JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PAHANG

ARKIB RINGKASAN AKTIVITI 2024 - JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PAHANG

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐄𝐓𝐀 𝐏𝐑𝐎𝐓𝐎𝐍 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌 𝐌𝐀𝐇𝐊𝐀𝐌𝐀𝐇 𝐑𝐄𝐍𝐃𝐀𝐇 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇 𝐊𝐔𝐀𝐍𝐓𝐀𝐍,𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌 𝐌𝐀𝐇𝐊𝐀𝐌𝐀𝐇 𝐑𝐄𝐍𝐃𝐀𝐇 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇 𝐑𝐎𝐌𝐏𝐈𝐍 & 𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌 𝐌𝐀𝐇𝐊𝐀𝐌𝐀𝐇 𝐑𝐄𝐍𝐃𝐀𝐇 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇 𝐌𝐀𝐑𝐀𝐍.
31 Januari 2024, Selasa, Lobi utama Ibu Pejabat JKSP. Kompleks Syariah Al-Sultan Abdullah, Bandar Indera Mahkota. telah berlangsungnya majlis ringkas penyerahan kenderaan rasmi kepada Hakim-Hakim Mahkamah Rendah Syariah. Hakim MRS Kuantan (YA. TUAN MOHD FAHMI BIN ABD JALIL), Hakim MRS Rompin (YA. TUAN MOHD NASIR BIN AWANG) dan Hakim MRS Maran (YA. PUAN KHARIAH BINTI DATO’ ZAMARY ). Majlis penyerahan kereta rasmi ini dimulakan dengan ucapan dari YAA.DATO’ HAJI ABDUL WALID BIN HAJI ABU HASSAN,DIMP., DSPN., SAP., PJK. Ketua Hakim Syarie Negeri Pahang dan dihadiri oleh pegawai dan kakitangan ibu pejabat JKSP.
 
𝐏𝐄𝐌𝐁𝐔𝐊𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐁𝐔𝐓𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀
30 Januari 2024, Isnin. jam 3 petang bertempat di Seksyen Bahagian Sokongan Keluarga Pahang telah berlangsungnya Mesyuarat Jawatankuasa Pembukaaan Sebutharga Perkhidmatan Pembersihan Banguan Pejabat dan Pembersihan Kawasan di MRS Jerantut.
 
𝐌𝐄𝐑𝐀𝐅𝐀𝐊 𝐒𝐄𝐌𝐁𝐀𝐇 𝐌𝐄𝐍𝐉𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐓𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐓𝐄𝐌𝐏𝐎𝐇 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐑𝐈𝐍𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐀𝐃𝐔𝐊𝐀 𝐁𝐀𝐆𝐈𝐍𝐃𝐀 𝐓𝐔𝐀𝐍𝐊𝐔 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐆𝐀𝐈 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐈-𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐀𝐆𝐎𝐍𝐆 𝐊𝐄-𝟏𝟔
Merafak sembah Menjunjung Kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
𝒃𝒆𝒓𝒔𝒂𝒎𝒂
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj
𝒔𝒆𝒎𝒑𝒆𝒏𝒂
Tamat Tempoh Pemerintahan Seri Paduka Baginda Tuanku Sebagai Yang Di-Pertuan Agong XVI pada 30 Januari 2024, selepas bersemayam di atas takhta kerajaan Malaysia selama lima tahun, bermula 31 Januari 2019.
𝕾𝖊𝖒𝖇𝖆𝖍 𝕿𝖆𝖐𝖟𝖎𝖒 𝕯𝖆𝖗𝖎𝖕𝖆𝖉𝖆:
𝐘𝐀𝐀.𝐃𝐀𝐓𝐎’𝐇𝐀𝐉𝐈 𝐀𝐁𝐃𝐔𝐋 𝐖𝐀𝐋𝐈𝐃 𝐁𝐈𝐍 𝐇𝐀𝐉𝐈 𝐀𝐁𝐔 𝐇𝐀𝐒𝐒𝐀𝐍, 𝐃𝐈𝐌𝐏., 𝐃𝐒𝐏𝐍., 𝐒𝐀𝐏., 𝐏𝐉𝐊. (𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐄 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆)
Dan Seluruh Warga Jabatan Kehakiman Syariah Pahang
 
𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐊𝐇𝐀𝐒 𝐀𝐉𝐊 𝐊𝐑𝐈𝐒𝐏𝐀
29 Januari 2024, Kamar Hakim Mahkamah Tinggi Syariah. Telah berlangsungnya Mesyuarat Khas AJK KRISPA bagi membentangkan rancangan aktiviti bagi tahun ini. Antara Aktiviti yang dijadualkan berlangsung pada tahun ini adalah Mesyuarat Agung, Lawatan dan juga Hari Keluarga KRISPA. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YA Tuan Borhan bin Hussin selaku Pengerusi KRISPA JKSP.
 
𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐉𝐔𝐊 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐊𝐈𝐊 𝐎𝐋𝐄𝐇 𝐏𝐀𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐌𝐏𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐎𝐕𝐀𝐓𝐈𝐅 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐑𝐄𝐀𝐓𝐈𝐅 (𝐊𝐈𝐊) 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌𝐀𝐍 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆
Mesyuarat Pembentangan Tajuk Projek KIK Oleh Pasukan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Jabatan Kehakiman Syariah Pahang kepada Yang Amat Arif Ketua Hakim Syarie Negeri Pahang.
Satu Mesyuarat pembentangan Tajuk Projek KIK telah dijalankan pada 29 Januari 2024, jam 10.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 4, Kompleks Syariah Al-Sultan Abdullah bertujuan untuk memberi penerangan secara lebih terperinci kepada YAA Ketua Hakim Syarie Negeri Pahang berkaitan dengan Tajuk Projek KIK yang akan dilaksanakan pada tahun ini.
Pasukan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Jabatan Kehakiman Syariah Pahang ini diketuai oleh Puan Nurul Nashrah binti Abdul Halim selaku Ketua Pasukan KIK.
 
𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐏𝐑𝐎𝐒𝐄𝐃𝐔𝐑 𝐒𝐓𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐃 (𝐒𝐎𝐏) 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐅𝐓𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒 𝐌𝐀𝐋 & 𝐉𝐄𝐍𝐀𝐘𝐀𝐇 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐋𝐔𝐈 𝐌𝐎𝐃𝐔𝐋 𝐄-𝐅𝐈𝐋𝐈𝐍𝐆 𝐒𝐈𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐄-𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇 𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈 𝟑 (𝐄𝐒𝐕𝟑)
TARIKH : 26 JANUARI 2024 | HARI : JUMAAT | JAM 8.30 PAGI TEMPAT : BILIK MESYUARAT ARAS 4 JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PAHANG KEHAKIMAN SYARIAH PAHANG.
Telah berlangsungnya Bengkel SOP Pendaftaran kes secara e-Filing yang melibatkan Pegawai dari JKSP, JBG dan Jabatan pendakwaan Syarie Pahang
 
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐓𝐀𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐌𝐀𝐍𝐓𝐀𝐍 𝐘.𝐀 𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌 𝐌𝐑𝐒 𝐁𝐄𝐑𝐀
Mahkamah Rendah Syariah Bera , 25 JANUARI 2024 / 14 REJAB 1445. telah berlangsungnya majlis tautan kasih bersama mantan Y.A Tuan Hakim MRS Bera Tuan Mohd Fahmi bin Abd Jalil. Untuk makluman YA Tuan Mohd Fahmi telah bertukar ke kuantan selaku hakim MRS Kuantan yang baharu. Majlis ini telah diraikan oleh semu pegawai dan kakitangan serta anggota Rela yang bertugas di MRS Bera.
 
𝗠𝗘𝗦𝗬𝗨𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗠𝗔𝗛𝗞𝗔𝗠𝗔𝗛 𝗧𝗜𝗡𝗚𝗚𝗜 𝗦𝗬𝗔𝗥𝗜𝗔𝗛 𝗣𝗔𝗛𝗔𝗡𝗚 𝗕𝗜𝗟 𝟭/𝟮𝟬𝟮𝟰
Jerantut, 25 JANUARI 2024 / 14 REJAB 1445. Satu Mesyuarat yang melibatkan kakitangan Mahkamah Tinggi Syariah Pahang telah diadakan di Bilik Mesyuarat Mahkamah Rendah Syariah Jerantut.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YA DATO’ HAJI MUHAMMAD AZHARI BIN ABD RAHMAN Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan selain turut dihadiri bersama YAA DATO’ HAJI ABDUL WALID BIN ABU HASSAN Ketua Hakim Syarie Negeri Pahang.
Mesyuarat ini diadakan adalah sebagai wacana perbincangan dan pentas bagi Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi bersama YAA Ketua Hakim Syarie, Pendaftar serta semua ahli mesyuarat bagi bertukar-tukar pandangan, mencadangkan penambahbaikan terutama dalam memastikan pengurusan dan pengendalian kes-kes di Mahkamah Tinggi Syariah Pahang berjalan dengan lancar.
 
 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐃𝐈𝐀𝐇 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐋𝐀𝐇𝐈𝐑 𝐊𝐑𝐈𝐒𝐏𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟒
23 Januari 2024 bertempat di Ancasa Royale, Pekan Pahang telah berlangsungnya simbolik penyerahan hadiah kelahiran oleh Pengerusi KRISPA, YA Tuan Borhan bin Hussin kepada Penaung KRISPA YAA Dato’ Haji Abdul Walid bin Haji Abu Hassan.
Manakala hari ini 24 Januari 2024, Rabu, bertempat di bilik KRISPA ibu pejabat JKSP berlangsungnya penyerahan hadiah hari lahir dari Penaung KRISPA kepada semua Ahli KRISPA Di Ibupejabat. Pengagihan kepada Ahli KRISPA yang lain akan dilakukan secara berperingkat.

Di Kesempatan ini Pengerusi dan AJK KRISPA ingin mengucapkan selamat menyambut ulang tahun kelahiran kepada semua Ahli sepanjang tahun 2024. Semoga Anda semua di beri kesihatan dan rezeki

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐆𝐎-𝐆𝐑𝐄𝐄𝐍 𝐉𝐊𝐒𝐏- 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐆𝐨 𝐆𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐖𝐢𝐭𝐡 𝐉𝐊𝐒𝐏 𝐝𝐢𝐬𝐞𝐦𝐩𝐮𝐫𝐧𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐀𝐦𝐚𝐭 𝐀𝐫𝐢𝐟 𝐊𝐞𝐭𝐮𝐚 𝐇𝐚𝐤𝐢𝐦 𝐒𝐲𝐚𝐫𝐢𝐞 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐏𝐚𝐡𝐚𝐧𝐠 19 Januari 2024, Jumaat, Perkarangan lanskap ibu pejabat JKSP. telah berlangsungnya program Go-Green anjuran bersama antara JKSP dan KRISPA. Program ini adalah bertujuan untuk meningkat kesedaran warga JKSP ke arah mengalakkan mereka mengaplikasikan elemen-elemen teknologi hijau dalam kehidupan seharian agar mereka dapat terus menikmati kualiti kehidupan yang lebih baik disamping persekitaran yang lebih sihat.
Program pagi ini bermula dengan ucapan pembukaan dari Tuan Borhan selaku Pengerusi KRISPA dan disusuli dengan ucapan perasmian oleh YAA Ketua Hakim Syarie Pahang, YAA juga sempat berpesan berkaitan kepentingan penjagaan kesihatan den kelebihan menanam pokok. YAA juga berpesan bagi mencapai kejayaan dalam usaha penggunaan teknologi hijau bukan setakat menanam pokok bagi menghijaukan lanskap persekitaraan tetapi penjimatan tenaga juga tergolong dalam pembangunan teknologi hijau. Pokok- pokok ini juga telah di khususkan untuk di tanam oleh YAA Ketua Hakim Syarie Pahang, Pengerusi KRISPA, Hakim MRS Pekan, Bahagian-bahagian dan Unit-unit di Ibu Pejabat. Antara Pokok yang selesai ditanam pada hari ini adalah, Rambutan, Petai dan pokok manggis mesta. JKSP merakamkan ucapan terima kasih kepada 𝐏𝐞𝐣𝐚𝐛𝐚𝐭 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐢𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐊𝐮𝐚𝐧𝐭𝐚𝐧 selaku penaja utama pokok-pokok bagi tujuan penanaman hari ini.
 

𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐃𝐈𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐁𝐎𝐑𝐀𝐍𝐆-𝐁𝐎𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐉𝐄𝐍𝐀𝐘𝐀𝐇 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇 𝐁𝐈𝐋 𝟏 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒
17 Januari 2024, Rabu. Bilik Mesyuarat MRS Bera, telah berlangsungnya Bengkel penyediaan borang-borang jenayah syariah bilangan 1 bagi tahun 2024.

Bengkel selama sehari ini telah disertai oleh wakil dari Jabatan Kehakiman Syariah Pahang (JKSP) dan Jabatan Pendakwaan Syariah Pahang (JPSP). bengkel ini khusus mebincangkan dan menyelaras penggunaan borang-borang bagi pendaftaran dan pemfailan kes-kes jenayah syariah negeri Pahang. Penyertaan Bengkel kali ini adalah :
𝐖𝐀𝐊𝐈𝐋 𝐉𝐊𝐒𝐏
1. Nurul Nashrah Binti Abdul Halim
2. Aufa Bin Mohamed Saballah
3. Mohd Mustaqim Bin Nordin
4. Eryn Norita Binti Zakaria
5. Mohamad Syahrul Azuan Bin Uyub
6. Ahmad Zaim Bin Abdullah
7. Khairol Azri Bin Saari
𝐖𝐀𝐊𝐈𝐋 (𝐉𝐏𝐒𝐏)
1.Raihaanah binti Omar @ Md Salleh
2. Zaharah Bt. Abd. Hamid
𝐖𝐀𝐊𝐈𝐋 𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐉𝐀𝐈𝐏 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐆𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐀𝐓𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍
1. Nasharuddin Bin Ngah
2. Hurul Huda Bimi Abdul Jalil
3. Nor Amira Binti Mohd Rosla
 
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐄𝐓𝐀 𝐏𝐑𝐎𝐓𝐎𝐍 𝐗𝟓𝟎 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌 𝐌𝐀𝐇𝐊𝐀𝐌𝐀𝐇 𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇 𝐊𝐔𝐀𝐍𝐓𝐀𝐍.
17 Januari 2024 , Selasa, Lobi utama Ibu Pejabat JKSP. Kompleks Syariah Al-Sultan Abdullah, Bandar Indera Mahkota. telah berlangsungnya majlis ringkas penyerahan kenderaan kepada Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, YA. DATO’ HAJI MUHAMMAD AZHARI BIN ABD RAHMAN, DIMP., SMP.,AMP.
Majlis penyerahan kereta Proton X50 ini dimulakan dengan ucapan dari YAA.DATO’ HAJI ABDUL WALID BIN HAJI ABU HASSAN,DIMP., DSPN., SAP., PJK. Ketua Hakim Syarie Negeri Pahang dan dihadiri oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Temerloh, YA. TUAN HAJI MOHD KHAIR BIN ZAINAL ABIDIN, SAP., SMP., AMP., Hakim Mahkamah Rendah Syariah Kuantan. YA. Tuan Mohd Fahmi bin Abd Jalil dan pegawai serta kakitangan ibu pejabat JKSP.
 
𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐓𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌 𝐌𝐀𝐇𝐊𝐀𝐌𝐀𝐇 𝐑𝐄𝐍𝐃𝐀𝐇 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇 𝐊𝐔𝐀𝐍𝐓𝐀𝐍.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YA Tuan Mohd Fahmi bin Abd Jalil Atas kenaikan pangkat : 𝐃𝐚𝐫𝐢 𝐠𝐫𝐞𝐝 𝐋𝐒𝟒𝟒 𝐤𝐞 𝐆𝐫𝐞𝐝 𝐋𝐒𝟒𝟖 (𝐌𝐞𝐦𝐚𝐧𝐠𝐤𝐮) Mulai  𝟏𝟔 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟒 Sebagai
𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌 𝐌𝐀𝐇𝐊𝐀𝐌𝐀𝐇 𝐑𝐄𝐍𝐃𝐀𝐇 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇 𝐊𝐔𝐀𝐍𝐓𝐀𝐍.
 
𝐌𝐄𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐀𝐉𝐊 𝐊𝐑𝐈𝐒𝐏𝐀 𝐁𝐈𝐋 𝟏/𝟐𝟎𝟐𝟒
12 Januari 2024, Jumaat.Bilik Mesyuarat MTS Kuantan telah berlangsungnya Mesyuarat AJK KRISPA bil 1/2024. sempena tahun baharu 2024. mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Pengerusi KRISPA YA Tuan Borhan bin Hussin ( Hakim MTS Bentong). Fokus perbincangan kali ini selain dari pembentangan minit mesyuarat yang lepas. Mesyuarat juga membincangkan halatuju rancangan KRISPA tahun 2024 seperti hari keluarga KRISPA, Majlis Korban, Sambutan Hari Raya dan lain-lain.
 
𝐏𝐄𝐑𝐇𝐈𝐌𝐏𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐀𝐌𝐀𝐍𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐄 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐈𝐋 𝟏/𝟐𝟎𝟐𝟒
12 Januari 2024, Jumaat. Dewan Mahkamah Rayuan Syariah Pahang telah berlangsungnya majlis penyampaian Amanat Ketua Hakim Syarie Negeri Pahang. sempena tahun baharu 2024. Pembukaan majlis amanat ini, YAA Ketua Hakim Syarie Pahang telah mengalu-alukan kedatangan semua pegawai dan kakitangan JKSP Ibu Pejabat dan dari daerah seluruh Negeri Pahang. Ketua Hakim Syarie juga telah menyampaikan beberapa pesanan kepada semua antaranya yang berkaitan kepentingan kerjasama dan amanah didalam melakukan kerja seharian selain itu KHS juga mengharapkan semua perancangan yang telah dirancang bagi tahun 2024 ini dapat dilaksanakan dengan sempurna. Semoga Tahun 2024 JKSP akan lebih cemerlang.
 
𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐘𝐃𝐏 𝐘𝐀𝐃𝐈𝐌 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐄 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌𝐀𝐍 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆
9 Januari 2024. Selasa. bertempat di Kamar Ketua Hakim Syarie Pahang berlangsungnya Sesi lawatan kerja Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus ke Pahang baru baru ini, beliau berkesempatan melakukan kunjung hormat kepada Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pahang, Yang Amat Arif, Dato' Haji Abdul Walid Abu Hassan. Keduanya merupakan rakan sekelas di Kolej Islam Klang sejak berada di tingkatan empat pada 1980. Dalam pertemuan singkat itu, keduanya sempat membincangkan peluang kerjasama yang boleh dijalin antara Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pahang dan YADIM. Semoga apa yang dirancangkan dapat direalisasikan untuk manfaat ummah bersama.
 
𝐏𝐄𝐑𝐉𝐔𝐌𝐏𝐀𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐀𝐍𝐆𝐆𝐎𝐓𝐀 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐒 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐄𝐑𝐓𝐔𝐆𝐀𝐒 𝐃𝐈 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌𝐀𝐍 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆.
08 Januari 2024 (Isnin) 10.30 pagi Bilik Mesyuarat Utama, Aras 4, Kompleks Syariah Al-Sultan Abdullah, Bandar Indera Mahkota, Kuantan. telah berlangsungnya Perjumpaan Bersama Anggota Polis Yang Bertugas Di Jabatan Kehakiman Syariah Pahang. Perjumpaan telah dipengerusikan oleh :YAA. Ketua Hakim Syarie (Dato' Haji Abdul Walid bin Haji Abu Hassan, DIMP. DSPN SAP PJK). Perjumpaan ini turut dihadiri sendiri oleh Insp. Mohd Fazly Bin Yaakub selaku Ketua Polis Balai Kuantan.
Wakil dari Unit Polis JKSP:
1.Sjn. Suzana bt Nik Unit Polis JKSP
2. Kpl. Abd Rahman bin Mansor Unit Polis JKSP
3.Kpl. Surianah bt JKSP Unit Polis Kecil Jabatan
4.Kpl. Shaiful Adzha bin Abdullah Unit Polis JKSP
5.Kpl. Rosilawati bt Ismail Unit Polis JKSP
6.Kpl. Zakinah bt Isa JKSP Unit Polis
7.Kpl. Jannah bt A.Wahab Unit Polis JKSP
8. Kpl. Susie Norhana bt Mohamad Unit Polis JKSP
9. Kpl. Noor Akhbar Hakeem bin Juremi Unit Polis JKSP.
JKSP mengucapkan setinggi penghargaan kepada unit Polis yang banyak membantu dalam menjamin keselamatan sepanjang bertugas di JKSP
 
𝐏𝐄𝐌𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐑𝐄𝐊𝐎𝐃 𝐀𝐖𝐀𝐌 𝐊𝐄 𝐀𝐑𝐊𝐈𝐁 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆
Pada 8 Januari 2024 , hari isnin, Unit Rekod Jabatan Kehakiman Syariah Pahang telah melaksanakan pemindahan Rekod Awam ke Arkib Negara Malaysia Negeri Pahang. Pindahan rekod awam adalah dari jenis Bahan Bercetak dan Rekod Terbitan dari Majlis Perasmian Kompleks Syariah Al - Sultan Abdullah Bandar Indera Mahkota yang telah di rasmikan pada 5 September 2022. Pemindahan Rekod Awam adalah termaktub dalam Seksyen 28 Akta Arkib Negara 2003 bagi tujuan simpanan di Arkib Negara Negeri Pahang.
 
𝐀𝐊𝐓𝐈𝐕𝐈𝐓𝐈 𝐔𝐍𝐈𝐓 𝐑𝐄𝐊𝐎𝐃 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌𝐀𝐍 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆 :
10 Januari 2024,Rabu bertempat di Unit Rekod telah berlangsungnya Aktiviti Pengasingan Kes Mal tahun 2014, bagi tujuan Pelupusan. Unit Rekod JKSP beserta bantuan dari pelajar Praktikal dengan kerjasama kakitangan MTS Kuantan telah menjalankan Aktiviti ini bersama-sama selama satu hari. Unit Rekod mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam membantu dan memudahkan urusan pengasingan ini.
 
𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐑𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐄𝐌𝐏𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐄, 𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌 𝐌𝐀𝐇𝐊𝐀𝐌𝐀𝐇 𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇 𝐁𝐄𝐍𝐓𝐎𝐍𝐆
3 Januari 2024 (Rabu), 9.00 Pagi. Bertempat di Bilik Mesyuarat YB Setiausaha Kerajaan Pahang Tingkat 2, Blok A Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang, Wisma Sri Pahang Kuantan. Telah berlangsungnya Sesi Penyerahan Surat Penempatan Hakim Syarie, Mahkamah Tinggi Syariah Bentong, kepada YA Tuan Borhan bin Hussin, Amp. Penyerahan telah di sampaikan oleh Dato' Sri Haji Zulkifli Bin Haji Yaacob, SSAP., SIMP,. DSAP., DIMP., AAP., AMP. YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang. Penyerahan ini turut dihadiri oleh YAA.DATO’ HAJI ABDUL WALID BIN HAJI ABU HASSAN,DIMP., DSPN., SAP., PJK. (Ketua Hakim syarie Pahang)
𝐒𝐞𝐤𝐚𝐥𝐮𝐧𝐠 𝐓𝐚𝐡𝐧𝐢𝐚𝐡 𝐊𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 : 𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐁𝐎𝐑𝐇𝐀𝐍 𝐁𝐈𝐍 𝐇𝐔𝐒𝐒𝐈𝐍,𝐀𝐌𝐏 Atas Kenaikan Pangkat Dari Ketua Pendaftar JKSP (Gred LS 48 ) Ke Jawatan : 𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌 𝐌𝐀𝐇𝐊𝐀𝐌𝐀𝐇 𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇 𝐁𝐄𝐍𝐓𝐎𝐍𝐆 (𝐆𝐫𝐞𝐝 𝐋𝐒𝟓𝟐 ) 𝐁𝐞𝐫𝐤𝐮𝐚𝐭𝐤𝐮𝐚𝐬𝐚 𝐏𝐚𝐝𝐚 𝟐 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟒
 
𝐃𝐢𝐬𝐤𝐮𝐬𝐢 𝐀𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐭𝐮 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐚𝐟𝐭𝐚𝐫, 𝐏𝐞𝐧𝐨𝐥𝐨𝐧𝐠 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐚𝐟𝐭𝐚𝐫, 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐚𝐟𝐭𝐚𝐫 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐊𝐞𝐭𝐮𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐚𝐟𝐭𝐚𝐫 & 𝐊𝐞𝐭𝐮𝐚 𝐇𝐚𝐤𝐢𝐦 𝐒𝐲𝐚𝐫𝐢𝐞 𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐡𝐚𝐤𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐒𝐲𝐚𝐫𝐢𝐚𝐡 𝐏𝐚𝐡𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐢𝐥 𝟏/𝟐𝟎𝟐𝟒.
27-29 Februari 2024, 18-19 Syaaban 1445H. Bilik Mesyuarat Felda Residence Tekam,Tun Razak Agricultural Research Centre, Jerantut. telah berlangsungnya Diskusi Antara Pembantu Pendaftar, Penolong Pendaftar, Pendaftar Bersama Ketua Pendaftar & Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Pahang Bil 1/2024.
Diskusi selama 3 hari ini turut mengundang Tuan Mawardi Bin Che Man sebagai penceramah. Tuan Mawari adalah Timbalan Pengarah Perbicaraan, Rayuan Dan Penyelidikan dari (Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan). beliau telah memberikan pencerahan berkaitan isu-isu Fi dan Kos Mahkamah Syariah. Seluruh warga JKSP mengucapkan terima kasih kepada Tuan Mawardi diatas perkongsian ilmu ini.
 
𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐓𝐀𝐊𝐙𝐈𝐀𝐇
Buat Seluruh Ahli Keluarga NORAMIRUL BINTI JUNED
Al-Fatihah dan salam takziah kepada seluruh keluarga Puan Noramirul Binti Juned (Penolong Pegawai Syariah MRS Kuantan) Diatas Pemergian Bapa Mertua Tersayang Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan soleh.
Semoga Allah ampunkan segala dosa almarhumah, Semoga Allah terima segala amalan almarhumah dan mengangkat darjatnya disisi Allah, Semoga pemergian beliau menjadi kerehatan sebenar dari urusan dunia, Semoga dilindungi dari seksa kubur dan semoga roh arwah ditempatkan dikalangan para solihin, Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad. Amiin
Al-Fatihah.
DARIPADA KETUA HAKIM SYARIE NEGERI PAHANG SERTA WAARGA JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PAHANG
KAMI TURUT BERDUKACITA
 
𝐒𝐈𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐑𝐀𝐘𝐔𝐀𝐍, 𝐌𝐀𝐇𝐊𝐀𝐌𝐀𝐇 𝐑𝐀𝐘𝐔𝐀𝐍 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆
26-27 Februari 2024, 16-17 Syaaban 1445H. Isnin dan selasa, Mahkamah Rayuan Syariah Pahang, sedang berlangsungnya Sidang Rayuan Syariah Kali pertama sesi 2024. Ketua Hakim Syarie Pahang YAA.DATO’HAJI ABDUL WALID BIN HAJI ABU HASSAN serta warga Jabatan kehakiman Syariah Pahang mengucapkan selamat datang kepada semua Panel yang terlibat bagi sesi rayuan JKSP 2024. Nantikan laporan penuh berkaitan Sidang Rayuan Sesi 1/2004 ini.
 
𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄 𝐏𝐀𝐌𝐄𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐃𝐔𝐊 𝐈𝐍𝐎𝐕𝐀𝐒𝐈 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐊𝐔𝐀𝐍𝐓𝐀𝐍 (𝐌𝐁𝐊)
23 Februari 2024 ,13 Syaaban 1445H. Jumaat. Pasukan KIK Jabatan Kehakiman Syariah Pahang telah membuat lawatan ke Pameran Produk INOVASI MBK pada 23 Februari 2024 bertempat di Perkarangan Kompleks Bandaraya Kuantan.
Lawatan ini bertujuan untuk memantapkan gerak kerja KIK JKSP disamping melopori produk-produk inovasi yang dipersembahkan oleh Jabatan luar lain.
Lawatan ini juga telah memberi pendedahan kepada pasukan KIK JKSP untuk mencambahkan idea-idea bagi produk yang sedia ada.


𝐊𝐄𝐏𝐔𝐓𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐒𝐄𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀
NO. RUJUKAN SEBUTHARGA : JKSP/01/2024
TAJUK SEBUTHARGA : Perkhidmatan Pembersihan Bangunan Dan Pejabat di Mahkamah Rendah Syariah Jerantut
𝐍𝐀𝐌𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐀𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐓𝐄𝐍𝐃𝐄𝐑 𝐁𝐄𝐑𝐉𝐀𝐘𝐀 : 𝐂𝐀𝐇𝐀𝐘𝐀 𝐏𝐄𝐌𝐔𝐑𝐀𝐇 𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐏𝐑𝐈𝐒𝐄 (𝐂𝐀𝟎𝟑𝟎𝟖𝟒𝟖𝟓-𝐔) 𝐓𝟐𝟖𝟐,𝐓𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐃𝐄𝐑𝐀𝐏𝐔𝐑𝐀, 𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍 𝟏𝟏 𝐅𝐀𝐒𝐀 𝟑, 𝟐𝟕𝟎𝟎𝟎 𝐉𝐄𝐑𝐀𝐍𝐓𝐔𝐓,𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆.
TEMPOH KONTRAK : 06 APRIL 2024 - 05 APRIL 2026
 
𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐔𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆-𝐔𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌𝐀𝐍 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆
19-21 Februari 2024 / 9-11 Syaaban 1445H (Isnin-Rabu) bertempat di Hotel Seri Malaysia, Rompin, Pahang telah berlangsungnya Kursus Undang-Undang Jabatan Kehakiman Syariah pahang. Taklimat kursus telah dibahagikan kepada 7 bahagian dan disampaikan oleh 3 orang penceramah jemputan iaitu :
1.
Taklimat berkaitan Isu-isu Hakam dan Pentadbiran Hakam telah disampaikan oleh Puan Noor Huda Roslan Ketua Unit Intergriti dari Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.
2. Talimat Perlaksanaan Hakam di Mahkamah Syariah. taklimat Cara Persidangan Hakam dan Penyelesaiannya. Telah disampaikan oleh Tuan Nahar bin Mohamad, Pendakwa Syarie, Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan.
3. Taklimat Tatacara Semakan Kes Oleh Pihak-Pihak Hakim. Taklimat Hak Masa Semakan /Rayuan dari Pihak-Pihak dan Taklimat Tatacara Semakan Kes Oleh Hakim dan Saman Penghutang Penghakiman (SPP). Telah disampaikan oleh Tuan Muhammad Khairul Nizzam Bin Kassim, Pegawai Penyelidik, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.
 
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐎𝐍𝐆𝐒𝐈𝐀𝐍 𝐈𝐋𝐌𝐔 𝐁𝐈𝐋𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝟏/𝟐𝟎𝟐𝟒 - 𝐓𝐀𝐊𝐋𝐈𝐌𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐘𝐀
16 Februari 2024, 6 syaaban 1445H. Jumaat, Bilik Mesyuarat Utama JKSP telah berlangsungnya Program Perkongsian Ilmu Bilangan 1/2024 - Taklimat Keselamatan Jalan Raya. Majlis perkogsian ilmu kali pertama ini telah disampaikan oleh Encik Muhamad Iznan Bin Harun (Penolong Pegawai Tadbir) JKSP. semoga perkongsian ilmu ini dapat memberi kesedaran dan ilmu kepada semua yang terlibat.
 
𝐏𝐄𝐌𝐁𝐔𝐊𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐈𝐋𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐁𝐔𝐓𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀
15 Februari 2024,5 Syaaban 1445H,Khamis, Ibu Pejabat JKSP telah berlangsung Majlis Membuka peti sebut Harga Oleh jawatankuasa pembuka sebut Harga bagi kenderaan, Kereta jenis Proton Sedan waja 1.6 a(hitam) Proses Pembukaan Sebutharga telah dipengerusikan Oleh Puan Nor Aidillah Binti Harun dan ahlinya Puan Rohana Binti Md.Isa dan Puan Puspa Rizam Binti Baharum. Manakala Proses Penilaian Sebutharga pula telah dipengerusikan Puan Nurul Nashrah Binti Abdul Halim dan ahlinya Encik Khairol Azri Bin Saari dan Puan Puspa Rizam Binti Baharum selaku AJK yang bertanggungjawab dalam pengurusan dokumen sebutharga ini.
 
𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐊𝐀𝐃𝐄𝐌𝐈𝐊 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐀𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐀𝐒𝐀𝐒𝐈 𝐔𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆-𝐔𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 𝐀𝐒𝐀𝐒𝐈, 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐔𝐈𝐀𝐌), 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐒 𝐆𝐀𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆.
14 Februari 2024, 4 Syaaban 1445H. Rabu, Bertempat di Kompleks Syariah Al-Sultan Abdullah , telah berlangsungnya Lawatan Akademik oleh Persatuan Pelajar asasi Undang-undang dari Pusat Asasi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kampus Gambang. Lawatan akademik ini telah dihadiri oleh 44 orang Pelajar dan lima orang pensyarah pengiring diketuai oleh Puan Nina Syazmeen binti Mohd Din, Ketua Jabatan Pengajian Undang-undang, Puan Puteri Amelia Nurhananie Azizan, yang juga merupakan Penasihat I, persatuan Pelajar Asasi Undang-undang, Puan Badariah Binti Sadin, Puan siti Farhana Abu Hasan dan Encik Muhammad Ridhwan bin Saleh. Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan dan pengalaman kepada para pelajar secara langsung berkaitan prosedur kes di Mahkamah Rendah Syariah dan Mahkamah Tinggi Syariah kepada Pelajar. Ia juga untuk mendedahkan para pelajar dengan pengetahuan mengenai sistem kehakiman dan perundangan syariah di Malaysia terutamanya di negeri Pahang. Selain itu,lawatan ini juga penting bagi menyediakan satu platform kepada para pelajar untuk menimba pengalaman yang berguna sekaligus meningkatkan motivasi mereka untuk meceburi bidang pekerjaan dan profesion yang ditawarkan dalam jurusan undang-undang syariah. Taklimat awal telah diberikan oleh Puan Nor Aidillah Binti Harun, Pegawai Penyelidik Ketua Hakim Syarie dan seterusnya pelajar berpeluang mengikuti secara lansung perbicaraan dan sebutan kes di Mahkamah Rendah dan Mahkamah Tinggi Syariah. Pelajar juga berkesempatan mendapatkan pendedahan kes di Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan dan berinteraksi secara langsung bersama Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, YA Dato’ Haji Muhammad Azhari bin Abdul Rahman. Di akhir lawatan pula, Pelajar berpeluang berjumpa dan beramah mesra "In Person" bersama YAA. Dato’ Haji Abdul Walid bin Haji Abu Hassan, Ketua Hakim Syarie Negeri Pahang. Diharapkan agar segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh melalui sesi lawatan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh para pelajar. JKSP mengucapkan terima kasih kepada Pihak Jabatan Pengajian Undang-undang Pusat Asasi , UIAM kerana memilih JKSP untuk sesi lawatan para pelajar.
 
𝐏𝐄𝐑𝐉𝐔𝐌𝐏𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐅𝐓𝐀𝐑 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌𝐀𝐍 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀-𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐔𝐍𝐈𝐓 𝐃𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐆𝐈𝐀𝐍 𝐁𝐈𝐋 𝟏/𝟐𝟎𝟐𝟒
9 Februari 2024/ 26 Rejab 1445H. Jumaat, Bilik Mesyuarat Utama. Telah berlangsungnya perjumpaan antara Ketua Pendaftar JKSP bersama ketua-ketua unit dan bahagian di ibu pejabat JKSP. Perjumpaan ini telah dipengerusikan oleh Tuan Ahmad Zaim BIin Mohamed Hassim, Ketua Pendaftar JKSP.
 
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐓𝐀𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐌𝐀𝐍𝐓𝐀𝐍 𝐘.𝐀 𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌 𝐌𝐑𝐒 𝐂𝐀𝐌𝐄𝐑𝐎𝐍 𝐇𝐈𝐆𝐇𝐋𝐀𝐍𝐃𝐒
7 Februari 2024 / 26 Rejab 1445, Rabu bertempat di Mahkamah Rendah Syariah Cameron Highlands telah berlangsungnya Majlis Tautan Kasih bersama mantan Y.A Tuan Hakim MRS Cameron Highlands, Tuan Ahmad Zaim bin Mohamed Hassim. Untuk makluman Tuan Ahmad Zaim telah mula bertugas di MRS Cameron Highlands bermula bulan Mac 2022 dan kini ditugaskan ke kuantan selaku Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Pahang yang baharu bermula 5 Februari 2024. Majlis ini telah diraikan oleh kakitangan yang bertugas di MRS Cameron Highlands.
 
𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐓𝐀𝐊𝐙𝐈𝐀𝐇
KRISPA Dan Seluruh Warga JKSP mengucapkan Salam takziah kepada Puan Intan Suhaini Binti Asmadi (Pembantu Tadbir Kewangan MRS Kuantan) atas Pemergian ibu mentua pagi tadi ke Rahmatullah. Semoga semua ahli keluarga diberi kekuatan dan kesabaran di atas kehilangan ini.
أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَها وَارْحَمْها وَعَافِها وَاعْفُ عَنْها
"Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya. “Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat; dan Dia-lah Yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (QS, Luqman 31:34) Semoga Allah menempatkan arwah bersama roh orang-orang yang beriman. Amin.
Kami Turut Berdukacita
 
𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔 𝗣𝗘𝗚𝗔𝗪𝗔𝗜 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗔𝗞𝗜𝗧𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗛𝗔𝗞𝗜𝗠𝗔𝗡 𝗦𝗬𝗔𝗥𝗜𝗔𝗛 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗣𝗔𝗛𝗔𝗡𝗚 𝗞𝗘 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗔𝗞𝗪𝗔𝗔𝗡 𝗦𝗬𝗔𝗥𝗜𝗔𝗛 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗞𝗔
Isnin, 05 Feb 2024 bersamaan 24 Rejab 1445H. Selamat datang diucapkan kepada delegasi daripada Jabatan Kehakiman Syariah Pahang (JKSP) yang sudi hadir membuat lawatan ke Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Melaka (JPeNM) pada hari ini. Delegasi JKSP ini diketuai oleh YA Tuan Borhan bin Hussin AMP bersama 12 pegawai kakitangan yang lain turut hadir bersama. Tujuan lawatan ini adalah untuk saling bertukar pandangan dan cadangan dalam memperkasakan fungsi kedua-dua jabatan dalam meningkatkan mutu pengadilan Undang-undang Syariah sejajar dengan motto "Syariah Asas Keadilan". Semoga segala pandangan dan perbincangan berkaitan perundangan syariah tersebut dapat memberikan manfaat kepada semua.
Disediakan oleh :
Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP), JPeNM
 
𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐑𝐈𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐃𝐄𝐋𝐄𝐆𝐀𝐒𝐈 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌𝐀𝐍 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆 𝐊𝐄 𝐌𝐀𝐇𝐊𝐀𝐌𝐀𝐇 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀
5 Februari 2024M Bersamaan 24 Rejab 1445H, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pahang telah mengadakan lawatan kerja di Mahkamah Syariah Negeri Melaka (MSNM). Delegasi telah diketuai oleh YA Tuan Borhan Bin Hussin, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Bentong, Pahang merangkap Pengerusi Kelab Kebajikan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pahang (KRISPA). Delegasi telah disambut oleh Puan Ruhmawati Binti Khuzaimah , Ketua Pendaftar MSNM, Pegawai-Pegawai Pengurusan Tertinggi Kelab Kebajikan Sukan dan Rekreasi MSNM (KKSR) dan Jawatankuasa Khidmat Korporat (JKKK) MSNM. Program dimulai dengan ucapan aluan oleh Puan Ruhmawati Binti Khuzaimah, Ketua Pendaftar bagi pihak MSNM yang mengalu-alukan kehadiran para delegasi. Selanjutnya Tuan Borhan bin Hussin selaku ketua delegasi telah menyampaikan ucapan balas yang mana telah menyampaikan objektif lawatan dan hasrat delegasi ke Mahkamah Syariah Negeri Melaka.
Antara Objektif lawatan ini adalah untuk mendapatkan maklumat berkaitan pengurusan Kelab Kebajikan Sukan dan Rekreasi MSNM, pengurusan Kaunter, pengurusan Unit Rekod dan Galeri di Mahkamah Syariah Negeri Melaka. Selain daripada itu, lawatan ini juga bertujuan mendapatkan pendedahan berkaitan Inovasi jabatan dan geran penyelidikan yang telah dilaksanakan di MSNM. Program diteruskan dengan taklimat ringkas tentang KKSR oleh Puan Aisah Binti Saleh, Setiausaha KKSR dan diikuti dengan informasi tentang geran penyelidikan oleh Puan Jamiah Binti Hussin, Hakim Mahkamah Rendah Syariah Melaka Tengah dan pengurusan Galeri dan Unit Rekod oleh Puan Sharifah Binti Shuib, Pembantu Syariah di Unit Rekod MSNM.
Delegasi JKSN Pahang juga telah dibawa melawat ke kaunter One Stop Center (OSC), unit rekod dan galeri MSNM. Kemuncak program ini, delegasi turut dibawa melawat ke Kaunter Pendaftaran One Stop Centre (OSC) di Bahagian Pendaftaran dan Pengurusan Mahkamah. Program diakhiri dengan sesi bergambar bersama pegawai dan kakitangan MSNM. Sekalung penghargaan kepada delegasi JKSN Pahang yang sudi mengadakan lawatan ke MSNM. Semoga informasi yang diberikan dapat memberi manfaat dan dapat direalisasikan di JKSN Pahang nanti. Terima kasih juga kepada urusetia dikalangan JKKK dan KKSR yang telah memberikan komitmen dalam menjayakan lawatan pada kali ini.
 
𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐈𝐋 𝐁𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐌𝐀𝐀𝐇𝐀𝐃 𝐓𝐀𝐇𝐅𝐈𝐙 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆 𝐊𝐄 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌𝐀𝐍 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆
5 Februari 2024. Isnin. Bertempat di bilik Mesyuarat Utama Tingkat 4.Telah berlangsungnya progam Lawatan Sambil Belajar dari Maahad Tahfiz Negeri Pahang ke Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pahang. Tujuan lawatan adalah untuk memdedahkan pelajar dengan pengetahuan mengenai sistem kehakiman dan perundangan di Malaysia disamping memenuhi kehendak subjek Kekeluargaan Islam & Fiqh Munakahat. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pahang telah menerima kunjungan daripada 1 orang guru pengiring dan 24 orang pelajar Maahad Tahfiq Negeri Pahang (Peringkat Diploma).
Majlis dipengerusikan oleh Puan Nurul Nashrah binti Abdul Halim selaku Timbalan Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Pahang dan diakhiri dengan ucapan penutup oleh Tuan Ahmad Zaim bin Mohamed Hassim selaku Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Pahang.
 
𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐓𝐀𝐊𝐙𝐈𝐀𝐇
4 Februari 2024, Ahad. Chenor, KRISPA Dan Seluruh Warga JKSP mengucapkan Salam takziah kepada Encik Zul Jamal Bin Abu Kasim (Penghantar Notis MTS Temerloh) atas Pemergian ibu mentua pagi tadi ke Rahmatullah. Semoga semua ahli keluarga diberi kekuatan dan kesabaran di atas kehilangan ini.
أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَها وَارْحَمْها وَعَافِها وَاعْفُ عَنْها
"Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya. “Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat; dan Dia-lah Yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (QS, Luqman 31:34) Semoga Allah menempatkan arwah bersama roh orang-orang yang beriman. Amin.
Kami Turut Berdukacita.
 
𝐏𝐄𝐍𝐄𝐌𝐏𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐊𝐈𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒- 𝐒𝐄𝐊𝐀𝐋𝐔𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇
2 Februari 2024, Jumaat. 𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐀𝐇𝐌𝐀𝐃 𝐙𝐀𝐈𝐌 𝐁𝐈𝐍 𝐌𝐎𝐇𝐀𝐌𝐄𝐃 𝐇𝐀𝐒𝐒𝐈𝐌 Tahniah Atas Kenaikan Pangkat Dari Gred LS44 Memangku Gred LS 48 Sebagai Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah Pahang Mulai 5 Februari 2024 Ikhlas Daripada Ketua Hakim Syarie Negeri Pahang Serta Seluruh Warga Jabatan Kehakiman Syariah Pahang.

𝐏𝐄𝐋𝐔𝐍𝐂𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍 𝟏𝟒𝟒𝟓𝐇 (𝐉𝐊𝐒𝐏/𝐊𝐑𝐈𝐒𝐏𝐀)

25 Mac 2024,14 Ramadan 1445H, Isnin Bertempat di Lobi Utama Jabatan Kehakiman Syariah Pahang, Kompleks Syariah Al-Sultan Abdullah Bandar Indera Mahkota. Telah berlangsungnya Peluncuran Program Kasih Ramadan 1445H. Program dimulakan dengan ucapan ringkas dari YA TUAN BORHAN BIN HUSSIN, AMP (Pengerusi KRISPA) dan rasmikan oleh YAA.DATO’ HAJI ABDUL WALID BIN HAJI ABU HASSAN,DIMP., DSPN., SAP., PJK. (Ketua Hakim Syarie Negeri Pahang)

Program ini terbuka kepada semua dermawan yang sudi memberi sumbangan. Objektif program adalah untuk memberi peluang kepada para dermawan untuk menyampaikan sumbangan mereka dalam bentuk barang keperluan harian seperti makanan. program ini telah bermula dari 15 Mac 2024 dan dijangka berakhir pada 1 April 2024. semua sumbangan akan di agihkan kepada Madrasah Qur'an Sirajul Mukhlasin Permatang Badak Jaya Kuantan Pahang.

Sumbangan boleh diletakkan di Rak pengumpulan di Ruang Lobi Utama JKSP yang telah disediakan oleh pihak KRISPA. Pihak KRISPA mengucapkan Terima Kasih diatas sumbangan yang anda telah dan akan berikan. Semoga setiap sumbangan yang Tuan/Puan berikan dikira sebagai amal jariah yang memberikan pahala yang berterusan hingga ke akhirat. Semoga Allah SWT mengganjari Tuan/Puan dengan sebaik-baik ganjaran. InsyaAllah.

 
𝐏𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐆𝐈𝐓𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐃𝐎𝐊𝐔𝐌𝐄𝐍 𝐃𝐈 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌𝐀𝐍 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆
19 Mac 2024, 8 Ramadan 1445 H, Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat 4, Kompleks Syariah Al- Sultan Abdullah, Bandar Indera Mahkota . Telah berlangsungnya Pembentangan Perkhidmatan Pendigitalan Dokumen di Jabatan kehakiman Syariah Pahang oleh Pegawai dari Percetakan Nasional Berhad(PNB).
Pembentangan diketuai oleh Puan Fazila binti Supian dan Encik Muhammad Nasri bin Sulaiman, Pegawai dari PNB Kuala Lumpur dan juga Puan Norazasmira binti Osman dan Encik Syahir bin Muhammad Anis pegawai dari PNB Kuantan.
Pembentangan di bertujuan memberi pendedahan ke arah sistem pengurusan dokumen yang efisien dan memberi perkhidmatan yang cepat kepada pelanggan di mana imej dokumen boleh dirujuk semula dan boleh dicapai dimana sahaja dengan kawalan keselamatan yang terdapat dalam sistem yang diadakan.
Pembentangan ini di hadiri oleh YAA.Ketua Hakim Syarie, Ketua Pendaftar ,Penolong pengarah pentadbiran , JKSP, serta pegawai dan kakitangan JKSP.
 
𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐆𝐔𝐀𝐌𝐀𝐍 (𝐉𝐁𝐆) 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐅𝐓𝐀𝐑 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌𝐀𝐍 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆.
18 Mac 2024, 7 Ramadan 1445H. Isnin, bertempat di bilik mesyuarat utama JKSP telah berlangsungnya Kunjungan Hormat Jabatan Bantuan Guaman (JBG) Bersama ketua Pendafaftar JKSP.
Kunjungan telah dipengerusikan oleh Tuan Ahmad Zaim bin Mohamed Hassim (KP JKSP) dan di hadiri oleh beberapa pegawai dari JBG dan JKSP.
Kunjungan ini telah diketuai oleh Puan Najwa bin Hashim (Pengarah JBG) juga disertai oleh wakil-wakil dari JBG Puan Safawati binti Ahmad Rohani (Pegawai syariah) dan Encik Muhamad Asri bin Remeli ( Penolong Pegawai Undang-Undang)
manakala wakil dari JKSP pula adalah Tuan Mustaqim bin Nordin (Pendaftar MTS Kuantan) dan Puan Rohana binti MD Isa (Penolong Pendaftar MRS Kuantan)
 
𝐏𝐄𝐑𝐁𝐈𝐍𝐂𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐃𝐈𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐁𝐔𝐇𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐔𝐍𝐓𝐄𝐑 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐄𝐏𝐀𝐃𝐔 (𝐎𝐍𝐄 𝐒𝐓𝐎𝐏 𝐂𝐄𝐍𝐓𝐑𝐄-𝐎𝐒𝐂) 𝐃𝐈 𝐌𝐓𝐒 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐑𝐒 𝐊𝐔𝐀𝐍𝐓𝐀𝐍
14 mac 2024, 3 Ramadan 1445H. Khamis, Bilik Mesyuarat Utama Tingkat 4 , Kompleks Syariah Al-Sultan Abdullah, Bandar Indera Mahkota. Telah berlangsungnya Perbincangan penubuhan Kaunter Bersepadu bagi MTS dan MRS Kuantan Bilangan 1 Tahun 2024 yang telah dipengerusikan oleh TUAN AHMAD ZAIM BIN MOHAMED HASSIM (Ketua Pendaftar JKSP). Ucapan Aluan telah diberikan oleh YAA.DATO’HAJI ABDUL WALID BIN HAJI ABU HASSAN,DIMP., DSPN., SAP., PJK. Ketua Hakim Syarie Pahang
 
𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐁𝐔𝐇𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐇𝐊𝐀𝐌𝐀𝐇 𝐔𝐓𝐀𝐌𝐀 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐈𝐋𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝟏 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒
11 Mac 2024, 30 Syaaban 1445H | Jumaat, Bilik Mesyuarat Utama Tingkat 4 , Kompleks Syariah Al-Sultan Abdullah, Bandar Indera Mahkota. Telah berlangsungnya Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penubuhan Mahkamah Utama Syariah Pahang Bilangan 1 Tahun 2024 yang telah dipengerusikan oleh Dato' Saiful Edris bin Zainuddin, DSAP. YB. Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang.
 
𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐀𝐉𝐊 𝐊𝐑𝐈𝐒𝐏𝐀 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌𝐀𝐍 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆
08 Mac 2024, 27 Syaaban 1445H | Jumaat, Bilik Perbincangan Tingkat 3 , Kompleks Syariah Al-Sultan Abdullah, Bandar Indera Mahkota. Telah berlangsungnya Mesyuarat AJK KRISPA bagi tahun 2024. Mesyuarat ini membincangkan perancangan Aktiviti KRISPA bagi tahun 2024
 
𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐀𝐆𝐔𝐍𝐆 𝐊𝐑𝐈𝐒𝐏𝐀 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌𝐀𝐍 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒
08 Mac 2024, 27 Syaaban 1445H | Jumaat, Dewan Bicara Mahkamah Rayuan Syariah Pahang, Kompleks Syariah Al-Sultan Abdullah, Bandar Indera Mahkota.
Telah berlangsungnya Mesyuarat Agung KRISPA bagi tahun 2024. Mesyuarat agung telah dipengerusikan oleh pengerusi KRISPA YA TUAN BORHAN BIN HUSSIN dah dihadiri oleh ahli-ahli KRISPA dari seluruh daerah. Mesyaurat kali ini telah meluluskan beberapa usul yang dibawa oleh AJK adn ahli KRISPA melalui kaedah undian.
AJK KRIPSA mengucapkan terima kasih kepada kesemua ahli yang menghadiri mesyuarat agung kali ini.
 
𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐍𝐓𝐈𝐍𝐆 𝐏𝐑𝐎𝐌𝐎𝐒𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐇𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐈𝐍𝐒𝐈𝐏 𝟔𝐀 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌𝐀𝐍 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆
08 Mac 2024, 27 Syaaban 1445H | Jumaat, Dewan Bicara Mahkamah Rayuan Syariah Pahang, Kompleks Syariah Al-Sultan Abdullah, Bandar Indera Mahkota. Penyerahan Bunting Promosi 6A oleh YAA Ketua Hakim Syarie Pahang kepada semua Ketua Unit dan bahagian di JKSP untuk dipamirkan di lokasi masing-masing.
 
𝐏𝐄𝐋𝐔𝐍𝐂𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐈𝐍𝐒𝐈𝐏 𝟔𝐀 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌𝐀𝐍 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐇𝐈𝐌𝐏𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌𝐀𝐍 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐈𝐋 𝟏/𝟐𝟎𝟐𝟒
08 Mac 2024, 27 Syaaban 1445H | Jumaat, Dewan Bicara Mahkamah Rayuan Syariah Pahang, Kompleks Syariah Al-Sultan Abdullah, Bandar Indera Mahkota. Telah berlangsungnya Sesi Peluncuran Prinsip 6A Jabatan Kehakiman Syariah Pahang sempana majlis Perhimpuan Bulanan JKSP bil 1 tahun 2024.
Prinsip 6A JKSP telah dilancarkan oleh YAA.DATO’HAJI ABDUL WALID BIN HAJI ABU HASSAN,DIMP., DSPN., SAP., PJK. Ketua Hakim Syarie Pahang.
Prinsip 6A ini adalah : Accessible by Anyone at Anytime, Anywhere by Using Any Devices for Anything, yang mana secara ringkasannya adalah keboleh diakses oleh sesiapa sahaja pada bila-bila masa dimana-mana sahaja dengan sebarang peranti untuk apa sahaja yang berkaitan dengan tugasan kerja.
 
𝐏𝐄𝐑𝐇𝐈𝐌𝐏𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌𝐀𝐍 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐈𝐋 𝟏/𝟐𝟎𝟐𝟒
08 Mac 2024, 27 Syaaban 1445H | Jumaat, Dewan Bicara Mahkamah Rayuan Syariah Pahang, Kompleks Syariah Al-Sultan Abdullah, Bandar Indera Mahkota. Telah berlangsungnya majlis Perhimpuan Bulanan JKSP bil 1 tahun 2024. Perhimpunan bulanan ini telah dipengerusikan oleh YAA.DATO’HAJI ABDUL WALID BIN HAJI ABU HASSAN,DIMP., DSPN., SAP., PJK. Ketua Hakim Syarie Pahang.
Tujuan diadakan Perhimpunan Bulanan ini adalah untuk memberi ruang kepada YAA Ketua Hakim syarie Pahang menyampaikan amanat serta nasihat beliau kepada semua Pegawai dan kakitangan JKSP secara langsung.
 
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐎𝐍𝐆𝐒𝐈𝐀𝐍 𝐈𝐋𝐌𝐔- 𝐇𝐈𝐊𝐌𝐀𝐇 𝐏𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐒𝐔𝐃𝐔𝐓 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍
08 Mac 2024, 27 Syaaban 1445H | Jumaat, Dewan Bicara Mahkamah Rayuan Syariah Pahang, Kompleks Syariah Al-Sultan Abdullah, Bandar Indera Mahkota.
Telah berlangsungnya majlis perkongsian ilmu bertajuk Ceramah Hikmah Puasa Dari Sudut Kesihatan oleh Puan Susilia binti Sinnar, Pegawai Sains (Pemakanan) ,Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan
sempena Program Ihya' Ramadan Jabatan Kehakiman Syariah Pahang. Ketua Hakim Syarie Negeri Pahang dan Warga JKSP mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan diatas kesudian perkongsian ilmu berkaitan pemakanan dan kesihatan di jabatan ini.
 
𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐒𝐔𝐋𝐇, 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐈𝐃𝐈𝐊 & 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐅𝐓𝐀𝐑 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌𝐀𝐍 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆. 𝐁𝐈𝐋 𝟏 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒 𝐃𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐓𝐔𝐍𝐆𝐆𝐀𝐊𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌𝐀𝐍 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆. 𝐁𝐈𝐋 𝟏 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒
7 Mac 2024, 26 syaaban 1445H, Khamis Bilik Mesyuarat Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan. Sebelah paginya telah berlangsung Mesyuarat Pegawai Sulh, Pegawai Penyelidik dan pendaftar bil 1/20024. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Tuan Ahmad Zaim Bin Mohamed Hassim (Ketua Pendaftar JKSP).
Manakala sebelah petangnya pula telah berlangsungnya Bengkel Tunggakkan kes JKSP Bil1/2024 yang juga dipengerusikan oleh Tuan Ahmad Zaim Bin Mohamed Hassim
 
𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐔𝐋𝐀 𝐊𝐀𝐄𝐃𝐀𝐇-𝐊𝐀𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐓𝐀𝐓𝐀𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐌𝐀𝐋 𝐌𝐀𝐇𝐊𝐀𝐌𝐀𝐇 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇 (𝐒𝐔𝐋𝐇) 𝟐𝟎𝟎𝟓 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐈𝐋 𝟏/𝟐𝟎𝟐𝟒
Kuantan, 05 - 06 MAC 2024 / 24 - 25 SYAABAN 1445, Selasa-Rabu. Satu Bengkel yang melibatkan Pegawai Sulh dan Pendaftar Mahkanah Syariah Pahang telah diadakan di Bilik Mesyuarat Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan.
Bengkel tersebut telah dipengerusikan oleh Tuan Ahmad Zaim bin Mohamed Hassim Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Pahang selain turut hadir bersama Puan Maimun binti Mohd Penolong Penasihat Undang-Undang Negeri (Syariah).
Bengkel ini diadakan adalah sebagai wacana perbincangan dan pentas bagi Pegawai Sulh dan Pendaftar Mahkamah Syariah Pahang bersama Ketua Pendaftar dan Penolong Penasihat Undang-Undang Negeri (Syariah) bagi bertukar-tukar pandangan, mencadangkan penambahbaikan terutama dalam membuat semakan semula Kaedah-Kaedah Tatacara Mal Mahkamah Syariah (SULH) 2005.
 
𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐀𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐀𝐌𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌𝐀𝐍 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐈𝐋 𝟏 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒
4 Mac 2024, 23 Syaaban 1445H, Isnin. Bilik Mesyuarat Pejabat Agama Islam Bentong. Telah berlangsungnya Mesyuarat Jawatankuasa Arahan Amalan JKSP Bil 1/2024. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Puan Nurul Nashrah Binti Abdul Halim, Pegawai Sulh Kanan JKSP.
 
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐋𝐈𝐓𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐔𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆-𝐔𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆 / 𝐊𝐋𝐈𝐍𝐈𝐊 𝐆𝐔𝐀𝐌𝐀𝐍
𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐧𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐆𝐮𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐏𝐚𝐡𝐚𝐧𝐠 𝐃𝐚𝐫𝐮𝐥 𝐌𝐚𝐤𝐦𝐮𝐫
𝐒𝐈𝐕𝐈𝐋
1. Perceraian (Bukan Islam)
2. Kemalangan Jalan Raya
3. Pengangkatan
4. Pusaka Kecil
5. Surat Kuasa Mentadbir
6. Akta Pemberi Pinjam Wang
7. Sewaan & Tuntutan Penggun
8. Pengakuan Salah Jenayah
9. Pendamping Guaman
𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇
1. Penceraian
2. Jagaan Anak
3. Harta Sepencarian
4. Nafkah
5. Mutaah
6. Hibah/Wasiat
𝐓𝐄𝐌𝐏𝐀𝐓 : 𝐌𝐀𝐇𝐊𝐀𝐌𝐀𝐇 𝐑𝐄𝐍𝐃𝐀𝐇 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐊𝐀𝐍
𝐓𝐀𝐑𝐈𝐊𝐇 : 𝟎𝟔 𝐌𝐀𝐂 𝟐𝟎𝟐𝟒 (𝐑𝐀𝐁𝐔)
𝐌𝐀𝐒𝐀 : 𝟏𝟎.𝟎𝟎 𝐏𝐀𝐆𝐈 -𝟑.𝟎𝟎 𝐏𝐄𝐓𝐀𝐍𝐆
Tel : 09-5161135 | 09-5162639
𝐁𝐚𝐲𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐤𝐡𝐢𝐝𝐦𝐚𝐭 𝐧𝐚𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭 𝐡𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐑𝐌 𝟏𝟎.𝟎𝟎 𝐬𝐚𝐡𝐚𝐣𝐚
 
𝗕𝗘𝗡𝗚𝗞𝗘𝗟 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗥𝗨𝗦𝗔𝗡 𝗞𝗛𝗜𝗗𝗠𝗔𝗧 𝗡𝗔𝗦𝗜𝗛𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧 𝗔𝗚𝗔𝗠𝗔 𝗜𝗦𝗟𝗔𝗠 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗣𝗔𝗛𝗔𝗡𝗚 𝗗𝗔𝗥𝗨𝗟 𝗠𝗔𝗞𝗠𝗨𝗥 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟰𝗠 / 𝟭𝟰𝟰𝟱𝗛
JERANTUT, 28 Februari 2024M / 18 Syaaban 1445H
Satu Bengkel Pengurusan Khidmat Nasihat Pejabat Agama Islam Daerah, Negeri Pahang Darul Makmur telah diadakan atas anjuran Bahagian Pembangunan Keluarga, Jabatan Agama Islam Pahang bermula pada 26 hingga 28 Februari 2024 di Hotel Darul Makmur, Jerantut, Pahang Darul Makmur.
Bengkel ini yang disertai seramai 39 orang Pegawai Khidmat Nasihat dari Pejabat Agama Islam Daerah telah dirasmikan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga JAIP, En. Mohd Rasmawi bin Harun, AAP,. AMP, turut hadir Timbalan Qadhi Daerah Jerantut, Ustaz Wan Muhammad Azrul bin Wan Adnan.
Objektif bengkel ini adalah :
1. Meningkatkan kompetensi Pegawai Khidmat Nasihat Jabatan Agama Islam Pahang.
2. Memberi pendedahan kepada Pegawai Khidmat Nasihat tentang penulisan laporan sesi khidmat nasihat yang betul.
3. Menyeragamkan pengurusan khidmat nasihat di Pejabat Agama Islam Daerah
Bengkel selama 3 hari 2 malam ini mengandungi 6 slot pengisian :
Slot 1 : Cadangan Penambahbaikan Pengurusan Khidmat Nasihat JAIP/PAID oleh Us. Wan Husaimi bin Wan Amran
Penolong Pengarah Unit Pengurusan Khidmat Nasihat Bahagian Pembangunan Keluarga JAIP
Slot 2 : Kaedah Penulisan Pelaporan Sesi Khidmat Nasihat - Mahkamah Syariah
Oleh : 𝐏𝐮𝐚𝐧 𝐑𝐨𝐡𝐚𝐧𝐚 𝐛𝐢𝐧𝐭𝐢 𝐌𝐝 𝐈𝐬𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐓𝐮𝐚𝐧 𝐒𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮𝐝𝐢𝐧 𝐛𝐢𝐧 𝐙𝐚𝐢𝐧𝐢, 𝐏𝐞𝐧𝐨𝐥𝐨𝐧𝐠 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐚𝐟𝐭𝐚𝐫 𝐊𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐡𝐤𝐚𝐦𝐚𝐡 𝐒𝐲𝐚𝐫𝐢𝐚𝐡 𝐊𝐮𝐚𝐧𝐭𝐚𝐧
Slot 3 & 4 Kaedah Penulisan Pelaporan Sesi Khidmat Nasihat - LPPKN
Oleh: Puan Siti Asmad binti Zakarni
Pegawai Psikologi LPPKN
Slot 5 : Kemahiran Kaunseling
Oleh : En Muhammad Syaiful Izzhar bin Zulkifli
Pegawai Psikologi Masjid Negeri Sultan Ahmad 1
Slot 6: Aduan Khidmat Nasihat Dalam Sistem e-Munakahat
Oleh: Us. Mohd Taib bin Rabu
Penolong Pengarah
Unit Pengurusan Nikah Cerai dan Rujuk
Bahagian Pembangunan Keluarga JAIP.
Kursus ini telah diurusetiakan oleh Bahagian Pembangunan Keluarga, JAIP
 
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐄𝐓𝐀 𝐏𝐑𝐎𝐓𝐎𝐍 𝐈𝐍𝐒𝐏𝐈𝐑𝐀 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐅𝐓𝐀𝐑 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌𝐀𝐍 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆
1 Mac 2024, 20 Syaaban 1445H, Jumaat, Lobi utama Ibu Pejabat JKSP. Kompleks Syariah Al-Sultan Abdullah, Bandar Indera Mahkota. telah berlangsungnya majlis ringkas penyerahan kenderaan kepada Ketua Pendaftar JKSP, TUAN AHMAD ZAIM BIN MOHAMED HASSIM.
Majlis penyerahan kereta Proton Inspira ini dimulakan dengan ucapan dari YAA.DATO’ HAJI ABDUL WALID BIN HAJI ABU HASSAN,DIMP., DSPN., SAP., PJK. Ketua Hakim Syarie Negeri Pahang dan dihadiri oleh pegawai serta kakitangan ibu pejabat JKSP.
 
 
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐔𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐊𝐞𝐥𝐚𝐡𝐢𝐫𝐚𝐧
Kelab Kebajikan Dan Rekreasi Jabatan Kehakiman Syariah Pahang (KRISPA) Mengucapkan Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran Kepada (Kelahiran Bulan Mei )
𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐍𝐀𝐒𝐈𝐑 𝐁𝐈𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆, 𝟗 𝐌𝐄𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟒
𝐄𝐍𝐂𝐈𝐊 𝐌𝐎𝐇𝐃 𝐒𝐘𝐀𝐇𝐑𝐔𝐋 𝐇𝐀𝐅𝐈𝐒 𝐁𝐈𝐍 𝐙𝐔𝐋𝐊𝐈𝐅𝐋𝐄, 𝟏𝟓 𝐌𝐄𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟒
𝐄𝐍𝐂𝐈𝐊 𝐍𝐎𝐑𝐀𝐙𝐋𝐈 𝐁𝐈𝐍 𝐒𝐇𝐀𝐇𝐀𝐃𝐀𝐍, 𝟏𝟕 𝐌𝐄𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟒
𝐏𝐔𝐀𝐍 𝐑𝐎𝐇𝐀𝐍𝐀 𝐁𝐈𝐍𝐓𝐈 𝐌𝐃.𝐈𝐒𝐀, 𝟐𝟕 𝐌𝐄𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟒
𝐄𝐍𝐂𝐈𝐊 𝐌𝐎𝐇𝐃 𝐅𝐀𝐈𝐙𝐀𝐋 𝐁𝐈𝐍 𝐀𝐁𝐃𝐔𝐋 𝐌𝐔𝐓𝐀𝐋𝐈𝐁, 𝟐𝟖 𝐌𝐄𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟒
𝐏𝐔𝐀𝐍 𝐓𝐔𝐓𝐘 𝐋𝐈𝐍𝐀 𝐁𝐈𝐍𝐓𝐈 𝐍𝐀𝐙𝐀𝐑, 𝟑𝟏 𝐌𝐄𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟒
Semoga sentiasa di bawah
lindungan rahmatNya,
dikurniakan keberkatan Allah
serta diluaskan pintu-pintu rezeki.
𝐈𝐤𝐡𝐥𝐚𝐬 𝐃𝐚𝐫𝐢 𝐀𝐉𝐊 & 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐞𝐫𝐮𝐬𝐢 𝐊𝐑𝐈𝐒𝐏𝐀
𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐁𝐎𝐑𝐇𝐀𝐍 𝐁𝐈𝐍 𝐇𝐔𝐒𝐒𝐈𝐍,𝐀𝐌𝐏
 
𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐅𝐈𝐓𝐑𝐈 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌𝐀𝐍 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆 𝟐𝟎𝟐4/𝟏𝟒𝟒5𝐇
30 April 2024/1445H Khamis bertempat di Perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Jerantut .
Alhamdulillah... Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Kehakiman Syariah Pahang 2024/1445H telah diadakan dengan baik dan jayanya serta berjalan dengan lancar.
Majlis Sambutan Hari Raya kali ini telah dijayakan oleh kerja keras daripada pegawai dan kakitangan MRS Jerantut selaku tuan rumah majlis ini yang mana ia diketuai oleh Hakim MRS Jerantut Tuan Nor Hisham Bin Ahmad serta sokongan padu dari AJK KRISPA dengan kerjasama daripada pihak pengurusan, semua mahkamah Syariah Daerah , dan seluruh staff JKSP dan ahli KRISPA termasuk Unit Polis JKSP dan Rela yang turut sama terlibat.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua tetamu jemputan yang hadir terutamanya pesara - pesara JKSP, Pegawai Kakitangan Yang telah bertukar kejabatan lain, Jabatan-Jabatan Kerajaan sekitar MRS Jerantut juga turut sama hadir bagi memeriahkan lagi majlis sambutan hari raya JKSP.
Terima kasih juga kepada Ketua Hakim Syarie Pahang YAA.Dato’ Haji Abdul Walid Bin Haji Abu Hassan dan Tuan Borhan bin Hussin Pengerusi KRISPA atas sokongan beliau untuk menjayakan majlis ini. Dan terima kasih kepada seluruh warga JKSP .Tahniah kepada MRS Jerantut..
 
𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐊𝐋𝐈𝐌𝐀𝐓 𝐊𝐀𝐔𝐍𝐓𝐄𝐑 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐄𝐏𝐀𝐃𝐔 (𝐎𝐍𝐄 𝐒𝐓𝐎𝐏 𝐂𝐄𝐍𝐓𝐑𝐄 - 𝐎𝐒𝐂 ) 𝐃𝐈 𝐌𝐀𝐇𝐊𝐀𝐌𝐀𝐇 𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐇𝐊𝐀𝐌𝐀𝐇 𝐑𝐄𝐍𝐃𝐀𝐇 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇 𝐊𝐔𝐀𝐍𝐓𝐀𝐍.
24-25 April 2024, Bertempat di Makmal ICT, Perbadanan Perpustakaan Negeri Pahang telah berlansungnya Kursus dan taklimat Kaunter Bersepadu (One Stop Centre - OSC) di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah Syariah Kuantan.
Kursus ini betujuan untuk mendedahkan kepada semua kakitangan yang terlibat berkaitan perjalanan kaunter bersepadu yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat ini.
Dalam masa yang sama, taklimat berkaitan pendaftaran kes juga telah didedahkan kepada kakitangan yang akan menjalankan tugas di kaunter pendaftaran.
 
𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐊𝐀𝐃𝐄𝐌𝐈𝐊 𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆 𝐀𝐋-𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐁𝐃𝐔𝐋𝐋𝐀𝐇, 𝐆𝐀𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆.
22 April 2024, Isnin, Bertempat di Kompleks Syariah Al-Sultan Abdullah , telah berlangsungnya Lawatan Akademik oleh Pelajar-pelajar dari Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, Gambang.
Lawatan akademik ini telah dihadiri oleh 32 orang Pelajar dan seorang pensyarah pengiring diketuai oleh YBrs. Dr. Mohamad Hilmi bin Mat Said.
Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan dan pengalaman kepada para pelajar secara langsung berkaitan prosedur kes di Mahkamah Rendah Syariah dan Mahkamah Tinggi Syariah kepada Pelajar. Ia juga untuk mendedahkan para pelajar dengan pengetahuan mengenai sistem kehakiman dan perundangan syariah di Malaysia terutamanya di negeri Pahang. Selain itu,lawatan ini juga penting bagi menyediakan satu platform kepada para pelajar untuk menimba pengalaman yang berguna sekaligus meningkatkan motivasi mereka untuk meceburi bidang pekerjaan dan profesion yang ditawarkan dalam jurusan undang-undang syariah.
Taklimat awal telah diberikan oleh Puan Nor Aidillah Binti Harun, Pegawai Penyelidik Ketua Hakim Syarie dan seterusnya pelajar berpeluang mengikuti secara lansung perbicaraan dan sebutan kes di Mahkamah Rendah dan Mahkamah Tinggi Syariah. Pelajar juga berkesempatan mendapatkan pendedahan kes di Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan dan berinteraksi secara langsung bersama Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, YA Dato’ Haji Muhammad Azhari bin Abdul Rahman.
Diharapkan agar segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh melalui sesi lawatan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh para pelajar. JKSP mengucapkan terima kasih kepada Pihak Jabatan Pengajian Undang-undang Pusat Asasi , UIAM kerana memilih JKSP untuk sesi lawatan para pelajar.
 
𝐌𝐔𝐙𝐀𝐊𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌𝐀𝐍 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐈𝐋 𝟏/𝟐𝟎𝟐𝟒
Aktiviti Riadah sempena Muzakarah : taman Negara merupakan satu tempat percutian di Pahang yang popular dan merupakan hutan simpan terbesar di Semenanjung Malaysia. Bercuti ke sini pasti menjanjikan aktiviti yang mencabar dengan tarikan alam flora dan fauna yang berusia lebih 150 juta tahun yang pasti membuatkan pelancong terpukau dengan keindahannya. Pengunjung boleh ke Taman Negara Pahang ini sama ada melalui jalan darat ataupun merasai pengalaman menaiki bot menyusuri Sungai Kuala Tembeling. Perjalanan dengan bot sememangnya satu pengalaman yang lebih menarik untuk Taman Negara di Pahang ini dan kebiasaannya mengambil masa sehingga 3 jam lamanya.
Kalau datang ke Taman Negara jangan tak mencuba satu aktiviti menarik di sini yang paling popular iaitu menyusuri Titian Kanopi. Titian Kanopi ini merupakan yang paling tinggi dan juga yang terpanjang di dunia. Jarak keseluruhannya menjangkau 500 meter dan tergantung lebih kurang dalam 45 meter dari permukaan tanah. Fakta yang menarik tentang Titian Kanopi Taman Negara ini ialah, ianya dibina tanpa menggunakan sebatang paku dan hanya menggunakan teknik yang tidak mendatangkan kecederaaan kepada pokok-pokok besar di sini. Memang nampaklah yang mereka menitikberatkan pelindungan hutan simpan ini.
 
𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐌𝐔𝐙𝐀𝐊𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌𝐀𝐍 𝐉𝐊𝐒𝐏 𝟐𝟎𝟐𝟒
17-19 April 2024, Rabu-Jumaat Bertempat di Xcape Resort Kuala Tahan, Jerantut Pahang telah berlangsungnya Muzakarah kehakiman JKSP bilangan 1 bagi tahun 2024. Muzakarah telah dipengerusikan oleh YAA.Dato’ Haji Abdul Walid Bin Haji Abu Hassan, Ketua Hakim Syarie Negeri Pahang.
 
𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐃𝐈𝐀𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐌𝐔𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐉𝐊𝐒𝐏
17 April 2024, Rabu. Bertempat di MRS Jerantut telah berlangsungnya mesyuarat dan lawatan tapak persediaan sambutan Aidilfitri JKSP yang dirancang akan di sambut di sini. mesyuarat yang berlangsung secara fizikal dan online ini telah dipengerusikan oleh Penaung KRISPA, YAA.Dato’ Haji Abdul Walid Bin Haji Abu Hassan dan disertai oleh AJK KRISPA dan pegawai serta kakitangan MRS Jerantut.
 
𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐓𝐀𝐊𝐙𝐈𝐀𝐇
SELURUH WARGA JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PAHANG MENGUCAPKAN SALAM TAKZIAH BUAT USTAZAH JAMALIAH BINTI OTHMAN. PEMBANTU SYARIAH MTS TEMERLOH DAN SELURUH KELUARGA SERTA KENALAN DIATAS PEMERGIAN SUAMI TERCINTA SEBENTAR TADI.
إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن*
*Innalillahi wa inna ilaihi raji'un*
‎ *اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْف*
*“Allahumma firlahu warhamhu wa`afihi wa`fu`anhu"*
_*"Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dia.."*_
*ALFATIHAH*
‎ *بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ*
*◄.اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ
عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ.. آمِّين*
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
 
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐁𝐄𝐑𝐁𝐔𝐊𝐀 𝐏𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐑𝐈𝐒𝐏𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟒 | 𝟏𝟒𝟒𝟓𝐡
5 April 2024, 25 Ramadan 1445H, Jumaat.Telah berlangsungnya Majlis Berbuka Puasa dan Solat Tarawih di ibu pejabat JKSP. majlis berbuka puasa juga diserikan dengan pemberian duit raya kepada anak-anak Pegawai, kakitangan di JKSP yang telah disampaikan sediri oleh YAA.Dato’ Haji Abdul Walid Bin Haji Abu Hassan, Ketua Hakim Syerie, Jabatan Kehakiman Syariah Pahang dan isteri YAA, Datin Shaterah Annujma.
Dikesempatan ini, pihak AJK KRISPA mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli-ahli dan keluarga yang sudi menjayakan program berbuka puasa pada tahun ini. Antara lain pengisian Majlis hari ini adalah Pembayaran Zakat Firtrah, iftar, Solat maghrib, solat isyak & solat tarawih berjemaah. Imam bagi solat tarawih adalah adik Syed muhammad naimullah bin syed nordin pelajar latihan industri di Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan.
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐁𝐄𝐑𝐁𝐔𝐊𝐀 𝐏𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐑𝐈𝐒𝐏𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟒 𝟏𝟒𝟒𝟓𝐡 (𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐔𝐈𝐓 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐀𝐍𝐀𝐊-𝐀𝐍𝐀𝐊 𝐀𝐇𝐋𝐈 𝐊𝐑𝐈𝐒𝐏𝐀)
5 April 2024, 25 Ramadan 1445H, Jumaat. Telah berlangsungnya Majlis Berbuka Puasa dan Solat Tarawih di ibu pejabat JKSP. majlis berbuka puasa juga diserikan dengan pemberian duit raya kepada anak-anak Pegawai, kakitangan di JKSP yang telah disampaikan sediri oleh YAA.Dato’ Haji Abdul Walid Bin Haji Abu Hassan, Ketua Hakim Syerie, Jabatan Kehakiman Syariah Pahang dan isteri YAA, Datin Shaterah Annujma.
 
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐊𝐇𝐀𝐓𝐀𝐌 𝐀𝐋 𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 & 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐑𝐈𝐒𝐏𝐀
5 April 2024, 25 Ramadan 1445H, Jumaat. Bertempat di Surau Jabatan Kehakiman Syariah Pahang, Kompleks Syariah Al-Sultan Abdullah, Bandar Indera Mahkota telah berlangsungnya Majlis Khatam Al-Quran serta majlis penyerahan subangan Aidilfitri kepada Ahli Krispa.
Program telah dimulai dengan kata-kata aluan dari YA Tuan Borhan Bin Hussin (Pengerusi KRISPA ) kemudian diteruskan dengan perkongsian ilmu oleh YAA Ketua Hakim Syarie Pahang.
Program Khatam Al-quran kali ini disertai oleh semua pegawai serta kakitangan Ibu Pejabat Jabatan Kehakiman Syariah Pahang juga disertai oleh Anggota Polis serta Rela dan pelajar latihan industeri di Ibu Pejabat JKSP.
KRISPA mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program kali ini.
 
𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀-𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐅𝐓𝐀𝐑 𝐌𝐀𝐇𝐊𝐀𝐌𝐀𝐇 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇 𝐒𝐄𝐋𝐔𝐑𝐔𝐇 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐊𝐀𝐋𝐈 𝐊𝐄-𝟕𝟓 𝐁𝐈𝐋.𝟏 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒
Mohd Nur Assyarif, 3 April 2024, 10.20 Pagi
𝐏𝐔𝐓𝐑𝐀𝐉𝐀𝐘𝐀 | Mesyuarat Ketua-Ketua Pendaftar Mahkamah Syariah Seluruh Malaysia Kali Ke-75 Bil. 2 Tahun 2024 telah diadakan secara dalam talian melalui aplikasi Google Meet pada 1 April 2024.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Haji Nassir bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia ini bertujuan untuk menyelaras dan menyeragamkan pentadbiran pengurusan kes, kehakiman dan perundangan di Mahkamah Syariah seluruh Malaysia.
Selain itu, mesyuarat ini merupakan platform terbaik untuk Ketua-ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Negeri (JKSN)/ Mahkamah Syariah Negeri (MSN) berkongsi idea dan pandangan berhubung hal ehwal pentadbiran Mahkamah Syariah di negeri masing-masing. Sehubungan dengan itu, pihak UNHCR dijemput bagi menyampaikan taklimat berkenaan isu-isu pelarian dan perundangan Syariah.
Mesyuarat yang berlangsung selama sehari ini melibatkan semua Ketua-ketua Pendaftar JKSN/ MSN seluruh Malaysia dan turut dihadiri oleh Tuan Mohamad Zakian bin Dio, Pengarah Kanan Kehakiman JKSM, Pengarah-Pengarah Bahagian JKSM, Ketua Unit dan pegawai-pegawai kanan JKSM.
𝑩𝒂𝒉𝒂𝒈𝒊𝒂𝒏 𝑷𝒆𝒏𝒅𝒂𝒇𝒕𝒂𝒓𝒂𝒏, 𝑲𝒆𝒖𝒓𝒖𝒔𝒆𝒕𝒊𝒂𝒂𝒏 𝒅𝒂𝒏 𝑹𝒆𝒌𝒐𝒅
𝑱𝒂𝒃𝒂𝒕𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒉𝒂𝒌𝒊𝒎𝒂𝒏 𝑺𝒚𝒂𝒓𝒊𝒂𝒉 𝑴𝒂𝒍𝒂𝒚𝒔𝒊𝒂


𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐌𝐀𝐃𝐑𝐀𝐒𝐀𝐇 𝐐𝐔𝐑'𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐑𝐀𝐉𝐔𝐋 𝐌𝐔𝐊𝐇𝐋𝐀𝐒𝐈𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐀𝐃𝐀𝐊 𝐉𝐀𝐘𝐀 𝐊𝐔𝐀𝐍𝐓𝐀𝐍
4 April 2024, 24 Ramadan 1445H, Khamis bertempat di Madrasah Qur'an Sirajul Mukhlasin Permatang Badak Jaya Kuantan telah berlangsungnya majlis ringkas penyerahan sumbangan dari program Kasih Ramadan anjuran KRISPA JKSP. Program sumbangan ramadan ini adalah salah satu program khidmat sosial tahunan yang di anjurkan oleh KRISPA bagi membantu komuniti setempat yang memerlukan sumbangan.
Lawatan bagi penyerahan sumbangan kepada Madrasah Qur'an Sirajul Mukhlasin pada hari ini telah diketui oleh YAA.Dato’ Haji Abdul Walid Bin Haji Abu Hassan,DIMP., DSPN., SAP., PJK. Ketua Hakim Syarie Pahang selaku Penaung KRISPA. Teristimewanya pada tahun ini Progam ini telah disertai bersama oleh PUSPANITA JKSP yang dipengerusikan oleh Datin Shaterah Annujma binti Haji Ismail.
Selain sumbangan dalam bentuk keperluan harian dan sedikit wang ringgit. PUSPANITA yang diwakili oleh Datin Shaterah Annujma juga telah menyampaikan duit raya kepada anak-anak pelajar berkenaan.
Semoga program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa-masa akan datang, disini juga Pihak AJK KRISPA ingin mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua dermawan yang telah menyertai program SUMBANGAN KASIH RAMADAN Anjuran KRISPA serta sudi berkongsi rezeki bersama anak-anak syurga dari Madrasah Qur'an Sirajul Mukhlasin Permatang Badak Jaya Kuantan Pahang. Semoga Allah memberkati setiap wang ringgit yang telah dibelanjakan dan Allah membalasnya Syurga.
FB: Madrasah Qur'an Sirajul Mukhlasin Permatang Badak Jaya Kuantan : https://www.facebook.com/profile.php?id=100087241131318
𝐓𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇.
 
𝐏𝐄𝐍𝐄𝐌𝐏𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐊𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀 𝐊𝐀𝐊𝐈𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌𝐀𝐍 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆

𝐏𝐄𝐍𝐄𝐌𝐏𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐍𝐆𝐊𝐔𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇 𝐆𝐑𝐄𝐃 𝐋𝐒 𝟒𝟒

1 April 2024, Isnin 21 Ramadan 1445H Penempatan dan Pertukaran pegawai serta Kakitangan JKSP.

1. Tuan Mustaqim bin Nordin ditempatkan sebagai Hakim Mahkamah Rendah Syariah Rompin
2. Tuan Muhammad Syazwan bin Karim ditempatkan sebagai Hakim Mahkamah Rendah Syariah Cameron Highlands
3. Puan Farhana binti Md. Yusop ditempatkan sebagai Hakim Hakim Mahkamah Rendah Syariah Bentong
𝐏𝐄𝐍𝐔𝐊𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐊𝐈𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍
1. Tuan Samsul bin Kamaruddin bertukar ke Hakim, Mahkamah Rendah Syariah Bera
2. Tuan Mohd Nasir bin Awang bertukar ke Hakim, Mahkamah Rendah Syariah Raub
3. Tuan Huzaifah bin Amin bertukar ke Pendaftar, Mahkamah Tinggi Syariah Bentong
4. Tuan Aufa bin Mohamed Saballah bertukar ke Pendaftar, Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan
5. Encik Ahmad Zamil bin Mohd Maámon Bertukar ke Pembantu Pegawai syariah,Mahkamah Tinggi Syariah Bentong
𝐀𝐊𝐓𝐈𝐕𝐈𝐓𝐈 𝐔𝐍𝐈𝐓 𝐑𝐄𝐊𝐎𝐃 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌𝐀𝐍 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆 :
29 - 30 Mei 2024, bertempat di MRS Raub telah berlangsungnya Aktiviti Pengasingan fail Fungsian ( Mal dan Jenayah ), Pentadbiran Am dan Dokumen Kewangan bagi tujuan Pelupusan.
Unit Rekod JKSP dengan kerjasama kakitangan MRS Raub telah menjalankan Aktiviti ini bersama-sama selama 2 hari. Unit Rekod mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam membantu dan memudahkan urusan pengasingan ini.
 
𝐀𝐊𝐓𝐈𝐕𝐈𝐓𝐈 𝐔𝐍𝐈𝐓 𝐑𝐄𝐊𝐎𝐃 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌𝐀𝐍 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆 :
23 Mei 2024, bertempat di Unit Rekod telah berlangsungnya Aktiviti Pengasingan fail Fungsian Mal MTS Kuantan bagi tujuan Pelupusan.
Unit Rekod JKSP dengan kerjasama pelajar praktikal telah menjalankan Aktiviti ini bersama-sama. Unit Rekod mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam membantu dan memudahkan urusan pengasingan ini.
 
𝐓𝐀𝐊𝐋𝐈𝐌𝐀𝐓 𝐅𝐀𝐖𝐢𝐇𝐀 (𝐟𝐚𝐫𝐚𝐢𝐝 & 𝐰𝐚𝐥𝐢 𝐡𝐚𝐤𝐢𝐦) 𝐊𝐈𝐊 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌𝐀𝐍 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆
23 Mei 2024, 14 Zulkaedah 1445H, Khamis, bertempat di Shahzan Hotel Kuantan telah berlangsungnya taklimat FAWiHA. (FAWiHA) adalah kata singkatan daripada perkataan faraid & wali hakim. FAWiHA merupakan suatu kaedah penyelesaian kes dengan kadar segera yang diperkenalkan oleh pasukan Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) Jabatan Kehakiman Syariah Pahang iaitu kumpulan eMaximus.
Majlis dimulakan dengan ucapan dari Penaung KIK JKSP, YAA Ketua Hakim Syarie Pahang Dato' Abdul Walid bin Haji Abu Hassan dan disertai oleh Ahli KIK Jabatan Kehakiman Syariah Pahang. penerangan berkaitan halatuju KIK JKSP telah disampaikan oleh Puan Nurul Nashrah Binti Abdul Halim selaku Ketua Pasukan KIK JKSP dan juga Tuan Muhammad Syazwan Bin Karim.
 
𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐓𝐈 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐀𝐇 𝐎𝐑𝐆𝐀𝐍𝐈𝐒𝐀𝐒𝐈 (𝐎𝐀𝐂𝐏) 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌𝐀𝐍 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐈𝐋 𝟏 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒
20 & 21 Mei 2024,11 & 12 Zulkaedah 1445H, Isnin-Selasa. Bilik Mesyuarat Meranti, Hotel Mega View Kuantan. Telah berlangsung Bengkel Pembangunan Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) JKSP bil 1/2024.
Bengkel telah dipengerusikan oleh Ketua Hakim Syarie Negeri Pahang, Dato' Abdul Walid bin Haji Abu Hassan dan disertai oleh AJK OACP Jabatan Kehakiman Syariah Pahang. Tujuan diadakan Bengkel ini adalah untuk Menyediakan halatuju dan kerangka tindakan pencegahan rasuah yang berstruktur dan jelas selain mewujudkan sinergi antara pegawai dan kakitangan dalam memaksimakan penggunaan pelbagai sumber dan idea dalam tindakan pemantapan integriti, tadbir urus dan antirasuah, Selain itu dengan adanya OACP di JKSP diharapkan ia dapat meningkatkan integriti, akauntabiliti dan ketelusan dalam proses pentadbiran kerajaan sekaligus mengurangkan amalan rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa; secara tidak langsung dapat meningkatkan imej JKSP sebagai sebuah Jabatan yang bebas rasuah dan berintegriti.
 
𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐑𝐈𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐌𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃
17 Mei 2024 (Jumaat), bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 4, Kompleks Syariah Al-Sultan Abdullah telah menerima kunjungan hormat dari Jabatan Amanah Raya Berhad.
Kunjungan ini dihadiri oleh 8 orang dan diketuai oleh Encik Mohd Khairuddin bin Harun (Ketua Jabatan Pembangunan Produk , AmanahRaya) dan Encik Usman bin Haji Hamid (Ketua Jabatan Pembangunan Perniagaan AmanahRaya). Diikuti dengan Encik Amirul Hafizin bin Othman (Penolong Pengurus Jabatan Pembangunan Produk AmanahRaya), Encik MD Suhaimi bin Abd Wahab (Ketua Cawangan AmanahRaya Cawangan Temerloh, Pahang), Puan Noryana binti Yom (Ketua Cawangan AmanahRaya Cawangan Kuantan, Pahang), Encik Mohd Faizul bin Hussin (Eksekutif Kanan, AmanahRaya CAwangan Kuantan, Pahang), Encik Hilmi bin Abdul Hadi (Eksekutif, AmanahRaya CAwangan Kuantan, Pahang) dan Encik Hidayat Fikri (Eksekutif Jabatan Pembangunan Perniagaan AmanahRaya)
Majlis ini dipengerusikan oleh Ketua Hakim Syarie Negeri Pahang, Dato' Abdul Walid bin Haji Abu Hassan dan dihadiri oleh beberapa orang kakitangan Jabatan Kehakiman Syariah Pahang.
 
𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌𝐀𝐍 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆 𝐊𝐄 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌𝐀𝐍 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇
11-14 Mei 2024,2-5 Zulkaedah 1445H (Sabtu Sehingga Selasa) - Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pahang (JKSP) telah mengadakan lawatan kerja ke Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah Darul Aman (JKSK).
Delegasi lawatan kerja ini diketuai oleh YAA Dato’ Haji Abdul Walid Bin Haji Abu Hassan DIMP., DSPN., SAP., PJK. dan disertai oleh hakim-hakim Syarie Negeri Pahang, Pegawai dan kakitangan JKSP, ketibaan delegasi telah disambut oleh YAA Dato' Syeik H Hj. Abd Rahman B. Hj. Abdullah D.P.M.K, A.M.K, B.C.K,(Ketua Hakim Syarie Negeri Kedah) dalam ucapannya mengalu-alukan kehadiran delegasi dan merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih atas usaha kerjasama dan kolaborasi yang baik di antara JKSP dan JKSK.
Tujuan utama lawatan kerja ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan dan kerjasama yang sedia terjalin antara Mahkamah Syariah di Malaysia. Selain itu juga kesempatan ini adalah untuk mendapatkan maklumat dan pendedahan berkaitan perlaksanaan Kaunter bersepadu (One Stop Centre) yang telah lama di dilaksanakan di JKSNK dan bakal dilaksankan di JKSP dalam masa terdekat. JKSK juga telah memberi penerangan berkaitan penggunaan sistem MYData bagi memudahkan perolehan data dan juga statistik berkaitan pendaftaran dan penyelesaian kes di JKSK – Taklimat telah disampaikan oleh Tuan Amirudin Putera B. Zainol Abidin (Ketua Pendaftar JKSK). Program 4 hari ini juga telah diisi dengan Mesyuarat Penyelarasan Aduan JKSP bil 1.tahun 2024, MPP JKSP bil 2 tahun 2024 dan Mesyuarat JKPAK JKSP dan JPKA JKSP bil 1 Tahun 2024.
YAA Dato' Syeik H Hj. Abd Rahman B. Hj. Abdullah mengucapkan terima kasih atas kesudian JKSP mengadakan lawatan kerja ini dan berharap pertemuan seperti ini menjadi medium dan platform ke arah memastikan perkhidmatan dan penyampaian terus cemerlang demi memartabatkan kewibawaan institusi kehakiman syariah.
Ketua Hakim Syarie Pahang dan seluruh delegasi lawatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada seluruh warga JKSK khususnya kepada YAA Ketua Hakim Syarie Negeri Kedah, barisan pegawai dan kakitangan JKSK di atas sambutan lawatan yang penuh kemesraan dan bermanfaat. Program ini adalah satu lagi peristiwa bersejarah yang melambangkan iltizam dan komitmen bersama untuk merealisasikan aspirasi yang secara kebetulan berkongsi halatuju yang sama iaitu meningkatkan taraf sistem peyampaian kepada rakyat oleh Jabatan kehakiman Syariah Negeri. Usaha yang terancang dan bersepadu ini telah menepati matlamat dan mencapai objektif yang disasarkan. Kolaboratif dan komitmen yang konsisten ini juga diharapkan dapat memberi impak yang positif dalam hubungan dua hala antara kedua-dua Jabatan Kehakiman Syariah Negeri.
 
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐄𝐓𝐀 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌 𝐌𝐀𝐇𝐊𝐀𝐌𝐀𝐇 𝐑𝐄𝐍𝐃𝐀𝐇 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇 𝐂𝐀𝐌𝐄𝐑𝐎𝐍 𝐇𝐈𝐆𝐇𝐋𝐀𝐍𝐃𝐒 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐇𝐊𝐀𝐌𝐀𝐇 𝐑𝐄𝐍𝐃𝐀𝐇 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇 𝐁𝐄𝐍𝐓𝐎𝐍𝐆
10 Mei, Jumaat, Lobi utama Ibu Pejabat JKSP. Kompleks Syariah Al-Sultan Abdullah, Bandar Indera Mahkota. telah berlangsungnya majlis ringkas penyerahan kenderaan rasmi kepada Hakim Mahkamah Rendah Syariah Cameron Highlands,(Tuan Muhammad Syazwan bin Karim) dan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Bentong, (Puan Farhana binti Md. Yusop). Majlis penyerahan kereta rasmi hakim ini dimulakan dengan ucapan dari YAA.Dato’ Haji Abdul Walid bin Haji Abu Hassan ,DIMP., DSPN., SAP., PJK. Ketua Hakim Syarie Negeri Pahang dan dihadiri oleh Ketua Pendaftar serta pegawai dan kakitangan ibu pejabat JKSP.
 
𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐊𝐄 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐃𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐌𝐔𝐙𝐈𝐔𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆
Pekan, 08 MEI 2024 / 29 SYAWAL 1445, Satu Lawatan dan Kunjungan yang melibatkan Ahli Jawatankuasa Galeri Jabatan Kehakiman Syariah Pahang ke Perbadanan Muzium Negeri Pahang telah diadakan di Bilik Mesyuarat Muzium Pekan, Pekan Pahang.
Mesyuarat tersebut telah disertai oleh 6 orang Pegawai dan Kakitangan Jabatan Kehakiman Syariah Pahang selain turut hadir bersama wakil dari Perbadanan Muzium Negeri Pahang seramai 4 orang Pegawai Kurator Muzium Pekan.
Mesyuarat ini diadakan adalah sebagai wacana perbincangan dan penanda aras bagi Ahli Jawatankuasa Galeri Jabatan Kehakiman Syariah Pahang bersama Pegawai Kurator Perbadanan Muzium Negeri Pahang bagi bertukar-tukar pandangan, mendapatkan khidmat nasihat, serta cadangan bagi penubuhan galeri terutama sekali kerana ini adalah pertemuan kali pertama bersama pihak muzium dalam merangka dan menyusun atur pelan dan tindakan untuk menubuhkan galeri Jabatan Kehakiman Syariah Pahang.
 
𝐀𝐊𝐓𝐈𝐕𝐈𝐓𝐈 𝐔𝐍𝐈𝐓 𝐑𝐄𝐊𝐎𝐃 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌𝐀𝐍 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆 :
06- 07 Mei 2024, bertempat di Mahkamah Rendah Syariah Maran, telah berlangsungnya Aktiviti Penjilidan dan Pengasingan Fail Fungsian Mal dan Jenayah bagi tujuan Penyimpanan dan Pelupusan Rekod.
Unit Rekod JKSP dengan kerjasama kakitangan MRS Maran telah menjalankan Aktiviti ini bersama-sama selama 2 hari. Unit Rekod mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam membantu dan memudahkan urusan penjilidan dan pengasingan ini.
 
𝐏𝐄𝐑𝐒𝐈𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒 𝐑𝐀𝐘𝐔𝐀𝐍 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇 𝐁𝐈𝐋 𝟑 𝐃𝐀𝐍 𝟒/𝟐𝟎𝟐𝟒 𝐃𝐈 𝐊𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐊𝐒 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇 𝐀𝐋-𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐁𝐃𝐔𝐋𝐋𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐈𝐍𝐃𝐄𝐑𝐀 𝐌𝐀𝐇𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐊𝐔𝐀𝐍𝐓𝐀𝐍.
2 dan 3 Mei 2024, Khamis dan Jumaat . Bertempat di Dewan Bicara Mahkamah Rayuan Syariah Tingkat tiga, Kompleks Syariah Al-Sultan Abdullah,Jabatan Kehakiman Syariah Pahang, Bandar Indera Mahkota,Kuantan telah berlangsungnya Pendengaran Sidang Rayuan di Mahkamah Syariah Negeri Pahang. Bagi sidang hari pertama, Panel Rayuan Syariah tersebut telah dipengerusikan oleh YAA.DATO’ HAJI ABDUL WALID BIN HAJI ABU HASSAN,DIMP., DSPN., SAP., PJK., Ketua Hakim Syarie Negeri Pahang bersama tiga hakim Panel Mahkamah Rayuan Syariah yang lain iaitu YAA DATO’ HAJI WAN MOHD ZAKRI BIN WAN MOHD,Y.A DATO' SRI HJ. ABDUL RAHMAN BIN MD. YUNOS Dan YA PUAN HAJAH NOOR HADINA BINTI AHMAD ZABIDI.
Sidang hari kedua pula telah dipengerusikan oleh YAA.DATO’ HAJI ABDUL WALID BIN HAJI ABU HASSAN,DIMP., DSPN., SAP., PJK., Ketua Hakim Syarie Pahang bersama dua hakim Panel Mahkamah Rayuan Syariah yang lain iaitu YA DATO’ HAJI MOHD SHUKOR BIN SABUDIN dan YA PUAN HAJAH NOOR HADINA BINTI AHMAD ZABIDI
sidang kali ini juga telah dibantu oleh Ketua Pendaftar JKSP. Tuan Ahmad Zaim Bin Mohamed Hassim, Pegawai Penyelidik Ketua Hakim Syarie Pahang Puan Nor Aidillah Binti Harun dan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan Aufa Bin Mohamed Saballah serta Hakim Mahkamah Rendah Syariah Rompin Tuan Mohd Mustaqim Bin Nordin, yang mana mereka ini berpengalaman dalam pengurusan Kes-Kes Rayuan Syariah di Negeri Pahang. Dengan adanya sidang Rayuan pada setiap bulan ini akan dapat membantu menyelesaikan Kes-kes Rayuan di JKSP.