Perkara-perkara lain yang berkenaan dengannya bidangkuasa diberikan oleh mana-mana undang-undang bertulis.
  • rujukan bagi penentuan bahawa seseorang itu masih beragama Islam atau tidak;
  • perakuan bahawa seseorang itu bukan lagi orang Islam;
  • penentuan bahawa seseorang yang telah mati itu ialah orang Islam atau sebaliknya pada masa kematiannya; dan
  • perkara-perkara lain yang berkenaan dengannya bidang kuasa diberikan oleh mana-mana undang-undang bertulis.”

BIDANGKUASA RAYUAN TERHADAP KES-KES DARI MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DALAM PERKARA KES JENAYAH:-
Kes akan dibawa oleh Pendakwa atau oleh orang yang telah sabit kesalahan dan rayuan ini bolehlah terhadap pembebasan, sabitan atau hukuman atau mana-mana satu daripada yang tersebut itu.

BIDANGKUASA RAYUAN TERHADAP KES-KES DARI MAHKAMAH RENDAH SYARIAH ALAM PERKARA KES MAL:-

  • Oleh mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan itu, jika jumlah yang dituntut itu tidak kurang daripada lima ratus ringgit ( RM500.00 ).
  • Dalam semua kes yang melibatkan apa-apa keputusan mengenai status peribadi oleh mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan itu.
  • Dalam semua kes yang berkaitan dengan nafkah tanggungan, oleh mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan itu : dengan syarat bahawa tiada suatu pun rayuan boleh dibuat terhadap keputusan yang telah dibuat dengan persetujuan.

DALAM KES-KES LAIN, JIKA MAHKAMAH TINGGI SYARIAH MEMBERI KEBENARAN MERAYU

Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah mempunyai bidangkuasa mengawasi secara am dan bidangkuasa menyemak ke atas semua Mahkamah Rendah Syariah dan boleh sama ada atas kehendaknya sendiri atau atas kehendak pihak atau orang yang berkepentingan pada mana-mana peringkat dalam sesuatu perkara atau prosiding sama ada Mal atau Jenayah dalam mana-mana Mahkamah Rendah Syariah, meminta dan memeriksa mana-mana rekod dan boleh menjalankan mana-mana kuasa di bawah SubSeksyen (2) Seksyen 49 atau memberikan apa-apa arahan yang perlu disisi keadilan.

LOKASI DAERAH BIDANG KUASA MAHKAMAH TINGGI

  1. MAHKAMAH TINGGI SYARIAH KUANTAN
    1. DAERAH KUATAN
    2. DAERAH PEKAN
    3. DAERAH ROMPIN
    4. MUADZAM SHAH
  2. MAHKAMAH TINGGI SYARIAH TEMERLOH
    1. DAERAH MARAN
    2. DAERAH TEMERLOH
    3. DAERAH BERA
    4. DAERAH JERANTUT
  3. MAHKAMAH TINGGI SYARIAH BENTONG
    1. DAERAH BENTONG
    2. DAERAH LIPIS
    3. DAERAH RAUB
    4. DAERAH CAMERON HIGHLANDS

ENAKMEN 3 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1991
BAHAGIAN III - MAHKAMAH SYARIAH

Seksyen 53. Bidangkuasa Mahkamah Rayuan Syariah.

  1. Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah mempunyai bidangkuasa mendengar dan memutuskan sesuatu rayuan terhadap sesuatu keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Syariah dalam menjalankan bidangkuasa asalnya.
  2. Apabila sesuatu rayuan daripada sesuatu keputusan Mahkamah Rendah Syariah telahpun diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah, Mahkamah Rayuan Syariah boleh atas permohonan daripada mana-mana pihak memberi kebenaran untuk membuat keputusan mengenai apa-apa persolan undang-undang yang menjadi kepentingan awam yang telah timbul dalam masa rayuan dan yang keputusannya oleh Mahkamah Tinggi Syariah telah menyentuh keputusan rayuan.
  3. Apabila kebenaran telah diberi oleh Mahkamah Rayuan Syariah ia hendaklah mendengar dan memutuskan persoalan yang dibenarkan untuk dirujukkan bagi keputusannya itu dan membuat apa-apa perintah yang Mahkamah Tinggi Syariah sepatutnya membuat, sebagaimana yang difikirkannya adil bagi menyelesaikan rayuan itu.

53A. Bidang kuasa pengawasan dan penyemakan Mahkamah Rayuan Syariah

  1. Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah mempunyai bidang kuasa pengawasan dan penyemakan ke atas Mahkamah Tinggi Syariah dan boleh, jika didapatinya perlu demi kepentingan keadilan, sama ada atas kehendaknya sendiri atau atas kehendak mana-mana pihak atau orang yang berkepentingan, pada mana-mana peringkat dalam apa-apa perkara atau prosiding, sama ada mal atau jenayah, dalam Mahkamah Tinggi Syariah, memanggil dan memeriksa mana￾mana rekod tentang perkara atau prosiding itu dan boleh memberikan apa-apa arahan demi keadilan.
  2. Apabila Mahkamah Rayuan Syariah memanggil rekod tentang apa-apa perkara atau prosiding di bawah subseksyen (1), semua prosiding dalam Mahkamah Tinggi Syariah tentang perkara atau prosiding itu hendaklah digantung sementara menanti arahan selanjutnya daripada Mahkamah Rayuan Syariah.”.

Kawasan Gugusan Felda Jengka dibahagikan dibawah 2 bidang kuasa Mahkamah Rendah Syariah iaitu MRS Maran  dan MRS Jerantut. serta 2 bidang kuasa Mahkamah Tinggi Syariah iaitu MTS Kuantan dan MTS Bentong carta ini akan memudahkan penduduk di kawasan yang berkenaan merujuk kawasan pembahagian bidang kuasa ini untuk melakukan sebarang urusan yang berkaitan dengan kawasan masing-masing. Bagi Kawasan-kawasan lain di dalam jajahan negeri pahang pembahgian bidang kuasa adalah tertakluk kepada daerah bermastautin.

MRS MARAN / MTS TEMERLOH

    1. BANDAR JENGKA
    2. JENGKA 1
    3. JENGKA 2
    4. JENGKA 3
    5. JENGKA 4
    6. JENGKA 5
    7. JENGKA 6
    8. JENGKA 7
    9. JENGKA 10
    10. JENGKA 11
    11. JENGKA 14
    12. JENGKA 15
    13. JENGKA 16
    14. JENGKA 17
    15. JENGKA 18
    16. JENGKA 19
    17. JENGKA 20
    18. JENGKA 22
    19. JENGKA 23

MRS JERANTUT / MTS TEMERLOH

    1. JENGKA 8
    2. JENGKA 9
    3. JENGKA 12
    4. JENGKA 13
    5. JENGKA 21
    6. JENGKA 24
    7. JENGKA 25