JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PAHANG

KAEDAH PERLAKSANAAN KAEDAH FAWiHA

PERMOHONAN SIJIL FARAID

PERMOHONAN WALI HAKIM

1. FAWiHA BAGI KES PERMOHONAN SIJIL FARAID.

SYARAT-SYARAT PERLAKSANAAN

  • Syarat asas pelaksanaan FAWiHA adalah melibatkan semua Mahkamah Syariah daerah yang mempunyai Pendaftar. Tafsiran Pendaftar adalah sebagaimana yang dinyatakan di bawah peruntukan Seksyen 3 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah 2002.
  • Pelaksanaan kaedah FAWiHA bagi kes permohonan sijil faraid ini adalah bagi permohonan sijil faraid selapis serta melibatkan lima waris asas (suami/ isteri/ ibu/ bapa/ anak) sahaja.
  • Dokumen permohonan yang diterima di kaunter hendaklah lengkap serta mematuhi prosedur dan segala kehendak kes.
  • Permohonan yang diterima di kaunter sebelum jam 10:00 pagi hendaklah diselesaikan pada hari yang sama (pendaftaran, pendengaran dan pengeluaran perintah).
  • Permohonan yang diterima di kaunter selepas jam 10:00 pagi hendaklah diselesaikan dalam tempoh tujuh hari dari tarikh pendaftaran (penetapan tarikh pendengaran sehingga pengeluaran perintah).
  • Hakim/Pendaftar boleh menggunakan budibicara untuk menerima atau menolak pelaksanaan kaedah FAWiHA bagi kes-kes yang difailkan atas sebab-sebab yang munasabah.
  • Arahan Ketua Hakim Syarie Bil. 1 Tahun 2024 dan Arahan Ketua Hakim Syarie Bil. 2 Tahun 2024 hendaklah dirujuk.

2. FAWiHA BAGI KES PERMOHONAN WALI HAKIM.

SYARAT-SYARAT PERLAKSANAAN

  • Syarat asas pelaksanaan FAWiHA adalah melibatkan semua Mahkamah Syariah daerah yang mempunyai Pendaftar. Tafsiran Pendaftar adalah sebagaimana yang dinyatakan di bawah peruntukan Seksyen 3 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah 2002.
  • Pelaksanaan kaedah FAWiHA bagi kes permohonan wali hakim ini adalah bagi permohonan wali hakim atas alasan anak tak sah taraf (kod kes 121) dan tiada wali nasab (kod kes 122) sahaja.
  • Dokumen permohonan yang diterima di kaunter hendaklah lengkap serta mematuhi prosedur dan segala kehendak kes.
  • Bagi pemohon yang diwakili Peguam, hendaklah memfailkan permohonan bersekali dengan draf Perintah.
  • Permohonan yang diterima di kaunter sebelum jam 10:00 pagi dengan membawa saksi hendaklah diselesaikan pada hari yang sama (pendaftaran, pendengaran dan pengeluaran perintah).
  • Permohonan yang diterima di kaunter selepas jam 10:00 pagi hendaklah diselesaikan dalam tempoh tujuh hari dari tarikh pendaftaran (penetapan tarikh pendengaran sehingga pengeluaran perintah).
  • Hakim/Pendaftar boleh menggunakan budi bicara untuk menerima atau menolak pelaksanaan kaedah FAWiHA bagi kes-kes yang difailkan atas sebab-sebab yang munasabah.
  • Arahan Ketua Hakim Syarie Bil. 1 Tahun 2024 dan Arahan Ketua Hakim Syarie Bil. 2 Tahun 2024 hendaklah dirujuk.

PROSES KERJA PERMOHONAN SIJIL FARAID

PROSES KERJA PERMOHONAN WALI HAKIM

FAWIHA FARAID
FAWIHA WALIHAKIM