JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PAHANG

Syarat Pinjaman

1 . Yuran Proses sebanyak RM 15.00 dikenakan bagi setiap permohonan yang telah diluluskan dan yuran proses ini akan dibayar secara tunai kepada Bendahari Puspanita JKSP.

2. Isi borang pinjaman dan serahkan kepada Bendahari Puspanita JKSP. Pinjaman hanya diberikan sekali bagi tempoh satu tahun bagi seorang peminjam dan jika tiada peminjam lain bagi tahun tersebut baru permohonan kedua dalam tahun yang sama akan dipertimbangkan untuk kelulusan.

3. Kelulusan bagi setiap permohonan tertakluk kepada  KEWANGAN SEMASA Puspanita JKSP.

4. Peminjam akan menerima jumlah pinjaman setelah permohonan mendapat perakuan serta kelulusan dari Bendahari dan Pengerusi Puspanita JKSP.

5. Pembayaran pinjaman adalah secara ansuran bulanan sebanyak RM100. Bayaran hendaklah dibuat secara berturut-turut dan konsisten bagi mengelakkan daripada tidak dipertimbangkan untuk permohonan seterusnya.