PENGENALAN OACP JKSP
PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI (OACP)
Merupakan dokumen dasar antirasuah di peringkat organisasi yang bertujuan untuk menangani permasalahan dan kelemahan governans, integriti dan antirasuah dalam organisasi. Pelan Antirasuah Nasional (NACP) adalah rujukan utama selain bertindak sebagai panduan bagi semua agensi Kerajaan dan entiti berkaitan dalam membangunkan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) masing- masing OACP ini perlu meliputi isu-isu dalaman organisasi berkaitan kelemahan integriti, tadbir urus dan antirasuah yang harus ditangani serta melibatkan semua bidang dan aktiviti yang ada di dalam organisasi. Keperluan membangunkan OACP adalah seperti berikut : mempersiapkan organisasi komersial supaya mempunyai tatacara mencukupi selaras dengan peruntukan seksyen 17A ASPRM 2009. memastikan pembangunan organisasi yang lestari dan bebas rasuah dengan mengambilkira situasi kini dan masa hadapan.
PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI (OACP) JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PAHANG (JKSP)
Pengenalan:
Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) merupakan satu dokumen dasar antirasuah di peringkat organisasi yang bertujuan untuk menangani permasalahan dan kelemahan tadbir urus, integriti dan antirasuah dalam organisasi. OACP merupakan inisiatif mandatori dalam Pelan Antirasuah Nasional (NACP) di bawah “Strategi 2: Memperkukuhkan Penyampaian Perkhidmatan Awam” dalam National Anti-Corruption Plan (NCP).
Hala Tuju:
Tujuan OACP ini adalah untuk menjadikan JKSP bebas rasuah dan melahirkan pegawai-pegawai yang mempunyai integriti yang tinggi dengan memperkasakan tadbir urus organisasi, mempertingkatkan tahap integriti warga Jabatan, menghapuskan penyelewangan dan penyalahgunaan kuasa dan seterusnya memerangi rasuah.
Visi
JKSP Berintegriti Tinggi dan Bebas Rasuah
Misi
Meningkatkan integriti, akauntibiliti dan ketelusan dalam sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan.
Mencegah amalan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa
Matlamat
- Melahirkan warga JKSP yang mempunyai integriti yang tinggi
- Menjadikan warga JKSP yang bebas rasuah dan mempunyai kesedaran yang tinggi mengenai isu rasuah