JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PAHANG

FUNGSI

Fungsi Jabatan Kehakiman Syariah Pahang

Jabatan Kehakiman Syariah Pahang telah Ditubuhkan bagi memastikan segala permasalahan yang berkaitan perundangan syariah dan Kekeluargaan Islam di Negeri Pahang dapat diselesaian dengan cara terbaik mengikut Hukum-Hukum Syarak yang berpandukan Al-Quran Dan Hadish. Berikut digariskan 6 Fungsi Asas yang menjadi teras utama sistem penyampaian di Jabatan Kehakiman Syariah Pahang.

1.Menerima dan menyelaras kes-kes yang dibawa ke Mahkamah Syariah dengan adil dan saksama mengikut peruntukan undang-undang.
2.
Menguatkuasa dan melaksana sistem kehakiman islam yang teratur dan berkesan.
3.
Mengurus kes-kes Rayuan Syariah secara teratur dan berkesan.
4.
Mengurus permohonan pembahagian harta pusaka.
5.
Membangunkan sumber manusia yang terlatih dan mencukupi.
6.
Memberi perkhidmatan rundingcara,pertemuan dan perdamaian.

Fungsi Bahagian di Jabatan Kehakiman Syariah Pahang

BAHAGIAN KEHAKIMAN
  • Menerima, mendengar dan memutuskan kes-kes yang dibawa ke Mahkamah Syariah sama ada kes-kes rayuan atau permohonan pembahagian Faraid secara teratur mengikut hukum Syara’ dan peruntukan undang-undang.
  • Memutus, menguatkuasa dan melaksanakan perintah berasaskan Hukum Syara’ dan undang-undang bertulis.

 

BAHAGIAN PENTADBIRAN, KEWANGAN DAN SUMBER MANUSIA

Mengendalikan urusan pentadbiran, perolehan, perkara-perkara berkaitan kewangan serta pembangunan projek Mahkamah Syariah Negeri Pahang.

UNIT SULH
  • Mengendalikan Majlis Sulh bagi menyelesaikan kes sulh dan pemantauan maklumat sulh di dalam Sistem E-Syariah.
  • Menyediakan Perjanjian Penyelesaian dan Laporan Majlis Sulh untuk tujuan merekodkan perintah atau menetapkan sebutan.
UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT (ICT)
  • Mentadbir urus operasi ICT Jabatan termasuk pentadbiran dan keselamatan ICT.
  • Menyelenggara dan memantau Sistem E-Syariah, Laman Web Jabatan, multimedia dan aplikasi sokongan yang lain.
  • Menentukan keperluan infrastruktur rangkaian (sekiranya ada), perkakasan dan perisian ICT di Jabatan serta melaksanakan penyelenggaraan ke atasnya dan memberi khidmat sokongan teknikal kepada semua pengguna di Jabatan.
  • Mentadbir urus operasi Bilik Server ICT dan Keselamatan ICT Jabatan.
  • Melaksanakan program pembangunan kemahiran dan pembudayaan ICT secara terus kepada pengguna.
  • Melaksanakan perolehan ICT serta keurusetiaan mesyuarat, bengkel dan seminar berkaitan ICT.
BAHAGIAN SOKONGAN KELUARGA (BSK)
  • Memberi khidmat nasihat perundangan Syariah kepada pihak-pihak secara khusus berkaitan tuntutan nafkah/ mut’ah serta tatacara penguatkuasaan dan pelaksanaan penghakiman atau perintah selepas suatu penghakiman atau perintah dibuat oleh Mahkamah Syariah.
  • Melaksanakan tugas Peguam Syarie dan Bailif dalam penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah di Mahkamah Syariah berkaitan dengan nafkah/ mut’ah bagi memastikan sesuatu perintah dipatuhi dan dilaksanakan oleh semua pihak.
  • Melaksanakan pengurusan pentadbiran yang berkaitan dengan penguatkuasaan dan pelaksanaan penghakiman atau perintah Mahkamah Syariah antara negeri-negeri supaya berjalan dengan lancar tanpa sebarang halangan.
  • Menguruskan bantuan kewangan sementara dalam bentuk pendahuluan nafkah kepada pemiutang penghakiman (bekas isteri dan anak-anak) yang menjadi mangsa kegagalan pembayaran nafkah oleh penghutang penghakiman (bekas suami atau bapa).
UNIT REKOD

SEKSYEN REKOD, BAHAGIAN PENDAFTARAN KEURUSETIAAN & REKOD

JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA

PENGENALAN:

Seksyen Rekod Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia telah diwujudkan melalui waran perjawatan bil A62 tahun 2008. Seksyen Rekod adalah terletak di bawah salah satu seksyen yang terdapat dalam Bahagian Pendaftaran, Keurusetiaan dan Rekod (BPKR). Seksyen Rekod Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia beroperasi secara rasmi bermula pada 15 Ogos 2008 melalui penempatan Ketua Seksyen Rekod di JKSM dan mula beroperasi sepenuhnya selepas membuat pengisian berperingkat bagi 2 jawatan iaitu LS27 dan LS17 di setiap JKSN/MSN pada awal 2009.

Seksyen Rekod kini diketuai oleh seorang Ketua Penolong Pengarah LS48, dibantu oleh Penolong Pengarah Kanan LS44, seorang Penolong Pegawai Arkib S29, seorang Pembantu Arkib S19 dan seorang Pembantu Syariah LS19 yang berada di ibu pejabat iaitu JKSM. Manakala disokong pula oleh 2 kakitangan iaitu Penolong Pegawai Syariah LS29 dan Pembantu Syariah LS19 di setiap JKSN/MSN. Antara peranan 2 orang kakitangan Seksyen Rekod di JKSN/MSN adalah untuk membantu menyelaras dan menambah baik pelaksanaan pengurusan rekod yang diamalkan oleh JKSN/MSN pada masa kini


OBJEKTIF PENUBUHAN:
Mewujudkan dan melaksanakan sistem pengurusan rekod yang sistematik, teratur dan efisyen berdasarkan perundangan dan peraturan yang telah ditetapkan.

Memberi Khidmat nasihat kepada warga Jabatan mengenai pengurusan rekod jabatan yang lebih sistematik dan berkesan

Bertanggungjawab memastikan keseragaman pelaksanaan pengurusan rekod yang berterusan


MISI:
Menyimpan, mengesan, memperolehi, menjaga dan memulihara semua warisan khazanah rekod penting JKSNS yang bernilai kebangsaan dan bersejarah kepada JKSM demi rujukan generasi masa kini dan akan datang.

 

VISI:
Menjadikan Sistem Pengurusan Rekod JKSNS teratur dan bersistematik serta menjadi pusat rujukan pengurusan rekod kepada bahagian perundangan dan pentadbiran bagi memenuhi kepuasan pelanggan dan memastikan mencapai keberkesanan Sistem Pengurusan Kualiti.

 

ANTARA PUNCA KUASA PENGURUSAN REKOD KERAJAAN:

  • Akta Arkib Negara 2003 ( AKTA 629)
  • Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Surat Pekeliling Am Bil. 2 1987 – Garis Panduan Pengelasan dan Pengelasan Semula
  • Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 2007 – Panduan pengurusan pejabat (Bab VII – Pengurusan Fail)
  • Surat Pekeliling Perbendaharaan 4 Tahun 2007 – Buku dan rekod kewangan
  • Surat Kementerian Kewangan 3 November 1993 – Pelupusan bahan-bahan bercetak atau kertas terpakai
  • Arahan Jabatan Arkib Negara Bil.10 Tahun 2008 – Pemindahan Rekod Terperingkat ke Jabatan Arkib Negara.
  • Arahan Teknologi Maklumat Disember 2007 Bab IV (MAMPU) – Pengurusan Rekod Elektronik
  • Surat Pekeliling Am Bil.1 tahun 2003 – Pengumpulan dan Pemeliharaan Surat-surat Persendirian Penjawat-penjawat Tinggi Kerajaan di Arkib Negara Malaysia.
  • Arahan Perkhidmatan (AP), 1974 ( MAMPU) – Panduan Sistem Fail Bagi Agensi-Agensi Kerajaan

FUNGSI

  • Mengurus pengurusan fail dan rekod di Jabatan meliputi pengurusan registri, pengurusan rekod aktif, separa aktif dan tidak aktif serta pelupusan rekod.
  • Mewujudkan sistem pengurusan rekod jabatan secara sistematik dan terpelihara
  • Mengurus penyediaan panduan, risalah berkala berkenaan pengurusan rekod dan audit inspektorat pengurusan rekod di Jabatan.
  • Mengurus pengumpulan rekod-rekod konvensional dan elektronik yang dikeluarkan oleh Jabatan.
  • Mengurus pengumpulan rekod-rekod alasan penghakiman terpilih dari Jabatan.