- MAHKAMAH RENDAH SYARIAH
- MAHKAMAH TINGGI SYARIAH
- MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH
- BIDANGKUASA (GUGUSAN JENGKA)
ENAKMEN 3 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1991
BAHAGIAN III - MAHKAMAH SYARIAH
- Mahkamah Rendah Syariah hendaklah mempunyai bidangkuasa di dalam sempadan tempatan bidangkuasa yang diberi kepadanya dan hendaklah diketuai oleh seorang Hakim Mahkamah Rendah Syariah.
- Mahkamah Rendah Syariah hendaklah -
dalam bidangkuasa jenayah, membicarakan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh orang Islam di bawah Enakmen ini atau di bawah undang-undang bertulis lain yang memberi kepada Mahkamah Syariah bidangkuasa untuk membicarakan apa-apa kesalahan yang mana hukuman maksimum yang diperuntukkan tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara bagi tempoh yang tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya; dan
dalam bidangkuasa mal, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding yang Mahkamah Tinggi Syariah dibenarkan mendengar dan memutuskannya dalam mana jumlah atau nilai hal perkara yang dipertikaikan tidak melebihi satu juta ringgit atau yang tidak dapat dianggarkan dengan wang.
- Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh dari masa ke masa melalui pemberitahuan dalam Warta meluaskan bidangkuasa Mahkamah Rendah Syariah.
ENAKMEN 3 TAHUN 1991 Seksyen 47. Bidangkuasa Mahkamah Tinggi Syariah.
Seksyen 49. Rayuan ke Mahkamah Tinggi Syariah.
Seksyen 52. Bidangkuasa menyemak dan mengawas.
| BIDANG KUASA BAGI KES JENAYAH BIDANG KUASA BAGI KES MAL
BIDANGKUASA RAYUAN TERHADAP KES-KES DARI MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DALAM PERKARA KES JENAYAH:- BIDANGKUASA RAYUAN TERHADAP KES-KES DARI MAHKAMAH RENDAH SYARIAH ALAM PERKARA KES MAL:-
DALAM KES-KES LAIN, JIKA MAHKAMAH TINGGI SYARIAH MEMBERI KEBENARAN MERAYU Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah mempunyai bidangkuasa mengawasi secara am dan bidangkuasa menyemak ke atas semua Mahkamah Rendah Syariah dan boleh sama ada atas kehendaknya sendiri atau atas kehendak pihak atau orang yang berkepentingan pada mana-mana peringkat dalam sesuatu perkara atau prosiding sama ada Mal atau Jenayah dalam mana-mana Mahkamah Rendah Syariah, meminta dan memeriksa mana-mana rekod dan boleh menjalankan mana-mana kuasa di bawah SubSeksyen (2) Seksyen 49 atau memberikan apa-apa arahan yang perlu disisi keadilan. LOKASI DAERAH BIDANG KUASA MAHKAMAH TINGGI
|
ENAKMEN 3 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1991
BAHAGIAN III - MAHKAMAH SYARIAH
Seksyen 53. Bidangkuasa Mahkamah Rayuan Syariah.
- Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah mempunyai bidangkuasa mendengar dan memutuskan sesuatu rayuan terhadap sesuatu keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Syariah dalam menjalankan bidangkuasa asalnya.
- Apabila sesuatu rayuan daripada sesuatu keputusan Mahkamah Rendah Syariah telahpun diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah, Mahkamah Rayuan Syariah boleh atas permohonan daripada mana-mana pihak memberi kebenaran untuk membuat keputusan mengenai apa-apa persolan undang-undang yang menjadi kepentingan awam yang telah timbul dalam masa rayuan dan yang keputusannya oleh Mahkamah Tinggi Syariah telah menyentuh keputusan rayuan.
- Apabila kebenaran telah diberi oleh Mahkamah Rayuan Syariah ia hendaklah mendengar dan memutuskan persoalan yang dibenarkan untuk dirujukkan bagi keputusannya itu dan membuat apa-apa perintah yang Mahkamah Tinggi Syariah sepatutnya membuat, sebagaimana yang difikirkannya adil bagi menyelesaikan rayuan itu.
53A. Bidang kuasa pengawasan dan penyemakan Mahkamah Rayuan Syariah
- Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah mempunyai bidang kuasa pengawasan dan penyemakan ke atas Mahkamah Tinggi Syariah dan boleh, jika didapatinya perlu demi kepentingan keadilan, sama ada atas kehendaknya sendiri atau atas kehendak mana-mana pihak atau orang yang berkepentingan, pada mana-mana peringkat dalam apa-apa perkara atau prosiding, sama ada mal atau jenayah, dalam Mahkamah Tinggi Syariah, memanggil dan memeriksa manamana rekod tentang perkara atau prosiding itu dan boleh memberikan apa-apa arahan demi keadilan.
- Apabila Mahkamah Rayuan Syariah memanggil rekod tentang apa-apa perkara atau prosiding di bawah subseksyen (1), semua prosiding dalam Mahkamah Tinggi Syariah tentang perkara atau prosiding itu hendaklah digantung sementara menanti arahan selanjutnya daripada Mahkamah Rayuan Syariah.”.
Kawasan Gugusan Felda Jengka dibahagikan dibawah 2 bidang kuasa Mahkamah Rendah Syariah iaitu MRS Maran dan MRS Jerantut. serta 2 bidang kuasa Mahkamah Tinggi Syariah iaitu MTS Kuantan dan MTS Bentong carta ini akan memudahkan penduduk di kawasan yang berkenaan merujuk kawasan pembahagian bidang kuasa ini untuk melakukan sebarang urusan yang berkaitan dengan kawasan masing-masing. Bagi Kawasan-kawasan lain di dalam jajahan negeri pahang pembahgian bidang kuasa adalah tertakluk kepada daerah bermastautin.
MRS MARAN / MTS TEMERLOH
| MRS JERANTUT / MTS TEMERLOH
|