JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PAHANG

KETUA

YAA.DATO’HAJI ABDUL WALID BIN HAJI ABU HASSAN, DIMP., DSPN., SAP., PJK. (KETUA HAKIM SYARIE)

Di lahirkan di Kg. Simpang Pelangai, Bentong, Pahang. Telah melapor diri dan  memegang jawatan sebagai Ketua Hakim Syarie Pahang bermula hari isnin, 3 April 2023 / 12 Ramadan 1444H  dan pada 7 Mei 2023 Bersamaan 16 Syawal 1444H di Bilik Mengadap Besar, Istana Abu Bakar, Pekan, Negeri Pahang Darul Makmur. Yang Amat Arif Ketua Hakim Syarie Negeri Pahang YAA.Dato’ Haji Abdul Walid Bin Haji Abu Hassan, DIMP., DSPN., SAP., PJK. Secara rasmi dilantik sebagai Ketua Hakim Syarie Pahang sempena Majlis Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan. Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Yang Berhormat Penasihat Undang-undang Negeri Pahang Dan Yang Amat Arif Ketua Hakim Syarie Negeri Pahang. Pada 06.4.2023- KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan menerima mengadap YAA Ketua Hakim Syarie Pahang , Dato’ Haji Abdul Walid bin Haji Abu Hassan di Istana Abdulaziz, Indera Mahkota. YAA.Dato’ Haji Abdul Walid Bin Haji Abu Hassan telah berkahwin dengan Datin Hajah Shaterah Annujma Binti Ismail dan memiliki 6 orang cahaya mata. Dari sudut pendidikan YAA telah mendapat pendidikan di:  

PENDIDIKAN
1. Sekolah Rendah Kebangsaan Triang Hilir, Negeri Sembilan : 1970-1975 ( Penilaian Sekolah Rendah)

2. Sekolah Men.Agama Pelangai, Bentong, Pahang : 1976-1979c(Sijil Rendah Pelajaran dan Sijil Rendah Agama)
3. Kolej Islam Kelang :1980-1983c(SPM/STPM/Sijil Khas Kolej/Sijil Tinggi Agama Kolej)
4. Universiti Kebangsaan Malaysia : 1983-1988 (Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Syariah) Kelas 2 Atas)
5. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia : 1988-1989 ( Diploma Lepasan Ijazah Syariah dan Amalan Guaman Syarie –DSLP)
6.Universiti Islam Antarabangsa Malaysia : 1995-1996 (Dip. Lepasan Ijazah Pentadbiran Undang-Undang Islam dan Kehakiman (DAIJ)
7. The Muslim College London, United Kingdom : 2005(April-Julai) (Certificate in Islamic Study : Comparative Religion, Economic & Financial Institutions, Islamic Banking and Finance,Management & Communications)
8. Certificate of Mediation (The Accord Group Australia) : 2007
9. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia : 2009 (Post Graduate Dip. In Islamic Banking and Finance )
10.Advance Certificate Of Mediation (The Accord Group Australia) : 2015
11.Maahad Al-‘Ali Lil Qaqa’, Universiti Imam Muhammad Saud, Riyadh, Arab Suadi. : 2019 (Syahadah Khas Kehakiman Syariah)  

PENGALAMAN KERJAYA
1. Tahun 1983-1984 : Guru Sandaran SMK Chemomoi dan Bukit Mendi Triang,Pahang

2. Tahun 1988-1989 : Pendakwah Orang Asli, Jabatan Agama Islam Pahang.
3. Tahun 1989-1990 : Penolong Pengarah Undang-Undang Syariah,Jabatan Agama Islam Pulau Pinang.
4. Tahun 1990-1995 : Kadi Daerah Bukit Mertajam, Seberang Perai,P.Pinang.
5. Tahun 1996-1997 : Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Butterworth dan Kepala Batas.
6. Tahun 1997-2002 : Ketua Pendaftar, Jab. Kehakiman Syariah Pulau Pinang.
7. Tahun 2002-2005 : Pegawai Penyelidik Kanan Kepada Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.
8. Tahun 2005-2010 : Ketua Unit Pembangunan Undang-Undang Keluarga Islam dan Sistem Kehakiman Syariah, Seksyen Syariah, Jabatan Peguam Negara. (Dahulunya Unit Pembangunan Keluarga dan Muamalat)
9. Tahun 2010-2012 : Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
10. Tahun 2013-2017 : Ketua Hakim Syarie Negeri Pulau Pinang
11. Tahun 2017-2023 : Pakar Rujuk, JKSM.
12. April 2023 – Sekarang : Ketua Hakim Syarie Pahang.

ANUGERAH DAN SIJIL PERKHIDMATAN CEMERLANG YANG DIPEROLEHI SEPANJANG PERKHIDMATAN
1. Surat Penghargaan Ketua Polis Pulau Pinang 1992

2. Anugerah Khidmat Cemerlang Kerajaan Negeri Pulau Pinang 1999
3. Sijil Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Perdana Menteri 2003
4. Surat Penghargaan Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Peguam Negara 2006

ANUGERAH PINGAT DAN DARJAH KEBESARAN
1. Menerima anugerah pingat dan darjah kebesaran negeri iaitu Pingat Jasa Kebaktian (PJK) daripada TYT Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang.  [2000]

2. Menerima Darjah Setia Ahmad Shah Pahang (SAP) daripada DYMM Sultan Pahang. [2008]
3. Menerima Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) daripada TYT Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang yang membawa gelaran Dato’. [2013]
4. Menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) daripada DYMM Sultan Pahang yang membawa gelaran Dato’. [2015]
5. Menerima Anugerah Sandang Ketua Waris Beradat yang bergelar ”Seri Mahkota Agong Relang Pelangi” dari Pertubuhan Seni Gayong Malaysia dan Serantau yang disampaikan oleh Dato Undang Luak Rembau. [2019]

IJAZAH/ DIPLOMA/ SIJIL YANG DIPEROLEH SEPANJANG DALAM PERKHIDMATAN
1. Diploma Lepasan Ijazah Syariah dan Amalan Guaman Syarie (DSLP) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. [1989]
2. Diploma Lepasan Ijazah Pentadbiran Undang-Undang Islam dan Kehakiman (DAIJ) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. [1996]
3. Certificate in Islamic Study (Comparative Religion, Economic & Financial Institutions, Management & Communications) The Muslim College London, United Kingdom. [2005 (April – Julai)]
4. Certificate of Mediation (The Accord Group Australia) .[2007]
5. Post Graduate Diploma In Islamic Banking and Finance, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. [2009]
6. Certificate of Advance Mediation (The Accord Group Australia). [2015]
7. Syahadah Khas Kehakiman Syariah, Maahad Al- ‘Ali Lil Qaqa’, Universiti Imam Muhammad Saud, Riyadh, Arab Suadi. [2019]

PENGLIBATAN SEBAGAI HAKIM MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH NEGERI-NEGERI
1. Pengerusi Panel Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Pulau Pinang (secara automatik kerana menjadi Ketua Hakim Syarie). [2013-2017]
2. Panel Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Perak yang ditauliahkan oleh DYMM Sultan Perak. [2014-2018]
3. Panel Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Pahang yang ditauliahkan oleh DYMM Sultan Pahang. [2014-2023]
4. Panel Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Terengganu yang ditauliahkan oleh DYMM Sultan Terengganu. [2014-2023]

PENGLIBATAN DI DALAM JAWATANKUASA/ PANEL SEPANJANG DALAM PERKHIDMATAN DAN DALAM KEGIATAN KEMASYARAKATAN
1. AJK Protokol Delegasi Mesyuarat Penyelarasan Taqwim dan Rukyah ASEAN Peringkat Pegawai tahun 1991.
2. AJK Mengkaji Undang-Undang Syarak dan Sivil Pulau Pinang tahun 1990-1995.
3. Ketua Tempat Mengundi, SPR bagi Pilihanraya Umum 1990 Parlimen Jelutong, Pulau Pinang.
4. AJK Induk Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pulau Pinang tahun 1990-1995.
5. AJK Induk Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Negeri Pulau Pinang tahun 1990-1995.
6. AJK Induk Ujian Tilawah Al-Qur’an Peringkat Negeri Pulau Pinang tahun 1990-1995.
7. Penasihat Syariah bagi Projek e-Faraid Universiti Sains Malaysia.
8. Penasihat Syariah bagi Projek e-Faraid dalam E-Syariah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.
9. Ahli Jawatankuasa Mengkaji Semula Diploma Pasca Ijazah Dalam Undang-Undang Syariah (DSLP dan DAIJ), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia tahun 2002-2005.
10. Ahli Jawatankuasa Arahan Amalan dan Kaedah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia tahun 2002-2008.

11. Penggubal dan Pemeriksa Soalan PTK LS 44 dan LS 41 Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia tahun 2004-2005.
12. Ahli Jawatankuasa Naziran Dan Rujukan Pertindihan Kes Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia tahun 2003-2005.
13. Pengarang Kanan Jurnal Hukum Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia tahun 2003-2005.
14. Pengarang Buletin dan Laporan Tahunan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia tahun 2003-2005.
15. Pengarang Laporan Tahunan Bahagian Penasihat, Jabatan Peguam Negara tahun 2006-2010
16. Ahli Komuniti Syariah, Jabatan Peguam Negara tahun 2005 hingga sekarang
17. Setiausaha, Panel Undang-Undang, Majlis Perunding Islam Malaysia (di bawah JAKIM) Tahun 2009 hingga sekarang
18. Pengerusi Sistem Audit Dalam MS ISO Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan (MSWP)
19. Ahli Jawatankuasa Pengendalian Aduan MSWP
20. Ahli Jawatankuasa Pemandu Amalan 5S MSWP

21. Ahli Jawatankuasa Transformasi MSWP
22. Ahli Jawatankuasa Pembanguan Sumber Manusia MSWP
23. Ahli Jawatankuasa Keutuhan Tadbir Urus MSWP
24. Ahli Jawatankuasa Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan MSWP
25. Ahli Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan Pekerja MSWP
26. Pegawai Pengesah Latihan MSWP
27. Ahli Jawatankuasa Kaedah Jenayah Syariah MSWP
28. Pengerusi Jawatankuasa Panel Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang
29. Pengerusi Jawatankuasa Kewangan dan Akaun Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang
30. Pengerusi Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang.

31. Pengerusi Jawatankuasan Kaedah-Kaedah Mahkamah Syariah Negeri Pulau Pinang.
32. Pengerusi Jawatankuasa Induk ICT Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang.
33. Pengerusi Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP) Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang.
34. Ahli Jawatankuasa Mesyuarat Post Exco Negeri Pulau Pinang.
35. Ahli Jawatankuasa MMK Agama Negeri Pulau Pinang.
36. Ahli Jawatankuasa Teknikal dan Undang-Undang Syarak Negeri Pulau Pinang .
37. Ahli Jawatankuasa ICT Negeri Pulau Pinang .
38. Ahli Jawatankuasa Induk Sambutan Maulidurrasul SAW Negeri Pulau Pinang .
39. Ahli Jawatankuasa Majlis Tilawah Al-Qur’an Peringkat Negeri P Pinang.
40. Ahli Jawatankuasa Induk Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pulau Pinang.

41. Ahli Jawatankuasa Polisi Arahan Amalan Mahkamah-Mahkamah Syariah Se Malaysia.
42. Ahli Jawatankuasa Mesyuarat Ketua-Ketua Hakim Syarie Seluruh Malaysia.
43. Ahli Jawatankuasa Mesyuarat Ketua-Ketua Hakim Syarie Gunasama.
44. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Rukyah Hilal Negeri Pulau Pinang.
45. Ahli Jawatankuasa Pembangunan Saudara Kita Negeri Pulau Pinang.
46. Ahli Majlis Syura Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
47. Ahli Majlis Syura Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
48. Pengerusi Jawatankuasa Hakam Negeri Pulau Pinang.
49. Pengerusi Jawatankuasa Hakam Negeri Pulau Pinang.
50. Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Tokoh Maal Hijrah Negeri Pulau Pinang.

51. Ahli Jawatankuasa Task-Force Kajian Penambahbaikan Pengurusan Hal Ehwal Islam Malaysia, JAKIM.
52. Ahli Jawatankuasa Penambahbaikan Undang-undang Tatacara Mal Mahkamah Syariah, Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil Kebangsaan di bawah JAKIM .
53. Ahli Jawatankuasa Penambahbaikan Undang-undang Tatacara Jenayah Syariah, Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil Kebangsaan di bawah JAKIM.
54. Ahli Jawatankuasa Penasihat Jurnal Hukum Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) 2017-2019.
55. Ahli Multaqa Akhbar Panel Pentashih Penterjemahan Nas Syarak JKSM 2017-2019.
56. Ahli Jawatankuasa Kerja Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) JKSM 2017-2019.
57. Timbalan Pengerusi 1, Jawatan Kuasa Kerja Arahan Amalan JKSM 2017- 2019.
58. Ahli Jawatankuasa Arahan Amalan dan Kaedah-Kaedah JKSM 2017 sehingga 2019.
59. Fasilitator Kumpulan Inovatif dan Kreatif JKSM 2017 sehingga 2019.
60. Ahli Jawatankuasa Pelaksana (Fasilitator) Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) JKSM.

61. Ahli Jawatankuasa Induk Penubuhan Mahkamah Khas Perkahwinan, Hadanah dan Nafkah Di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan 2018-2019.
62. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Prosedur Operasi Seragam (SOP) Sebatan, Jabatan Kehakiman Syariah malaysia 2017-2020.
63. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Arahan Amalan ”Perbicaraan Secara Inquisitorial” Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia 2018-2019.

PENGLIBATAN DALAM AKTIVITI KEMASYARAKATAN
1. AJK Persatuan Pegawai Syariah Malaysia sesi 2000-2002
2. Timbalan Presiden Persatuan Pegawai Syariah Malaysia sesi 2002-2004
3. Presiden Persatuan Pegawai Syariah Malaysia sesi- 2004-2006 dan sesi 2006-2008
4. Pengerusi Jawatankuasa Surau al-Mawaddah, Kota Perdana, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor dari tahun 2003 hingga 2010
5. Imam Surau al-Mawaddah, Kota Perdana, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor tahun 2003 hingga 2010
6. Timbalan Pengerusi, Kelab Kebajikan dan Sukan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia sesi 2002-2005
7. Ahli Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) dari tahun 1995 hingga sekarang
8. Ahli Jawatankuasa PIBG Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu, Negeri Sembilan sesi 2004-2006
9. Naib Presiden Alumni Kolej Islam Klang sesi 2010-2012
10. Ahli Jawatankuasa Alumni Kolej Islam Klang sesi 2012-2014

11. Ahli Persatuan Menembak Selangor
12. Ketua Biro Kebajikan Kelab Kebajikan dan Rekreasi Jabatan Peguam Negara sesi 2009-2011
13. Pengerusi Badan Kebajikan, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan sesi 2010-2012
14. Imam Surau Al-Amin, Taman Arked, Dengkil, Selangor
15. Ahli Kelab Rakan Trafik Malaysia
16. Ahli Persatuan Paragliding Negeri Sembilan
17. Ahli Bersekutu Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM)
18. Yang Dipertua (YDP) PIBG Sekolah Menengah Sains Seri Puteri Kuala Lumpur sesi 2016 sehingga 2019
19. Pengerusi Kelab Kebajikan dan Sukan, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (KKS JKSM) sessi 2018-2020
20. Ahli Jawatan Kuasa PIBG Sek. Ren. Agama Bukit Changgang, Banting, Selangor Sesi 2018-2021

21. Ahli Jawatan Kuasa PIBG Sek. Men. Agama Pelangai, Bentong, Pahang Sesi 2019-2022.
22. Ahli Jawatan Kuasa Surau Al-Iman, Taman Arked, Dengkil, Selangor sesi 2020-2022.
23. Ahli Jawatankuasa Pembangunan dan Lembaga Pemegang Amanah, Pusat Tahfiz Teknikal Simpang Pelangai Bentong, Yayasan Ummah Prihatin Pahang Tahun 2019-2022
24. Anggota Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Hibah Negeri Selangor Tahun 2021-2023
25. Ahli Jawatankuasa Kaedah-Kaedah, Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu tahun 2017-2023
26. penilai Qanun Syariah Darul Iman, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Terengganu tahun 2022

LAWATAN KERJA/ PERWAKILAN/ PEMBENTANGAN KERTAS KERJA DI PERINGKAT ANTARABANGSA
1. Ahli Lawatan Kerja, Jabatan Kehakiman Syariah Pulau Pinang ke Mahkamah Syariah Negri Acheh Darussalam, Indonesia pada 15 – 19 September 1997.

2. Ahli Lawatan Kerja, Kerajaaan Negeri Pulau Pinang dan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang ke Majlis-Majlis Agama Islam Negeri-Negeri Selatan Thailand (Satun, Songkla, Pattani, Yala dan Narathiwat) pada 25-29 April 1999.
3. Mewakili Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia sebagai pelajar dalam Program Kursus Khas Pegawai Hal Ehwal Islam di ”The Muslim College London” selama 3 bulan pada April-Julai 2005
4. Ahli Lawatan Kerja, ”The Muslim College London” ke Amsterdam, Belgium, Luxembourg, Switzerland dan Perancis pada 25 Jun- 3 Julai 2005
5. Ahli Lawatan Kerja, Jabatan Kehakiman Syariah Malasia (JKSM) ke Mahkamah Keluarga Negara Australia dan New Zealand pada 14-24 November 2005
6. Mewakili Kerajaan Malaysia sebagai wakil pakar dalam bidang Syariah (Undang-Undang Keluarga Islam) di Persidangan “Second Maltese Judicial Conference On Cross Frontier Family Issues” anjuran Kerajaan Malta dengan kerjasama The Hague Conference On Private International Law pada 19 hingga 22 Mac 2006
7. Menjadi salah seorang delegasi Kerajaan Malaysia dalam Mesyuarat kali ke-35 bersama Committee Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination against Women (CEDAW) di United Nation, New York, USA pada 23 hingga 25 Mei 2006 mewakili Bahagian Penasihat (Seksyen Syariah), Jabatan Peguam Negara
8. Round Table Discussion mengenai ”Outline of Proposed Paper on Islamic Finance Training and Professional Certification Education” Case Study Presentation 1: Post Graduate Diploma in Islamic Banking and Finance offered by Institute of Islamic Banking and Finance of International Islamic University Malaysia dalam International Islamic Finance Education Symposium (IFES 2008). Jointly Organized by : Institute of Islamic Banking and Finance (IIBF)of International Islamic University Malaysia,Islamic Research and Training Institute (IRTI) and Islamic Development Bank. (IDB) pada 28.04.2008 Kulliyyah of Engineering, International Islamic University Malaysia. (IIUM)
9. Mengetuai Lawatan Kerja Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ke Mahkamah Juvana dan Mahkamah Syariah Negara Singapura pada 2-3 Disember 2011.
10. Mengetuai Lawatan Kerja Mahkamah Syariah Wilayah Perskutuan Kuala Lumpur Ke Mahkamah Syariah Jordan, Kementerian Keadilan Jordan, Mahkamah Sivil Jordan dan Muassasah Pemuliharaan Harta Anak-Anak Yatim Jordan pada 20-24 Mei 2012.

11. Membentang kertas kerja bertajuk ”Peranan Mahkamah Syariah Dalam Memartabatkan Islam Agama Negara” dalam Seminar Memartabatkan Islam Agama Negara kepada Kelab Peguam Muda Mesir anjuran Persatuan Peguam Muslim Malaysia dengan kerjasama Kelab Peguam Muda Mesir pada 18-23 April 2013 di Hotel Barcelo Pyramid, Giza, Mesir
12. Mengikuti Kursus ”Driving Performance: Professional Judgement and Problem-Solving for Policy Makers (Modul ke-2) di Columbia Universiti, New York City, USA pada 18-23 November 2013 anjuran Razak School of Goverment (RSOG) dan membentangkan kertas kerja yang bertajuk “How to Speed Up The Settlement of The Syariah Cases Via Hakam”
13. Mengikuti International Conference on Quality 2014 di Keio Plaza Hotel, Shinjuku, Tokyo, Jepun anjuran Union of Japanese Scientists and Engineers (JUSE) in Cooperation with American Society for Quality (ASQ), European Organization for Quality (EOQ) and International Academy for Quality (IAQ) pada 19-22 Oktober 2014
14. Mengikuti Advance Mediation Course di Auckland dan Wellington, New Zealand anjuran The Accourd Group Australia Dengan Kerjasama Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu dan Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) 8-11 Jun 2015
15. Memberi “Talk” berhubung dengan “Mediation Process( Sulh) At Syariah Court In Malaysia” pada 11 Jun 2015 di Law Society Centre, Wellington, New Zealand semasa mengikuti Advance Mediation Course di Auckland dan Wellington, New Zealand anjuran The Accourd Group Australia Dengan Kerjasama Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu dan Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) 8-11 Jun 2015
16. Membentang Kertas Kerja yang bertajuk “Prosedur Fasakh: Amalan dan Cadangan Alternatif Untuk Tekanan Mental Dalam Konflik Sebagai Faktor Tuntutan” di dalam Persidangan Antarabangsa Fiqh Semasa dan Perundangan Islam (PAFSPI 2015) anjuran Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam UKM dan Kolej Pengajian Islam Johor dengan kerjasama Institut Agama Islam Sultan Thaha Saifuddin Jambi, Indonesia pada 19 Disember 2015 di Hotel Allium, Batam, Indonesia.
17. Mengetuai Rombongan Roadshow Projek i-Pintas (Integrated Procedure Of Inquisitorial Trial Access System) iaitu Penyelesaian Kes-Kes Perbicaraan Sebelah Pihak (Uncontested Cases) dalam masa 3-4 Kali Bicara Berbanding Dalam Masa 11 kali Bicara Anjuran Bersama Kluster MyFellow, Jangkauan Global Malaysia, Bahagian Education Malaysia, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia bertempat di Universiti Fatoni, Thailand pada 18-19 April 2016
18. Memberi Keynote Speach yang bertajuk “Inovation In Department of Syariah Judiciary Penang: Citizen Focused” Di Dalam ” 5th International Conference On Law and Society” (ICLAS V) Anjuran IKSIM, UNISZA dan UIAM dengan Kerjasama Universiti Fatoni, Wilayah Pattani, Thailand pada 19 April 2016
19. Membentangkan Kertas Kerja di dalam Program LANCER V: Lawyer One Stop Centre yang bertajuk “Perkembangan Sistem Perundangan Syariah dan Mahkamah Syariah Di Malaysia” Anjuran Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) dengan Kerjasama Kelab Peguam Muda Jordan (KPMJ) pada 12 Nov. 2016 Dewan Al-Kindi, Universiti Yarmouk, Irbid, Jordan
20. Menjadi Ahli Panel Forum Isu Perundangan Semasa dan RUU35 dalam Program Diagnosis-Sihir:Isu Perundangan Semasa dan RUU35 Anjuran Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) dengan kerjasama Kelab Peguam Muda Mesir (KPMM) pada 25-26 Feb 2017 di Kaherah Mesir
21. Menghadiri “Kursus Khas Kehakiman Syariah” Di Maahad Al-‘Ali Lil Qaqa’, Universiti Imam Muhammad Saud, Riyadh, Arab Suadi pada 17hb Feb – 7hb Mac 2019 (1 bulan)

KEJAYAAN-KEJAYAAN JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PULAU PINANG DAN JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA (JKSM) SEPANJANG DI BAWAH PENTADBIRAN DAN PERKHIDMATAN
1. Penarafan Website Jabatan Kehakiman Syariah dengan 5 Bintang. [2015]
2. Audit Akauntabiliti Indek 3 Bintang. [2014]
3. Pingat Emas Mini Konvensyen Team Excellent Wilayah Utara di MPC Wilayah Utara, Kepala Batas Seberang Perai Utara pada 1 April 2015 bagi projek e-Siap (Esyariah Instant Acces Procedure) iaitu penyelesaian kes-kes persetujuan dalam masa satu hari dengan moto : Hari Ini Setuju Hari Ini Selesai”. [2015]
4. Pingat Emas Regional Konvensyen Team Excellent Wilayah Sabah dan Sarawak di Kota Kinabalu, Sabah pada 26 Ogos 2015 bagi projek e-Siap (Esyariah Instant Acces Procedure) iaitu penyelesaian kes-kes persetujuan dalam masa satu hari dengan moto :Hari Ini Setuju Hari Ini Selesai”. [2015]
5. Pingat Emas 3 Bintang Konvensyen Team Excellent Kebangsaan Anjuran Perbadanan Produktiviti Negara (MPC) di Sunway Pyramid pada 2-4 November 2015 bagi projek e-Siap (Esyariah Instant Acces Procedure) iaitu penyelesaian kes-kes persetujuan dalam masa satu hari dengan moto : Hari Ini Setuju Hari Ini Selesai”. [2015]
6. Johan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat Negeri Pulau Pinang di KOMTAR Pulau Pinang pada 6 Oktober 2015 bagi projek e-Siap (Esyariah Instant Acces Procedure) iaitu penyelesaian kes-kes persetujuan dalam masa satu hari dengan moto : Hari Ini Setuju Hari Ini Selesai”. [2015]
7. Menang dua hadiah dalam Pertandingan Inovation Blast sempena Hari Inovasi Peringkat Negeri Pulau Pinang pada 27 Okt 2015 iaitu bagi projek Google kalender pemantauan pegawai dan staf iaitu Pemenang Anugerah Khas  dan Tempat Ke-3 bagi projek i-Pantas. [2015]
8. Telah Menggondol Anugerah Ketua Pengarah MAMPU Dalam Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Malaysia pada 24-26 November 2015 di Kuantan Pahang, Anjuran INTAN dan MAMPU bagi projek e-Siap (Esyariah Instant Acces Procedure) iaitu penyelesaian kes-kes persetujuan dalam masa satu hari dengan moto : Hari Ini Setuju Hari Ini Selesai”. [2015]
9. Memenangi Tempat Ke-3 Hadiah Suar Bahasa Wilayah Utara 2014 Dewan Bahasa dan Pustaka yang meliputi penyertaan sektor kerajaan dan swasta Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Perak bagi Buletin Al-Mizan 2013/2014 JKSNPP. [2015]
10. Menang hadiah saguhati Pertandingan Tandas Terbaik Peringkat Negeri bagi Tandas Mahkamah Rendah Syariah Daerah Barat Daya sempena Hari Tandas Sedunia pada 10 Disember 2015. [2015]
11. Johan Sukan Mahkamah Syariah SeMalaysia pada 23-25 Ogos. [2015]
12. Johan Perbarisan Terbaik, Sukan Mahkamah Syariah SeMalaysia kali ke-3 pada 23-25 ogos. [2015]
13. Penerima Hadiah Khas Kerajaan Negeri Wang Tunai Sebanyak RM15000.00 pada 3 Feb 2016 atas kejayaan Projek e-Siap yang menggondol Anugerah Ketua Pengarah MAMPU. [2016]
14. Telah memasuki Semi Final dalam Commonwealth Association for Public Administration and Management Innovation Award 2016 (CAPAM), di PICC bagi projek E-Siap pada Oktober 2016. [2016]
15. Telah dicalonkan untuk menyertai Anugerah Inovasi Perdana Menteri Tahun 2016 bagi projek e-Siap. [2016]
16. Memenangai Tempat Kedua Anugerah Inovasi Islam Jabatan Perdana Menteri Tahun 2016 anjuran JAKIM bagi projek e-Siap. [2016]
17. Pingat Emas Mini Konvensyen Team Excellent Wilayah Utara di MPC Wilayah Utara, Kepala Batas Seberang Perai Utara pada 24 April 2016 bagi projek i-Pintas ((Integrated Procedure Of Inquisitorial Trial Access System)) iaitu Penyelesaian Kes-Kes Perbicaraan Sebelah Pihak (Uncontested Cases) dalam masa 3-4 Kali Bicara Berbanding Dalam Masa 11 kali Bicara. [2016]
18. Mengekalkan Persijilan MS ISO9001:2008 sejak Tahun 1999 sehingga sekarang yang dikendalikan Oleh SIRIM QAS. [2016]
19. Mendapat Persijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di Bawah MAMPU pada Mac 2016 Untuk Dua Tahun Bagi 7 Zon Seluruh Negeri Pulau Pinang. [2016]
20. Telah mendapat tempat pertama dalam pertandingan Innovation Blast Kerajaan Negeri Pulau Pinang da;lam projek ”Nafkah Mandatori”. [2016]
21. Johan Perbarisan Terbaik, Sukan Mahkamah Syariah SeMalaysia Kali ke-4 pada Ogos 2018. [2018]
22. Sebagai Fasilitator Jawatankuasa Pelaksana Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) JKSM, telah berjaya mendapatkan Persijilan EKSA Do-It-Yourself (DIY) JKSM dengan Katogeri Baik untuk tempoh 1 April 2020- 31 Mac 2022 daripada MAMPU, JPM. [2020]

TUGAS-TUGAS LUAR DAN LAIN-LAIN
Telah membentangkan pelbagai kertas kerja di pelbagai forum di peringkat nasional dan antarabangsa. Antara institusi-institusi tersebut ialah Insititut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP) Jabatan Perdana Menteri, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) seperti Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), RTM, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan agensi-agensi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam bidang undang-undang keluarga Islam, faraid, wasiat, hibah dan wakaf. Sepanjang kerjaya dari tahun 1989 sehingga sekarang, telah membentangkan kertas kerja dan menjadi pengerusi forum sebanyak 199 kali. Juga telah mengikuti pelbagai kursus, seminar, bengkel dan persidangan sebanyak 265 kali.

PENGLIBATAN DALAM RADIO, TV DAN PENULISAN
1. Penceramah Undangan Radio 3 RTM Pulau Pinang dalam rancangan ”Santapan Jiwa” tahun 1990-1992 sebanyak 128 rakaman rancangan
2. Penceramah Undangan Radio IKIM.FM –Rancangan Undang-Undang Dan Anda tahun 2002 hingga sekarang
3. Penceramah Undangan RTM-Rancangan HIWAR tahun 2003-2004
4. Penceramah Undangan RTM-Rancangan HAWA tahun 2003 hingga 2005
5. Tempat ketiga Pertandingan Menulis Makalah Undang-Undang Peringkat Kebangsaan tahun 1990 anjuran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka
6. Penulis Artikel Berita Harian bertajuk ”Ujian Nikah Harus Dilihat Dari Sudut Positif” keluaran 25 Okt.1988, ”Asal Usul Manusia Menurut Islam, Kristian dan Yahudi” keluaran 11 Dis.1988, ”Hak tertuduh Dalam Perundangan Islam” keluaran 23 Dis. 1988 dan” Undang-Undang Lama Pahang Berdasarkan Hukum Islam” keluaran 3 Feb 1989
7. Menerbitkan Buku Melalui Penerbitan Universiti Islam Malaysia (UIM) Cyberjaya Selangor Dengan Tajuk ”Hak-Hak Wanita Menurut Undang-Undang Keluarga Islam Di Malaysia” setebal 206 Muka Surat Pada April 2016. Buku ini telah dipamerkian dalam Pameran Buku Antarabangsa Kuala lumpur pada tahun 2016 dan 2016. Cetakan pertama sebanyak 500 buah telah habis dan telah dicetak untuk kali kedua tahun 2017 sebanyak 500 buah lagi. Buku ini telah mengungguli Anugerah Buku Negara 2017 pada 2hb Mei di Hotel Seri Pasific Kuala Lumpur Anjuran Yayasan Pembangunan Buku Negara dalam katogeri Buku Undang-Undang Syariah Terbaik.
8. Penerbitan Universiti Islam Malaysia, Cyeberjaya- ”Women’s Rights And Responsibilities Between Text And Context”- Sumbangan kertas kerja yang bertajuk-” Hak-Hak Wanita Menurut Undang-Undang Keluarga Islam Di Malaysia”- suntingan Abdul Monir Yaacob dan Nurul ’Uyun Haji Zainal. Cetakan Pertama 2016.
9. Penerbit IKIM/IKIM Press- Tajuk buku-”Faraid dan Perangcangan Pewarisan-Harta Beku, Bidang kuasa dan Amalan Di Malaysia”- Sumbangan kertas kerja yang bertajuk”Amalan dan Permasalahan Urusan Pentadbiran Pusaka/Faraid di Mahkamah Syariah dan Sivil”- suntingan Muhammad Hisyam bin Mohamad dan Siti Shamsiah binti Md Supi cetakan tahun 2019.
10. Penerbit KPBKL Publication House Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur- Tajuk Prosiding; Dialog Reformasi Tadbir Urus Hal Ehwal Islam Di Malaysia- Sumbangan kertas kerja yang bertajuk”Reformasi Dalam Pengurusan Institu Kehakiman Syariah”-29 Januari 2019. Cetakan Pertama 2019.
11. Telah menerbitkan buku kedua yang berjudul ”Harta Perkahwinan: Milik Siapa?” melalui Penerbitan Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) Publication pada bulan Mac 2021 setebal 334 muka surat.
12. Telah menerbitkan semula buku ”Hak-Hak Wanita Menurut Undang-Undang Keluarga Islam Di Malaysia” dengan Edisi Terbaharu. Ia telah diterbitkan oleh Persatuan Ulama Malaysia pada bulan Oktober 2021 setebal 282 muka surat.

PENGLIBATAN DI DALAM SUKAN DAN REKREASI
1. Pemain Pasukan Ping Pong Universiti Kebangsaan Malaysia 1986-1988
2. Johan, Pertandingan Ping Pong Melayu Kebangsaan di Alor Star Tahun 1987 (Berpasukan UKM ’A’)
3. Pemain Ping Pong, Jabatan Agama Islam Pulau Pinang 1991-1995
4. Pemain Ping Pong, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang 1997-2002
5. Pemain Ping Pong, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan
6. Johan, Pertandingan Bowling Kota Perdana, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor Tahun 2006 dan 2007
7. Pemain Bowling, Bahagian Penasihat, Jabatan Peguam Negara Malaysia
8. Gurulatih Muda, Persatuan Seni Silat Gayong Malaysia tahun 1995 hingga sekarang (Pemegang Bengkong Merah Calit lll dan Sandang Waris Beradat)
9. Tempat Ketiga, Ping Pong Berpasukan MSWPKL, Sukan Mahkamah-Mahkamah Syariah Malaysia Tahun 2010
10. Naib Johan Menembak Individu, Sukan Mahkamah-Mahkamah Syariah Malaysia Kali Pertama Tahun 2010
11. Ketua Pasukan Menembak, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan 2010-2012.
12. Johan Menembak Sukan Mahkamah Syariah Malaysia Kali Ke-2 Tahun 2010.
13. Ketua Pasukan Menembak, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang Tahun 2013-2015
14. Telah Mendapat Lesen Paragliding Setelah Lulus Latihan Asas Paragliding Pada 10-12 Mei 2012 Di Port Dikcson Negeri Sembilan Anjuran Negeri Sembilan Sport Aviation Club (NSSAC).
15. Telah Berjaya Sampai Di Low’s Peak Kemuncak Gunung Kinabalu (4095.2M) Pada 27 Oktober 2013.
16. Telah berjaya sampai ke puncak PoonHill, Katmandu, Nepal pada Mei 2016
17. Telah berjaya sampai ke puncak Annnapurna Base Camp (ABC), Nepal pada 23hb Julai 2018 dalam Kembara ke ABC daripada 19-28 Julai 2018.
18. Telah berjaya sampai ke 7 Station Gunung Fujiyama Jepun pada 28 Ogos 2019.