JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PAHANG

PROSEDUR KES

PROSEDUR KES
Aktiviti utama Jabatan Kehakiman Syariah Pahang ialah mendengar, membicarakan dan memutuskan kes-kes yang telah didaftarkan. Aktiviti tersebut terbahagi kepada tiga peringkat mahkamah dan tiga peringkat kes.

KES MAL
a) Pendaftaran Kes. Urusan pendaftaran kes boleh dijalankan serta merta.
b) Proses Panggilan dan Perbicaraan. Tempoh panggilan perbicaraan dalam tempoh dua bulan selepas pendaftaran kes.
c) Keputusan Perbicaraan. Akan dikeluarkan dalam tempoh dua puluh hari selepas selesai proses perbicaraan.

KES JENAYAH
a) Pendaftaran Kes Jenayah. Tindakan serta merta setelah kertas pertuduhan diserahkan oleh Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
b) Proses Panggilan dan Perbicaraan. Akan dipanggil dalam tempoh sebulan.
c) Wang Jaminan (Deposit) Akan dikembalikan dalam tempoh sebulan.

KES FARAID
a) Pendaftaran Permohonan Dijalankan serta merta.
b) Keputusan Permohonan Keputusan pembahagian ditentukan dalam tempoh dua puluh (20) hari.