ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 2013
Bidangkuasa Mahkamah Syariah Negeri Pahang Di Dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pahang (2013) Dan Keterangan Syariah
- Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pahang (2013) (EKJSP) telah diwartakan pada 1 hb Disember, 2013 bagi menggantikan Enakmen Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (EPAI) & ARMP No. 8/82 (Kesalahan). Pegawai Syariah, Pendakwa Syarie, Peguam Syarie dan Pegawai Penguatkuasa Agama mesti memahami undang-undang dan hukum syarak. Perbezaan diantara jenayah dan kesalahan:-
- JENAYAH Kesalahan yang berkaitan hukuman hudud seperti zina, mencuri, merompak dan bunuh.
- KESALAHAN Perbuatan dan kecuaian yang boleh dihukum takzir seperti khalwat dll.
CIRI-CIRI JENAYAH DAN KESALAHAN
- Niat yang salah (Mens Rea)
- Perbuatan yang salah (Actus Reus)
- Tanggungan Keras (Strict Liability)
ORANG YANG TERLIBAT DENGAN UNDANG-UNDANG
- Terdiri dari Penguatkuasa dan Polis.
- Pendakwa dan tahanan
- Mendengar keterangan dan menghukum.
- OKT:- Orang yang dituduh dengan sesuatu kesalahan dan membela diri sendiri, atau wakil yakni peguam.
- Pertuduhan yang dikemukakan kepada OKT Kecuali Jenayah Zina.
BIDANGKUASA
- Bidangkuasa Mahkamah Tinggi Syariah (MTS)
- Denda RM 5000 (Ringgit Malaysia Lima Ribu) ,
- Tiga (3) tahun Penjara dan
- Enam kali (6x) sebatan, manakala
- Mahkamah Rendah Syariah
- Denda RM 3000 (Ringgit Malaysia Tiga Ribu),
- Dua (2) Tahun Penjara.
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (PAHANG) 2013
- Kesalahan Berhubungan Dengan `Aqidah
- Kesalahan Berhubungan Dengan Kesucian Agama Islam Dan Institusinya
- Kesalahan Berhubungan Dengan Kesusilaan
- Kesalahan Pelbagai
Anda juga mungkin berminat (Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pahang (2013) : Muat Turun