LATAR BELAKANG :
PUSPANITA JKSP ditubuhkan pada 19 Julai 2014 dengan tujuan untuk merapatkan perhubungan muhibah dan menyatupadukan isteri-isteri dan anggota-anggota wanita PUSPANITA di semua peringkat perkhidmatan, menggalakkan perkembangan kemahiran, kemajuan diri, penyertaan di dalam program-program kebajikan, pemilikan aset dan sebagainya
PERANAN
- Mendidik dan melatih ahlinya ke arah membina karier masing-masing.
- Memberi ruang kepada staf wanita untuk bergiat aktif dalam setiap aktiviti yang dianjurkan bagi faedah para ahlinya.
TUJUAN PENUBUHAN
- Merapatkan hubungan muhibah dan menyatupadukan isteri-isteri dan anggota-anggota Perkhidmatan Awam di semua peringkat perkhidmatan;
- Menggalakkan perkembangan pengetahuan kemahiran serta kemajuan diri ahli-ahli Persatuan menerusi program-program kemajuan diri, ceramah-ceramah, bengkel-bengkel, seminar-seminar dan kursus-kursus;
- Menggalak dan melibatkan ahli-ahli dalam aktiviti-aktiviti bagi faedah ahli dan keluarga mereka serta masyarakat; dan
- Menganjurkan program untuk memungut derma dan sumbangan bagi aktiviti-aktiviti amal kebajikan.